Follower

Sunday, October 28, 2012

TAMAN REKREASI TASIK PUTERI, BUKIT BESI, TERENGGANU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini sudah hari ketiga umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha. Walaupun agak terlambat, ibu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha buat semua teman-teman beragama Islam khususnya buat pembaca-pembaca Jemari Asmara.

 Alhamdulillah, hari ini ibu berkesempatan menitipkan sesuatu di blog kesayangan ibu ni. Ini cerita sebelum raya, cerita raya masih dalam pembikinan.. 

Hari Khamis 25 Oktober 2012, jam 6.30 pagi kami memulakan perjalanan dari Shah Alampulang ke kampung halaman ayah Yusuf di Terengganu untuk menyambut Aidiladha di sana. 

Perjalanan bermula dengan lancar sehinggalah kami memasuki Lebuh Raya Karak. Perjalanan mula perlahan dibeberapa kawasan sepanjang lebuh raya tersebut. Tapi anak-anak tak banyak ragam sebab masing-masing ketiduran. Ibu dia pun tak banyak ragam, pun sebab ketiduran. Hehehe..

Masuk je Lebuh Raya Pantai Timur, matahari dah memancar-mancar. Anak-anak dan ibu sudah kebangunan dan masing-masing kelaparan. Kami berhenti makan di RnR Temerloh, masa tu lebih kurang jam 10.00 pagi. Orang punyalah ramai.. Huhuhu.. Sesak! Nak beli makanan pun terpaksa beratur panjang. Kami ambil masa sampai 1 jam untuk selesai urusan isi perut.

Perut dah kenyang, kami sambung perjalanan. Masa ni anak-anak dah mula buat muka boring. Maryam kejap-kejap baca buku, kejap-kejap main game, kejap-kejap dia usik abang dia. Ibu pulak kejap-kejap jadi ibu mithali (layan Maryam baca buku), kejap-kejap jadi tarzan (bila Maryam kerap sangat usik abang sampai gaduh-gaduh). Hmmmmm...

Lebih kurang jam 12.30 kami hampir sampai ke Bukit Besi. Ayah ambil keputusan berhenti sekejap, bawa anak-anak bersantai di Taman Rekreasi Tasik Puteri.
   
 
Sedikit info yang ibu salin dari Laman Web Rasmi JKR Dungun:

Tasik Puteri atau dulunya lebih dikenali dengan nama Tasik Bukit Besi terletak kira-kira 3 km dari Bandar Bukit Besi. Perjalanan dari Bandar Dungun mengambil masa selama 30 minit dengan jarak perjalanan ialah 33 km. Sekiranya anda datang dari arah Bandar Kuala Terengganu, jarak Tasik Puteri dengan Bandar Kuala Terengganu ialah kira-kira 77 km dan mengambil masa selama 1 jam untuk ke sini.

Tasik Puteri yang mempunyai keluasan 131 ha merupakan kawasan bersejarah dengan kawasan tinggalan lombong bijih besi yang merupakan lombong bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara pada suatu masa dulu. Ia adalah tasik buatan yang terbentuk dari Sungai Besul yang disekat dan menghasilkan takungan air. Sumber air inilah yang digunakan bagi menjalankan aktiviti membersih bijih besi.

Tasik Puteri kini merupakan produk pelancongan yang sedang diberi tumpuan oleh KETENGAH untuk dimajukan. Tasik yang tenang dan keindahan alam sekitar menjadikan Tasik Puteri ini amat sesuai untuk mereka berehat bersama keluarga pada hari minggu.

Subhanallah.. Pemandangan yang sangat indah. Air tasik yang hijau dan jernih, pohon-pohon yang menyejukkan pandangan mata. Nun di seberang sana, Kelab Golf Bukit Besi.


 Di tasik ni ada jeti. Kalau mengikut Laman Web Rasmi JKR Dungun, ada Perkhidmatan Rekreasi Air di Tasik Puteri yang dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang. Antara yang disediakan untuk disewa ialah Bot Kayuh (paddle boat), Bot Laju (speed boat) dan Kayak. Tapi masa kami sampai, apa pun tak ada. Hehehe..

