Follower

Thursday, February 3, 2011

Al Kesah GA!!

Assalamualaikum wbt..

Seperti yang ibu cerita pada n3 sebelum ini, ibu suka intai blog PML.. natijahnya, terjumpa GA yang sangat menarik. GA ni anjuran blog Al Kesah sempena CNY.

Hadiahnya...

 HADIAH PERTAMA- set makan Indian Tree Wedgewood tureen beserta 5 mangkuk mungkum

HADIAH KEDUA- Sakura Chinese teaset untuk 6 beserta sekeping piring

Ibu dengan sukahati nak sertai GA ini..

Jom kawan-kawan, kita meriahkan lagi GA dari Al Kesah ni. Untuk turut serta klik SINI sahaja..

Semoga Berjaya!!

Wednesday, February 2, 2011

Pinggan Mengkum Bunga Kangkung - Nan Seketul!!

Assalamualaikum wbt.

Semenjak dua menjakni kan, ibu suka mengintai blog-blog pencinta PML (pinggan mangkuk lama). Teruja sugguh melihat koleksi mereka. Juga kegigihan mereka menjelatah serata pelusuk negara untuk melengkapkan koleksi PML mereka.

Hmmm.. rasa suka mula bertunas nampaknya. Cuma perasaan tu perlu dipendam dahulu buat setakatni. Kumpul vantage tak lengkap lagi dah datang pula minat baru.. Alahai. RM, RM, RM.. sib baiklah ibu ni ada gaji sendiri.

Apapun, ibu nak kongsi koleksi PML pertama ibu.. pinggan mengkum bunga kangkung. Ambik dari rumah mak je.. tapi penuh nostalgia tau. Pinggan nilah yang mak guna hari-hari tau. Dari ibu kecik, sampailah tahunni dah 33 tahun.. sekarang selamat jadi perhiasan di 'Baiti Jannati'..


Balik kampung nanti nak bodek mak lagi.. rasanya banyak lagi yang tersorok dalam kabinet tu.. hehehe..

Keputusan: Teka Teki @ Jemari Asmara!!

Assalamualaikum wbt..

Sukacita dimaklumkan (eeewah!), hari ini 'Keputusan: Teka Teki @ Jemari Asmara!!' akan diumumkan..

*********************

Soalannya:  Kamera jenis apakah yang digunakan untuk gambar-gambar di dalam blog ini?
Klu: sila terjah ini n3.. hehe..adala sikit bayang-bayang.. BUKAN yang baru beli tau!!

****************

Kita mulakan, dengan kamera baru dulu..

v

v

v

v



Setakatni, ini je yang ibu mampu beli.. (kan dah kata kamera baru jenama Nikon, 1st time ada jenama tu.. maknanya jawapannya bukan Nikon..

Dan jawapan bagi Teka Teki @ Jemari Asmara adalah...

v

v

v

v



Kamera handset je.. jenama Sony Ericson Cybershot C902..

Takde sape jawab dengan tepat.. hehehe..

Kemenangan akan diberi kepada peserta yang meneka paling hampir iaitu..


yang meneka Sony Ericson Cybershot C901

Seperti yang dijanjikan.. ada juga cabutan bertuah untuk semua peserta..

v

v

v

v

 Haa.. dalam sugar pot vantage tau i cabut nama u all.. hehe..

dan 3 peserta bertuah adalah..

v

v

v

v

Saje nak bagi susah-susah.. g tengok balik kat senarai peserta tu ye..
Peserta no. 2, 13 dan 3.

Hadiahnya adalah..

v

v

v





Seorang satu ye.. emailkan nama, alamat dan no. telefon kepada zefa_asmara@yahoo.com. a.s.a.p

Kepada yang tak berjaya, cuba lagi. InsyaAllah Jemari Asmara akan buat lagi..

Terima kasih!!

Tuesday, February 1, 2011

Rekod Kesihatan Murid: Silap Ibu..

Assalamualaikum wbt.

Satu lagi kesilapan ibu dah lakukan.. Semoga ia akan jadi pengajaran.

Semalam, ibu menghadiri Mesyuarat Program Bersepada Sekolah Sihat (PBSS) di PKD Klang. Setiap wakil jabatan diminta membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2010.

