Follower

Friday, February 11, 2011

MaulidurRasul GiveAway!

Assalamualaikum wbt..

Bayt Al-Iman telah menganjurkan MaulidurRasul GiveAway dengan tujuan menyemarakkan lagi perasaan kasih, cinta, sayang dan rindu kita kepada junjungan mulia Nabi kita, Rasulullah SAW.

Marilah sama-sama kita sertai GA ini, dan sebar-sebarkanlah tujuan GA ini yang sangat manis pengertiannya.

Untuk turut serta klik banner ini..

v

v


Semoga Berjaya!!

Ibu: 1 bulan 5 hari tanpa gagal!

Assalamualaikum wbt..

Sekadar catatan peribadi ibu.. sehingga semalam sudah 1 bulan 5 hari Yusuf Nabhan melangkah ke tahun 1. Selama tempoh itu jugalah ibu tanpa gagal menydiakan sarapan dan bekalan ke sekolah kebangsaan.



Sehari ayah bagi RM3.50.. biasa dia belanja 50 sen je.. paling tinggi pun RM1.00.. tupun kat sekolah agama.. hmm, agak-agak dah berapa tabungan dia kan?

Agak-agak, berapa lama ibu boleh bertahan?

****************

Senang & Menang With Puteri Katek

Assalamualaikum wbt..

Ibu kena tag lagi.. jemputan datang dari rakan blogger eT pemilik blog  http://sukasukimain2.blogspot.com/

Jom joint ini contest.. jom! jom! jom! heee..



Jom la joint kawan-kawan, klik je banner comel kat atas tu.. Syarat-syarat dan apa hadiahnya semua ada kat situ.. Tarikh tutup 14 Februari 2011..

Ibu dengan rasa sukahatinya mempersembahkan resepi 'Puding Roti Sempoi' kepada Tuan Puteri (senang, mudah, ringkas, sempoi.. tapi sedap sangat.. serius tau!) Tuan Puteri nak yang simple kan? Kan? Kan? heee..


 Puding Roti Sempoi hasil air tangan ibu..


Bahan-bahannya seperti di atas..

Untuk resepi penuh sila klik SINI.. err, bolehke macam tu Tuan Puteri? Kalau tak boleh bagi tau ye, nanti ibu bagi versi penuh punye..

Nak resepi-resepi simple dan sempoi, jelajah je blog ibu ni. Cari le kat label resepi dan masak-masak tu.. semua sempoi-sempoi je.. tak ade yang susah-susah.

Besok ibu terjah blog kawan-kawan ajak joint contest okey..

Semoga Berjaya!!

1st GiveAway Besday 23rd!!

Assalamualaikum wbt..

Semalam ibu kena tag lagi.. oleh kawan bloger ibu BSB.. Terima kasih BSB..
Kali ini untuk sertai...


Ibu ucapkan selamat hari lahir buat Umie.. semoga dimurahkan rezeki  dan dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.. Amin!!
Dan buat kawan-kawan yang lain, marilah kita sama-sama meriahkan lagi GA Umie.. Klik je banner kat atas tu..

Ibu nak tag.. PuteriAizat, Qis, AshAnas..

Thursday, February 10, 2011

Cobaan Kelentong Ibu Ye??

Assalamualaikum wbt..

Kisah petang semalam, ayah bawa kereta ibu ambik anak-anak dan baju/ beg kat taska.

Kisah pagi tadi.. ibu masuk dalam Viva Elite kesayangan ibu. Huiii.. macam-macam ada. Ada cawan plastik yang dah kosong, ada tepung pisang goreng atas sit penumpang. Ibu paling tak suka ada sesi makan-makan dalam kereta ibu. Kereta ayah tak ape.. hehe..

Tengah ibu panaskan enjin kereta, ayah keluar. Ibu dengan muka yang manis bertanya, "Semalam makan-makan dalam kereta ibu ek??" Ayah jawab, "Aah, adik makan pisang goreng".

Ibu senyum je.. tapi ibu dalam hati ibu ketawa ini macam..

v

v

v


Oooo.. cobaan nak kelentong ibu ye? Stereng dan gear berminyak-minyak ni cik abang sayang oii.. pastu cawan plastiktu isi air kelapa, anak-anak tak suka air kelapa.. sah-sah aktiviti makan-makan tu disertai En Ayah sekali kan? hmmm, sib baik mood ibu baik. Kalau tak.. harus sudah grrrrr...

Owh Viva Elite kesayanganku..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...