Follower

Monday, December 21, 2015

Penutup Kem Pra Tahfiz Cuti Sekolah

Assalamualaikum wbt..

2 hari lepas kita digemparkan dengan berita kematian 5 sekeluarga yang lemas di Air Terjun Belukar Bukit, meninggalkan seorang ahli keluarga yang terselamat. Mereka bukan kenalan ibu, tapi peristiwa ini sangat meninggalkan kesan dihati. Bila-bila masa kita boleh dijemput oleh Yang Maha Pencipta. Dan juga Air Terjun Belukar Bukit adalah tempat percutian yang kami sering kunjungi bila balik terengganu. Boleh baca catatan lama ibu di sini dan di sini tentang perkelahan kami ke Air Terjun Belukar Bukit.

Semoga Allah mencuri rahmat ke atas arwah Haji Halim, isteri dan 3 orang anak perempuannya. Dan semoga Allah terus melindungi adik Hasif, anak bongsu keluarga ini yang terselamat. Sama-sama kita sedekahkan Al fatihah kepada mereka..

Alhamdulillah, 2 hari lepas juga berakhir Kem Pra Tahfiz Cuti Sekolah yang dihadiri oleh Yusuf dan Maryam. Kem bermula dari 30 November 2015 dan berakhir pada 19 Disember 2015 bertempat di Masjid Al Hidayah Seksyen 18 Shah Alam. 

Alhamdulillah, cuti sekolah anak-anak kali ini terisi dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat. Anak-anak peserta juga dilibatkan dengan aktiviti luar dan berombongan ke Melaka.

Sabtu 19 Disember 2015 merupakan penutup program dan ibu bapa turut terlibat. Jom kita tengok beberapa keping gambar yang ibu sempat ambik.

 Penyampaian sijil..

Sijil disampaikan sendiri oleh ibu atau bapa anak-anak peserta. Mana-mana peserta yang ibu bapanya tak hadir, sijil disampaikan oleh Ustaz.


 Yusuf dan Maryam terima sijil..


 Sebahagian keluarga yang hadir..

Ramai yang hadir tapi duduk jauh-jauh, almaklum masjid kan besar. Ustaz pun tak panggil suruh ke depan, jadi ada yang duduk di hujung-hujung. Ibu pun tak pasti berapa jumlah anak-anak peserta, tapi masa ke melaka hari tu 1 bas, 1 van dan beberapa buah kereta urusetia.


 Khusyuk dengar ceramah..

Masani tengah ucapan Ustaz penganjur. Ustaz mengingatkan tentang pentingnya mengulang-ulang surah-surah dan ayat-ayat Al Quran yang telah dihafal agar tidak lupa. Ustaz juga megingatkan anak-anak tentang kewajiban menghormati dan taat kepada ibu bapa.

Ada aktiviti yang mana peserta diminta duduk bersama keluarga masing-masing. Kena salam, peluk dan cium ibu bapa masing-masing untuk menzahirkan kasih sayang.


 Kami sekeluarga..

Alhamdulillah, ada juga gambar kami sekeluarga. Susah sebenarnya nak ambik gambar berempat. Gambar ni kawan Yusuf yang tolong ambikkan gambar. 


Banner program..

Kem Pra Tahfiz ini merupakan program musim ke 2 anjuran Masjid Al Hidayah. Kemungkinan tahun depan ada lagi. Jadi pada ibu bapa yang berminat, boleh lah roger-roger jawatankuasa masjid. Tapi tunggu tahun depan lah ye. Hehe..

Sekian catatan ibu. Hingga jumpa lagi..

8 comments:

  1. alhamdulillah ., semoga bermanfaat kursus pra tahfiz nih., aminn

    ReplyDelete
  2. Sejuk mata dah hati memandang suasana itu
    Kakak tengok Yusuf pun dah makin bujang dah hampir sama tinggi dgn ibu:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. semoga mereka mendapat ilmu yg bermanfaat..
    Akak tahun ni tak hantar mana.. sebab nabil berkhatan.. lama juga baru sembuh..

    ReplyDelete
  4. Kak zefaku u yg makin selim melimmm 💃💃💃

    Baru teringay ingat kakzefa..da dimesej i..kite jenjalan melake tapi tk smpai selangor 😂😂😂.

    ReplyDelete
  5. untung yusuf dan maryam dapat ikut aktiviti macam ni.mesti seronok sangat..baguslah masjid adakan aktiviti macam ni bila tiba musim cuti sekolah.terisi masa anak2 dengan perkara berfaedah

    ReplyDelete
  6. hi nice sharing done folo, folo me back ;)

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..tahniah buat anak2 akak.. join xtvt y sgt bmanfaat

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...