Follower

Tuesday, January 13, 2015

2015 ~ Yusuf & Maryam Kembali Ke Sekolah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam, Isnin 12 Januari 2015 secara rasminya anak-anak ibu Yusuf dan Maryam dah kembali bersekolah setelah cuti yang panjang. Alhamdulillah, kedua-duanya memulakan persekolahan ditahun baru dengan semangat dan ceria.

Yang bestnya, ibu belum bangun Maryam dah bangun dulu. Semangat betul dia. Hihi..

Sesi persekolahan 2015 juga bermulanya kembali mereka menjadi anak-anak taska. Macam ibu cerita sebelumni, ibu dah kembali bekerja maka mereka juga mula perlu lebih berdikari.

Semalam ibu tak cuti, jadi tak ada gambar-gambar skodeng di sekolah. Sejak 2009 (Yusuf mula tadika), inilah kali pertama ibu tak ke sekolah diawal sesi persekolahan. Selagi anak ibu tadika dan tahun 1, ibu akan ikut ke sekolah walaupun sekadar hantar. Tak tunggu pun, tapi entahla. Best sangat hantar anak ke sekaolah lagi-lagi dihari pertama. Hehe..

Tahun ni dah tak ada yang tadika dan tahun 1, maka ibu dah tak perlu ke sekolah kut. Lagi pun dah lama cuti, bagi peluang la pulak untuk kawan-kawan yang lain bercuti.

Tak ada gambar skodeng, tapi ada 3 gambar yang ibu sempat ambik sebelum mereka ke sekolah. Ibu tampalkan di Jemari Asmara, buat kenangan dihari kemudian.
 

2015 ~ Yusuf dah tahun 5 dan Maryam tahun 2..


Hari pertama persekolahn yang serba sederhana..

Tahunni tak ada istilah serba baru. Sebab pakaian dan kelengkapan sekolah tahun lepas masih ada yang elok.

Yusuf berkasut, seluar dan baju baru tapi bag lama. Maryam berbag, kasut, botol air baru tapi baju dan tudung lama. Oh ya, kain pun baru sebab yang tahun lepas dah senteng..


Dua beradik yang ceria nak pergi sekolah..

Sekian catatan ringkas ibu, tapi mungkin menjadi catatan yang penting suatu hari nanti. Banyak terakam kenangan-kenangan manis yang lalu dalam blog ni.. 

Hingga jumpa lagi, salam sayang..


4 comments:

  1. Anak kakak pun utk sekolah kebangsaan guna beg lama juga. Sekolah agama beg baru sebab yg lama dah koyak. Kain sekolah pun sama tak tukar baju aje tukar...

    ReplyDelete
  2. gud job maryam!semangat tuuu....hehhee

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, singgah dan follow selamat kembali kesekolah ya yusuf dan maryam, nama yang sejuk kaknoor suka sngt

    ReplyDelete
  4. First week sekolah xde apa yg istimewa pun. Hantar smp kt gate je sbb ada cikgu yg tggu utk budak2 pra. Sekolah keb plk kakak pengawas. Parents mmg x blh msk kwsn sekolah.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...