Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Lagi cerita 'lontar belakang'. Alon-alon asal kelakon, tak pe lambat buat entry janji masuk blog juga akhirnya. Hehe..
Alhamdulillah.. 16 Ogos 2015 yang lepas anakanda solehah ibu, Maryam Nabihah genap umurnya 8 tahun. Syukur, anak ibu membesar dengan baik dan sihat. Sebagaimana harapan semua ibu-ibu, ibu juga mengharapkan Maryam akan terus membesar sebagai anak yang solehah, beriman, bertaqwa, berbudi pekerti mulia, berakhlak terpuji, sihat dan mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Aamiin..
Sempena birthday Maryam, ibu dan ayah bawa anak-anak berjalan ke Port Dickson. Short vacation je, pergi Sabtu balik Ahad. Birthday girl nak mandi kolam, jadi ibu dan ayah bawak duduk hotel yang boleh mandi 24 jam sampai kecut. Aumm..
Gambar dari Google
Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki kami untuk bawa anak-anak menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Hotel ni baru lagi dibuka (tahun ni juga tak silap), berada atas air, bertaraf 5 bintang, mempunyai private pool dan sauna.
Lagi gambar dari Google
Saje try hotel ni pulak sebab sebelumni dah pernah duduk yang Grand Lexis. Boleh tengok entry lama ibu pasal Grand Lexis di SINI (klik)..
Rasanya dua hotel ni adik beradik je, company yang sama. Cuma bagi ibu Lexis Hibiscus lebih moden dan segar tatahiasnya. Grand Lexis pula kelebihannya lebih privacy..
InsyaAllah entry penuh dan review tentang hotel tu ibu dah buat di blog satu lagi. Jemput singgah ke blog wordpress ibu www.keluargasihat.comIbu dah catatkan Kenangan Percutian Di Lexis Hibiscus PD di sana.
Dalam
entry tu akan ibu bongkarkan, best ke tak sebenarnya hotel tu.
Benar-benar 5 bintang atau macammana? Sampai ada 1 insiden tu, duty
manager keluar bila ibu pok pek pok pek di kaunter. Hehe..
Di Lexis Hibiscus ni kami ambik bilik yang paling murah sekali di bahagian daun, RM899.00 untuk semalam dan deposit sebanyak RM200.00, jadi standby RM1k++. Kalau yang bahagian kelopak tu lagi la mahal..
Ini sebahagian koleksi gambar-gambar kenangan kami di Lexis Hibiscus. Kami memang habiskan kebanyakan masa dalam bilik sahaja. Check in, terjun kolam, keluar makan malam, terjun kolam balik, tidur, bangun tidur, terjun kolam balik, sarapan tepi pool, masuk kolam balik, kemas-kemas, lepas tu check out. Ye lah, bayar mahal-mahalkan jadi guna sepenuhnya. Hehe..
Gambar kenangan depan bilik yang kami duduk..
Eksited
benar rupa ibu dalam gambar tu kan? Tu gara2 setting kamera, pastu lari
sambil gelak-gelak, tekan break kaki, kamera terus klik! Tu yg jadi macam tu
tu. Haha..
Lepas check out, kami pergi ke Rumah Terbalik Port Dickson. Tiket masuk RM15.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Jadi kami nilai tiket kami berlima berjumlah RM50.00 sekali masuk. Best ke masuk rumah terbalik ni? Jom layan gambar Yusuf dan Maryam dulu..
Secara keseluruhannya, Yusuf dan Maryam happy masuk dalam ni. Berbaloi bayar tiket, sampai yang part ibu tak bagi masuk pun dorang masuk. Tuuu, yang dalam toilet tu. Eiii, geli ibu..
Tapikan, nampak sangat muka Ayah Yusuf tak happy dalam ni. Kesimpulannya, tempat ni sesuai untuk mereka yang riang ria dan suka ambik gambar. Memang fun la.. Tapi yang jiwa 'veteran' macam Ayah Yusuf agaknya dalam hati "Ek eleh.. Entah apa-apa". Keh keh keh..
Cuma suasana dlm ni agak suram. Ambik gambar pulak dengan kamera phone biasa-biasa, jadi gambar tak berapa nak cantik lah..
Ini gambar hadapan rumah terbalik tu, bangunan rumah kedai. Rumah ni beralamat di No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk kemang batu 9 (Near Ostrich Park & Politeknik), Port Dickson
Siap menjelajah dalam rumah terbalik, kami jalan-jalan cari makan. Tak tahu pun nak makan apa dan kat mana. Start kereta, jalan, nampak macam best kami berhenti. Tapi tat kala entry ni ditulis, ibu dah tak ingat pun nama kedai tu. Yang ibu ingat, Yusuf dan Maryam makan nasi ayam, ibu dan ayah makan nasi putih dan asam pedas.
Dan masa kat tempat makan tu hanya ini yang sempat disnap.. Lepas makan terus balik, menjelang petang kami dah sampai rumah..
Sampai rumah, birthday girl tanya kek. Alamak! Ingat dah bawa bercuti dah tak payah kek. Ekeke.. Malam tu keluar la balik pergi kedai kek. Tapi dah malam kan, kek dah tak banyak pilihan..
Sebab birthday girl baik, pujuk punya pujuk dia kata ok la potong kek malam besok aje..
Ayah dan abang yang cuma fokus dengan makan nampaknya. Huhu..
Sebab birthday girl baik, pujuk punya pujuk dia kata ok la potong kek malam besok aje..
Dan hari Selasa berikutnya, inilah kek untuk birthday Maryam. Kek biasa-biasa je, kami memang tak pernah tempah kek yang beria-ia sangat..
Anak solehah ibu yang dah besar. Tapi nape dik senyum macam tu? Ekeke..
Ibu dan anaknya. Abaikan ibu yang serabai itu..
Ayah dan abang yang cuma fokus dengan makan nampaknya. Huhu..
Begitulah kisah birthday Maryam tahunni. Ayah kata macam puteri raja, sambut birthday 4 hari 4 malam (Sabtu - Selasa). Hihi.. Kami memang tak pernah buat majlis atau party untuk birthday anak-anak, tapi kami sambut dengan cara kami sendiri. Yang penting, rasa bersyukur yang dipanjatkan kepada Ilahi..
Sekian catatan ibu, hingga jumpa lagi..
Salam mesra;
Ibu Yusuf & Maryam
zefa_asmara@yahoo.com
selamat hari lahir, Maryam.. amboiii.. syok ya smbut birthday 4 hari 4 malam.. hihi.
ReplyDeleteuntunglah masuk rumah terbalik tu bleh bergambar dlmnya.. rumah terbalik Sabah cuma mampu tengok jer.. huhu
Amboi puteri maryam riang gembira sungguh dpt tido hotel eksklusif..dpt mandi pool smp kecut..dpt p upside down jouse pahtu dpt potong kek makan kfc..terbaiklah birthdah maryam yg ke 8..
ReplyDeleteBtw happy belated birthday maryam
Selamat hari jadi Maryam....best nyer rumah tunggang terbalik tu...macam betul2 jer ..
ReplyDeleteya Allah.. bestnyaaa.. lamanya tak bercuti dengan family.. hopefully one day.. akan ada peluang lagi.. kalau kat resort hibiscus ni pun ok.. hehehe
ReplyDeleteMenarik jugak rumah terbalik ni kan
ReplyDeletehappy belated birth maryam..
ReplyDeletehotel tu super duper besttt..alhamdulillah...
bestnyer dekat rumah terbalik tu..smpai terpusing kepala tgk pic tu..haha