Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selamat pagi Ahad semua..
Bunga hasil gubahan ibu Yusuf dan Maryam, buat penyeri meja makan tamu..
Projek petang semalam. Bunga dah seminggu beli, pasu lagi hebat dah setahun beli. Hahaha..
Projek menggubah tertanggung sebab dah lupa mana letaknya pasu tu. Siap panjat dan geledah loteng, tak jumpa. Buka semua kabinet dapur, tak jumpa. Kemas bawah katil, tak jumpa. Sudahnya jumpa dalam stor bawah tangga.
Alahai ibu Yusuf...
Pandangan atas..
Gubahan bunga yang ringkas. Tak ada aksesori tambahan. Mari ibu kongsikan kos dan di mana ibu beli.
Bunga ibu beli di KK Home Deco SAACC, 2 jambak. Sejambak RM12.90. Masa ibu beli ada diskaun 30% tak pasti sale sampai bila. Kos 2 jambak bunga lebih kurang RM18.00..
Pasu tu ibu beli tahun lepas di Romantika Plaza Alam Sentral RM15.00. Lama dah beli, tak tahulah harga sekarang..
Span anggaran 50 sen..
Jumlah hanya lebih kurang RM33.50 sahaja. Ce beli yang siap gubah. Mahu RM50-70.00 tau bunga macam ni..
Seratus peratus cucuk-cucuk sahaja. Tak ada batang tambahan atau pelilit. Daun guna yang ada pada bunga. Biji-biji merah tu pun memang ada pada jambak yang ibu beli.
Tapi janganlah main cucuk je, tengok jugalah keseimbangannya. Untuk yang ini ibu guna sifir 2 tengah melintang, 1 kanan, 1 kiri, 2 depan dan 2 belakang. Biji merah selit antara 2 bunga. Faham ke sifir ibu ni..?
Cuma cutter wajib ada. Kalau tak ada, gunalah gunting. Tapi sahihla akan jahanam gunting tu ye kawan-kawan. Ibu beli cutter di kedai My DIY RM18.00. Modallah sikit, tapi boleh guna beratus-ratus kali tau.
Zoom pasu..
Kenapa? Nampak buruk ke? Haha.. Ini bukan buruk lah, ini lah yang kita panggil rustik. Err.. Rustik tu buruk lah kan? Alaa.. dalam seni buruk pun boleh jadi cantik tau..
Nampak tak kertas tu. Ibu lupa apa nama kertasni, tapi yang selalu orang buat bungkus fresh flowwer tu.. Atau buat lapik bakul yang nak letak buah tu.. Apa ke namanya?
Kertas tu ibu gunting anggaran 10 x 10 cm. Selit kat mulut pasu. Fungsinya, supaya kalau ada orang yang membelek sakan bunga ni.. tetap tak nampak span atau serabai batang bunga.
Kalau tak silap, sekeping RM2.00 harganya. Lama dah tak beli, ibu guna apa yang ada kat rumah. Alaa.. gunanya sikit sahaja. Tak letak pun tak apa.. Letak lagi cun!!
Sekian perkongsian ibu Yusuf dan Maryam untuk pagi Ahad nan indah ini. Jumpa lagi...
Sekian perkongsian ibu Yusuf dan Maryam untuk pagi Ahad nan indah ini. Jumpa lagi...
alahai kak zefa sungguh seni..kita seni menghias rumah mamng gagal lah kak..tgk rumah kak zefa pun tenang je..sorga dunia! ;)
ReplyDeleteCantiklah,.Nak upah boleh?
ReplyDeleteCun la kak, saya tak pandai gubah bunga tapi abah saya pandai menggubah bunga tau..:)
ReplyDeleteBerseni tgn ibu yusuf nih.:-) keep up the gud work!
ReplyDeletekreatif ye ibu ni. lawa bila dah siap :)
ReplyDeleteada seni. yus bab gubah2 bunga ni surrender...tak pandai..huhu
ReplyDeletecantik kak...lama dah nak gubah bunga, tapi masih belum ada masa hehehe. Nak kena tunggu puteri tu tido dulu baru dapat buat kerja....
ReplyDeleteduluu mak rajin mengubah ..
ReplyDeletetapi akak sampai skrg x minat huhuh ;)
mmg cantik.pandai kak zefa gubah bunga..sy nie jgn kata berseni,.bunga pun tak minat.malang sungguh jadi perempuan..:)
ReplyDeletemenggubah bunga perlukan seni...tangan mama xberapa nak bersenilah....duluada gak cuba2..tapi sekarang...semua bunga ,simpan sbb dah ada tukang gubah yang rajin(mia)..eheheh
ReplyDeleteRajin & kreatif.. Dalam sibuk2 masih sempat gubah bunga.. Apa2pun, kalau buat sendiri memang puas hati kan?? Akak sendiri memang suka menggubah bunga
ReplyDeletemenarik tu kak zefa. saya kalau mengubah ni ikut suka je. tak ada sifir2. aiseh... mcm la selalu mengubah bunga pun kan. muahaha...
ReplyDeleteoo..ade sifir2nya ya... baru sy tahu... nnti share lg pasal gubahan bunga ye... ;)
ReplyDeletecntik gubahan k.zefa ;)
sy pun peminat KK Deco
cantik kak zefa..sy pun suka menggubah jgk:)suka tgk benda2 cantik
ReplyDeleteCANTIKLAH BUNGA TUE...BERSERI-SERI MEJA MAKAN...
ReplyDeleteakak pun lebih suka hias sendiri jambangan bunga.. save bajetkan..
ReplyDelete