Jadi kami pun sekadar cuci mata dan bergambar-gambar aje..


 Maryam, Yusuf dan ayah dengan gaya tersendiri..


 Yeah!! Aksi apakah? 


 Hahaha.. Aksi ibu dan anak.. :D


 Ibu suka aksi ini. 


 Pewitttt.. Ala-ala model gitew. Perasan.. Hahaha..


 Amacam? Boleh jadi model tudung? Kah kih kuh..


 Aksi beberapa orang remaja sedang mandi manda di Tasik. Ibu tak pasti samada memang dibenarkan mandi manda di sini ataupun tidak

Tapi ada tertulis di Laman Web Rasmi JKR Dungun tu, ada air tejun di Tasikni untuk mandi manda. Cuma ibu tak pasti di belah mana sebab kami tak pusing habis pun seluruh kawasan ni.

Ada juga taman permainan untuk kanak-kanak dan pondok wakaf untuk berehat di sini. Tapi tak ada gambar dek insiden Maryam jatuh dari ketinggian yang agak tinggi lah juga.



Gambar ni di ambil dari pondok wakaf yang ibu maksudkan dalam perenggan di atas..

Kami duduk-duduk di situ adalah dalam setengah jam dan kemudian menyambung perjalanan ke Kuala Terengganu. Alhamdulillah, kami sampai di Kampung Pulau Bahagia lebih kurang jam 2.00 petang. Err, masa-masa yang ibu sebutkan dalam entry ni semuanya anggaran ye..

Secara umumnya, ibu suka tempat tu. Damai je rasa bila kat sana, cuma kedamaian tu tergugat bila Maryam jatuh. Syukur dia tak apa-apa..

Ibu harap lepasni ayah bawa kami singgah di situ lagi. Ibu nak juga tengok air terjun yang dikatakan ada dekat-dekat situ dan boleh juga mandi manda.. :D

Okey, sampai sini dulu catatan ibu. Hingga jumpa lagi ya..

Wassalam..  

13 comments:

  1. salam aidiladhar..
    wah ..indahnya view kat situ...i like..:)

    ReplyDelete
  2. Emm lame dh x pg tasik bukit besi,last skali pg thn 91,dlu mmg ada padle boat ngan speed boat tp skrg ni x tau lh xde kot sbb mgkin org dh x ramai pg mcm dlu...

    ReplyDelete
  3. klu dlu mmg ada padle boat ,speed boat.skrg ni x tau lh ada ke x lg.last pg thn 91 zmn bdk2 rombongan skolah,klu dlu mmg rmai org pg tasik tu,lening mb x ramai sbb tu x de lg bot kot

    ReplyDelete
  4. seronoknya~lama dah tak pi trgganu (^_____^)

    ReplyDelete
  5. klu susur sungai tue, org kata bleh masuk uitm dungun.

    ReplyDelete
  6. Baru tahu ada tempat ni. cantik.. Lain kali bolehlah singgah.

    ReplyDelete
  7. Salam aidiladha dik...

    cantiknya kawasan tu....damai tenang jer terasa..
    Psstttt...model tudung tu pun cantik dan comel jugak...

    ReplyDelete
  8. salam aidil adha ibu maryam.... cantik view disanakan.... Mr Ayah mama suka tempat tu tapi Mama ni kurang sikit...

    ReplyDelete
  9. salam ukhwah ibu maryam&yusuf.....wah!!!cantik juga tempat ni ye. saya org Ganu selalu lalu situ klau blk kg tapi xpernah singgah tempat ni. tq for sharing ;)

    ReplyDelete
  10. kak zefa kite fokus kat spec belalang yg gojes tu..jeles..i rabun takde maknenye nk pakai spec gitu..ni yg rase nk buat laser hehe

    ReplyDelete
  11. tpat yg cantik,indah dan menarik juga utk tgkp gambar..suka tgok aksi maryam.hehe

    selamat hari raya juga.belum terlambat kot..hehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...