Semasa pembentangan Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dan Program Doktor Muda oleh Dr Norashikin bt Md Said.. Gulp! OMG. Terkena batang hidung ahli sendiri.. hehe.. ibu lah tu!

Antara isu yang diketengahkan ialah kegagalan memberikan suntikan/ pelalian kepada pelajar kerana tiada kebenaran ibubapa di dalam buku Rekod Kesihatan Murid (RKM).. Inilah silap ibu!

Semasa hari pendaftaran, ibubapa diberikan buku RKM untuk diisi. Cuma tidak dijelaskan bila perlu diserahkan kembali kepada pihak sekolah. Ibu bawa balik dan simpan.

Natijahnya, minggu lepas Yusuf Nabhan membawa balik surat ini..

v

v


Dan inilah buku RKM..

v

v


Hmmm.. camne nak pergi? Masa sekolah tu.. takkan nak ponteng kut. Susah-susah kita pergi Klinik Swasta aje lah.. hehe.. En Ayah kena sumbang RM lah..

Moral of the story, apa-apa yang melibatkan kebenaran ibubapa jangan diperam ye..

Tapi dalam hati tetap ada rasa ralat, kenapalah cikgu tak bagi tau ibubapa sehari dua sebelum Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah nak datang. Ibu pun tak sangka seawalni.. sebab sembang-sembang dengan rakan-rakan dari PKD Klang, mereka tak mula lagi. Pantas tul PKD Petaling..

Hmm.. apapun, ia tetap salah ibu. (Hehe.. ada gak unsur-unsur nak taici tu.. tak baik betul lah ibu ni..) Maaf ye, cikgu-cikgu dan nurse-nurse sekalian..

Ps: Kepada sesiapa yang mempunyai anak perempuan di tingkatan 1, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelalian berkaitan pencegahan kanser servik (HPV). Ianya percuma dan dimaklumkan harga pelalian ini di klinik swasta adalah mahal..

Wassalam!!

HPV & Kanser Pangkal Rahim

Kanser pangkal rahim boleh dicegah

MENCEGAH lebih baik daripada merawat. Jika ramai wanita sedar akan kepentingan pencegahan awal bagi mengelak dihidapi penyakit berbahaya seperti kanser, pastinya bilangan pesakit kanser pangkal rahim juga akan berkurangan.

Statistik dari 2008 hingga kini menunjukkan lebih 500,000 wanita mendapat kanser pangkal rahim dengan 275,128 kematian dilaporkan di seluruh dunia.


Paling menyedihkan apabila 90 peratus daripada kes yang dilaporkan berlaku di negara membangun dan ini bermakna, Malaysia tidak terkecuali. Kerajaan tidak ketinggalan memperuntukkan sebanyak RM150 juta melalui Program Imunisasi Human Papillomavirus (HPV) membabitkan 300,000 remaja perempuan berusia 13 tahun bagi mencecah kanser pangkal rahim yang juga pembunuh nombor dua di kalangan wanita di negara ini.

Sejak ia mula dilaksanakan akhir Mei lalu, seramai 91.2 peratus atau 129,207 remaja menerima dos pertama mereka manakala 88.56 peratus kini sedang mendapatkan dos kedua.

Melihatkan angka berkenaan, program ini dikatakan mendapat sambutan baik daripada masyarakat walaupun pada awalnya wujud bantahan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengaitkan ia sebagai pembaziran.

Malah, tidak kurang juga cuba menyebarkan cerita daripada mulut ke mulut mengenai vaksin ini yang dikatakan masih baru dan kurang kajian sehingga boleh meragut nyawa penerima.
Pakar Ginekologi dan Onkologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Woo Yin Ling, berkata peruntukan sebanyak RM150 juta untuk tujuan vaksinasi tidak sepatutnya dianggap sebagai beban ekonomi kerana ia adalah pelaburan dengan hasil yang jauh berharga di masa depan.

Katanya, analisis keberkesanan kos jelas menunjukkan pelaburan itu bakal mengurangkan kes kanser serviks, seterusnya menurunkan kos rawatan.

“Ia boleh ditafsirkan sebagai pelaburan untuk jangka masa panjang yang boleh dilihat dalam 10 tahun hingga 15 tahun sebelum bilangan wanita diserang kanser serviks akan berkurangan,” katanya.

