Follower

Friday, December 2, 2011

Kem Tahfiz: Ayah Tak Bagi Pergi..


Enty bikin kontroversi kalau cuma baca tajuk dan tak baca habis..

Cuti sekolah sudah berlalu selama 2 minggu, tapi tak ada apa-apa lagi aktiviti ilmiah untuk anakanda soleh ibu. Anakanda solehah tu tak apalah, kecik lagi. Ibu ada survey beberapa prigram cuti sekolah yang tak perlu bermalam, tapi tak menepati kekangan masa ibuayah pergi dan balik kerja. 

Ibu nak sangat hantar Yusuf pergi kem tahfiz sebenarnya. Kem tu kawan ibu yang cadangkan. Seminggu je, tapi kena bermalamlah.

Tau apa ayah jawab? Ayah kata; "Tak payah lah dulu"..

Grrr, ibu dah singsing lengan nak gaduh.. tak puas hati jawapan ayah. Kah kah.. Percaya ke? Hehe.. tak ada lah sampai sinsing lengan nak gaduh, tapi geram la juga. Ibu nak hantar anak ibu ke tempat baik. Supaya masa lapangnya terisi, bukannya hantar pergi manapun. Pahala pun dapat..

Tak puas hati punya pasal, ibu pun.. pot pet pot pet. Haissh!! Jangan ikut perangai ibu okey. Sangat tak baik!! Tapi ayah Yusuf cool aje. Dah habis isteri dia bla bla bla, dia pun cakap; "Ayah tak bagi dia pergi sebab dia kecik lagi. Tak berapa pandai urus diri lagi. Nantilah tunggu dia besar sikit."

Hmm.. tetap tak puas hati dengan jawapan itu. 7 tahun bukan kecik sangat pun. Tapi sebab tak mau jadi isteri derhaka, ibu berhenti bercakap dan senyap. Tak apelah Yusuf, mungkin ibu terlalu eksited sendiri. Tak lihat dari semua aspek. Apapun, ibu tetap mendoakan agar anak-anak ibu adalah generasi yang cintakan al quran malah menguasainya. Tak mau jadi macam ibu dan ayah, yang tertinggal serba serbi..

Yang terbaru, ibu jumpa ini..

Didik Al Quran



Ebook 3 Langkah Mudah Didik Anak Hafaz Al Quran tulisan Ustaz Amri dan Ustazah Aishah. Ebook ini diterbitkan oleh Puan Lina Karim, ibu kepada 2 orang anak yang berjaya menghafaz 30 surah dalam usia 3 tahun.

Sebagai ibu, ibu yakin. Jika anak dia boleh, anak kita pun boleh. Cuma perlukan usaha yang gigih, dan teknik yang berkesan. Umur bukan ukuran, jika ada kemahuan pasti ada jalan.

Ibu bercadang nak beli.. RM50.00 sahaja. Cuma belum berkesempatan nak ke bank. Ibu ni kuno sikit, tak guna M2u. Kih kih..

Oh ya, buat teman-teman yang nak keterangan lanjut, klik je banner di atas atau di bawah. InsyaAllah, banyak manfaatnya untuk kita semua.

Didik Al Quran


Sungai Congkak Berubah Wajah: Deras & Keruh..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Minggu lepas, kami bawa anak-anak Mandi Manda @ Sungai Congkak. Dek kerana seonoknya anak-anak, dan dek kerana seronoknya ibu ayah tengok anak-nak seronok, besoknya kami pergi sekali lagi ke sana. Maryam Nabihah dengan semangat dan bawa segala baldi kecil dan penyodok bagai sebab dia suka main pasir. Tak dapat pasir pantai, pasir sungai pun jadilah.

Apapun, manusia hanya merancang, Allah swt yang menentukan. Hampir tiba ke destinasi, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Ayah pandang ibu, ibu pandang ayah. Namun, untuk tidak mengecewakan anak-anak kami teruskan juga perjalanan. Siap bawa bekal lagi tu.. Semangat nak berkelah ni.

Sampai-sampai je, hmmm.. Apa yang terbayang di fikiran ibu memanglah benar belaka..


 Air sungai yang keruh dan sangat deras..