Prof Yin Ling mengakui usaha menyedarkan masyarakat mengenai kebaikan vaksinasi HPV amat perlu kerana di zaman teknologi, orang ramai boleh mendapatkan maklumat dengan mudah di internet.

Tegasnya lagi, masyarakat perlu berhati-hati dengan maklumat negatif dan tidak tepat yang dibaca dari blog serta laman web tertentu .

“Merisaukan jika orang ramai melakukan analisis sendiri dan hanya berdasarkan pendapat individu yang bukan terdiri daripada pakar perubatan,” katanya sambil menambah Malaysia menjadi negara pertama di Asean yang menawarkan suntikan pelalian HPV sebagai satu bentuk pelaburan jangka panjang.

Prof Yin Ling berkata, vaksinasi itu lebih berkesan jika diberikan sebelum permulaan hubungan seksual kerana remaja zaman ini didapati memulakan hubungan seks di awal usia remaja.

Kajian populasi besar dijalankan di seluruh dunia menunjukkan vaksin HPV mempunyai keberkesanan melebihi 90 peratus dalam mencegah perubahan prakanser di bahagian pangkal rahim yang disebabkan HPV 16 dan 18.

Data rawatan susulan wanita yang pernah mendapatkan pelalian HPV sejak enam tahun lalu menunjukkan tiada seorang pun daripada mereka mengalami perubahan prakanser serviks tahap tinggi.

Tambah Prof Yin Ling, kanser serviks boleh dirawat dengan amat efektif jika dikesan pada peringkat awal tapi sayangnya kebanyakan kes di negara ini lambat dikesan.

“Jika dirawat apabila berada di tahap serius, peluang penyembuhan menjadi kurang daripada 50 peratus dan lebih malang jika wanita itu masih muda, meninggalkan anak yang masih kecil dan pesakit juga menyumbang nafkah untuk keluarga,” katanya.

Kajian dijalankan Pusat Perubatan Universiti Malaya mendapati kanser serviks dan kanser payudara banyak dihidapi golongan ibu muda berusia 40 tahun hingga 49 tahun.

Sikap malu dan kurang kefahaman terhadap tanda awal penyakit menghalang wanita tempatan terutama Melayu tampil mendapatkan rawatan menyebabkan banyak kes dirujuk apabila berada di tahap kritikal.

“Sedih juga apabila menerima pesakit muda yang hanya datang mendapatkan rawatan apabila berada pada tahap ketiga dan keempat sedangkan sebagai pakar, kami tahu, kanser jenis ini boleh dielak tapi kerana kurang pengetahuan dan dorongan menyebabkan mereka berdepan maut,” katanya.

Ramai juga mungkin kurang jelas bahawa kanser serviks adalah satu-satunya kanser yang disebabkan oleh jangkitan virus dan ia boleh dicegah daripada awal.

“Sebanyak 70 peratus penyebab kanser serviks berpunca daripada virus HPV 16 serta 18 dan melalui vaksinasi, risiko jangkitan boleh berkurangan kepada 70 peratus manakala pemeriksaan papsmear secara berkala pula membantu sebanyak 30 peratus.

“Kanser serviks boleh dicegah dan kerana itu saya katakan, pertambahan bilangan kes barah pangkal rahim mungkin berpunca daripada maklumat yang tidak diterima secara jelas oleh wanita di luar sana,” katanya.

Satu lagi cara paling efektif mencegah kanser serviks adalah melalui ujian papsmear mengikut jadual ditetapkan. Ia dibuktikan dengan jelas oleh negara yang mempunyai bilangan wanita yang melakukan ujian ini mengikut kekerapan disyorkan.

Di Malaysia, seperti negara membangun lain, ramai wanita masih lagi tidak mendapatkan ujian papsmear dan untuk itu, kajian menunjukkan bahawa pencegahan melalui pelalian HPV adalah yang paling berkesan.

Pelalian HPV turut bermanfaat bagi mencegah kanser zakar, tonsil, oropharyngeal dan dubur yang dikaitkan dengan HPV 16 dan 18. Ini bermakna ia juga berkesan terhadap lelaki namun begitu bukti sahih sehingga kini masih dalam peringkat kajian.


Info diambil dari SINI.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...