 Dua keadaan yang berbeza diambil dari kedudukan yang sama, pada hari yang berbeza..


 Apa-apa pun, kita makan duluuuu.. Err, ini gambar selepas selesai makan lah..


Anak-anak dah buat muka sedih.. jadi, ayah bawa juga main air di tepi-tepi sahaja..


 Walaupun tak berapa puas hati, tapi anak-anak nampak happy juga..


 Intan payung, pengarang jantung ibu..


Anak siapakah? Tanpa pengawasan dari ahli keluarga. Sebab hanya kami ada berhampiran ketika gambar ini ibu ambil..


Spoil the mood. Sangat-sangat benci melihat ini. Padahal bukan tak ada tong sampah. Dasar pemalas dan pengotor. Huhu!

Erk.. Ibu ni cari salah orang pulak. Memang salah pun. Hmm, sila abaikan.

Moralnya;

Jangan buang sampah merata-rata. Elakkan pencemaran alam. Cintailah sungai kita. 

Jangan biarkan anak kita bermain di tempat bahaya tanpa pengawasan orang dewasa. Malang tidak berbau.

Dan.. Elakkan pergi ke tempat sebegini selepas hujan lebat.

Dalam kes kami, alang-alang kami dah datang dari jauh, redah je lah..


Ps: mingguni tak tahu lagi nak bawa anak-anak ke mana. Ada cadangan?




Thursday, December 1, 2011

1st Giveaway From China @ Affafkusayang


Jom joint GiveAway!!



Petang ni ibu teruja nak joint GA anjuran teman blogger yang baru ibu kenal, Ira. Ira salah seorang peserta Jelajah Jemari Asmara GiveAway. Mula-mula pening juga nak panggil dia apa, tapi persoalan terjawab bila ibu jumpa blog utamanya. Ira ni suka masak-masak dan ada online bakery tau. 

Lihat, betapa GiveAway itu sendiri dapat menjalinkan ukhuwah antara kita. Cuma terpulang kepada kita samada nak menjadi peserta 'touch n go' atau meneruskannya kemanisan jalinan itu kerana Ilahi.

GA ni dianjurkan sempena percutian tuan punya blog hujung bulanni.. Semoga perjalanan beliau di bawah perlindungan Allah swt, dipermudahkan urusan dan moga dijauhkan dari kesulitan. Yang penting, jangan lupa bawa ole-ole untuk kami ya.. Hihi..

Jom ramai-ramai kita meriahkan GAni, syarat-syaratnya sangat ringkas (ibu c n p je ni) :-

a) Mesti ada blog & sesiapa pun boleh sertainya

b) Perlu jadi follower AffafkuSayang, SINI & SINI ( wajib tau!!!)
c) Buat entry tajuk " 1st Giveaway From China @ affafkusayang" dan letak banner sekali
d) Letak Banner ni kat SIDEBAR  
e) Tarikh Tutup : 31.12.2011

Untuk turut serta, klik sahaja banner di atas!!

Muhammad Yusuf Nabhan 7 Tahun.. Part 2..


Khamis.. Taska tutup 4 hari.. Ibu cuti..

Ini entry sambungan untuk entry malam tadi.. Dah mengantuk sangat punya pasal, maka terpaksalah sambung pagi ni. Hihi.. Pendekkan cerita, semalam hari lahir Muhammad Yusuf Nabhan yang ke 7. Jadi malam tadi kami bawa anak-anak jalan-jalan cari hadiah dan makan-makan. Cerita makan-makan dah cerita di entry malam tadi.

Ibu dan ayah bawa anak-anak ke The Store di Plaza Alam Sentral. Mula-mula besday boy nak mainan.. Okeylah, kami pun bawa dia ke tempat mainan. Tapi kesian sangat dia, apa yang dia nak semua ayah tak setuju. Sebenarnya ibu dah sediakan peruntukan, apa je yang dia nak walaupun mahal ibu akan belikan. Tapi biarlah sesuatu yang bermanfaat dan sesuai dengan usianya. Cuma malam tadi apa yang dia tunjuk, semua ayah tak berkenan. Bagi ayah kalau setakat beli kereta-kereta kecik, tapi harga puluh-puluh, kemudian dia bukan main pun, baik tak payah. Ada juga mainan yang dia nak, ibu pula yang tak setuju.

Yusuf anak yang dengar kata, ibu dan ayah kata tak mahu, tak mahulah. Sudahnya.. Meh tengok apa yang dia pilih..

v

v

v

 CD game dengan set alat tulis Ultraman. Kalau ikutkan ayah, Ultraman tu pun ayah kata tak payah, ayah kata tak berkualiti. Tapi ibu belikan juga..

Harganya?


Dua benda ni tak sampai RM20.00 pun.. Tak apa abang, nanti ibu belikan hadiah lain ye. Tapi ibu kena pergi seorang-seorang je tau.. Haha.. Baru senang nak pilih..

Tapiiiiii..
Hmmm.. ada seorang budak perempuan tu kan, dia sudah sangat lebih dari besday boy. Yang ini, kalau dia nak, maka nak lah. Ibu kata tak boleh pun dia nak juga.

Tengok apa yang dia dapat..

v

v

v


 Bukan satu, malah 2.. huhu..


 Aduhai anak.. kalaulah ibu ni tak berkerja, tak ada RM sendiri, bergolek-golek la awak kat pasaraya tu agaknya sebab tak dapat apa yang dihajat (tapi setakatni tak ada la sampai golek-golek, hihi.. paling-paling pun dia huwaaaaaaa.. ngeh ngeh..). Ayah geleng kepala tengok harganya..


Walaupun anak solehah yang seorang ni selalu buat ibu bersedih hati dengan sikapnya, tapi ada sesuatu pada dia yang mengubat hati ibu.. Dia cerdik dan rajin. Masa gambarni diambil, jam dah pukul 10.30 malam dah pun. Tapi dia semangat nak rasmikan kaler barunya..

Dada ibu sebak.. Allah kurniakan ibu anugerah yang tidak ternilai. Tapi ibu selalu tewas dengan perasaan hanya kerana sekecil-kecil ujian dariNya. Allahu Akbar..

Hakikatnya, utuk mencari kesempurnaan adalah sukar. Namun sama-samalah kita berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita. Pesanan ibu Yusuf dan Maryam buat diri sendiri..

Ibu boleh!!

Ps: Nak tengok apa isi katil baby dalam bilik Maryam? Klik n3 Intai Bilik Anak Dara.




Muhammad Yusuf Nabhan 7 Tahun..


Tarian jemari seorang ibu.. penuh rasa syukur..

Sukur pada Mu Ya Allah, atas kurniaanMu yang tidak terhingga. Limpahan kasih sayang dan kebahagiaan yang Kau berikan padaku.

Hari ini 30 November 2011 anakanda soleh Muhammad Yusuf Nabhan genap berusia 7 tahun. Selamat hari lahir abang. Semoga abang menjadi anak yang soleh, dilimpahi rahmat Ilahi, diberikan kesihatan, kecemerlangan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.

Malam tadi, ibu dan ayah bawa besday boy jalan-jalan cari hadiah dan makan-makan. Tapikan, ada gegel tu yang ala-ala besday girl juga. Buka ala-ala lagi, tapi terlebih sudah.. Huhuhu..

Mehla kita layan picas bagi tak boring.. Kalau cerita je mesti tak berapa best kan? Tapi sedikit sadis, gambar shooping hadiah di The Store Plaza Alam Sentral terdelete sudah.. Layan je apa yang ada ye..
 

 Dua lelaki yang ibu sayangi.. Cinta kerana Ilahi.. Moga cinta yang bersemi antara kita kekal hingga ke sana..

Anakanda soleh ibu request nak makan ayam panggang. Maka rezeki makan malam kami di Kenny Rogers juga di Plaza Alam Sentral..


Ni anakanda solehah yang sudah lebih dari besday boy.. Sama-sama pink itu ibu dan anak. Hihi..
 

 Abang Yusuf punya..


 Ibu punya.. kongsi denga adik..


Ayah punya.. pun kongsi dengan adik..

Ya Allah.. ibu dah tak tahan zzzzzzzzz sangat dah ni. Dah jam 12.00 lebih rupanya. InsyaAllah, n3 ni akan disambung besok ya.. Publish dulu mana yang ada.. :D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...