Follower

Wednesday, November 14, 2012

AYAM BERAROMA HERBA THAI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Yeay!! Kongsi resepi lagi. Update blog jam 1.00 pagi, wah.. semangat!! hehe.. Baru sampai dari kampung, tak mengantuk la pulak.

Alkisahnya, ibu join Fan Club Chef Ezani Masterchef kat FB. (Err, ke dah cerita pasal join tu?) Dah namanya peminatkan, maka haruslah cuba resepi-resepinya.

Beberapa hari yang lepas, ibu kongsikan air tangan ibu Salad Ayam Ala Thai (diinspirasikan dari Salad Daging Ala Thai Chef Ezani). Harini ibu kongsikan hasil air tangan ibu, Ayam Beraroma Herba Thai diinspirasikan dari Ayam Bersos Mentega Kacang Beraroma Herba Thai.

Dan hasilnya, taraaaaaaaaa..

v

v

v

v


Ayam Beraroma Herba Thai

 Seperti biasa, ada aje yang didurhakakan.Tapi Ezani tak marah tau.. Buktinya..

v

v

v

Kannnn.. Dah kata dia tak marah. Hehehe..

Ibu ikut resepi yang diberi cuma ibu tak letak mentega kacang tu. Sebab ibu tahu itu bukan citarasa ayah Yusuf. Macam sayur pun, ibu guna je apa yang ada dalam peti sejuk.. 


 Ini wajah sebenar air tangan Chef Ezani..

Ibu copykan resepinya di Jemari Asmara untuk tatapan semua.

Resepi Ayam Bersos Mentega Kacang Beraroma Herba Thai: 

500g daging ayam - potong kecil
sayur-sayuran (ikut selera - saya guna lada benggala, lobak merah, kacang panjang, broccoli)
4 helai daun limau purut hiris halus
segenggam daun ketumbar

Bahan tumisan:

1 biji bawang besar hiris
4 ulas bawang putih cincang kasar
2 inci halia hiris nipis
3 batang serai dititik
5 biji cili padi potong kasar
3 batang akar ketumbar

Bahan sos:

3/4 cawan (atau lebih kurang 4-5 sudu besar) mentega kacang kasar (chunky/crunchy peanut butter)
1 cawan air
5 sudu besar sos ikan (fish sauce/nampla)
2 sudu besar madu
perahan jus dari satu biji limau nipis
garam dan lada hitam secukupnya

1) Goreng potongan ayam dalam sedikit minyak hingga masak. Alihkan.

2) Goreng sayur-sayuran sehingga separuh masak. Alihkan.
* Saya suka goreng dulu ayam dan sayur-sayuran untuk senang nak dapatkan tahap masak yang saya suka.

3) Buat sos. Tumis bahan-bahan tumisan hingga naik bau. Masukkan mentega kacang, air, sos ikan, madu, jus limau, garam dan lada hitam secukupnya. Masak sehingga sos pekat, tambahkan air secukupnya (ikut nak kuah banyak mana) dan garam secukup rasa.

4) Masukkan semula ayam dan sayur-sayuran. Gaul sehingga sos rata. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.

5) SIAP! makan lah dengan nasi hehee..hidangan seimbang, cukup dengan sayur semua. masak satu lauk cukup :)
***************************
Nota ibu Yusuf: *Saya* dalam resepi di atas merujuk kepada Chef Ezani sendiri.. :D
Selamat mencuba!!


Sunday, November 11, 2012

MENANG KAFTAN BERNILAI RM1380.00 DARI COSRY PURPLE LABEL


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki ibu dalam berkontes. Walaupun hanya sebesar kuman jika dibandingkan dengan rakan-rakan sehobi yang lain, tapi ibu tetap bersyukur dengan rezeki yang ada. Ada beberapa kemenangan kecil-kecilan semenjak duani.. Yang paling tinggi nilainya cuma RM99.99. (Bagi ibu tinggi nilai tu.. 'cuma' tu bila banding dengan rakan-rakan sehobi sebenarnya..)
Terkini dan mengejutkan, ibu menang Like & Share dari FB Cosry Purple Label. Hadiahnya sehelai kaftan bernilai RM1380.00.. Baju termahal yang ibu ada setakatni. Tiba-tiba rasa macam artis gitu. Hahaha..
 Mana tak rasa macam artis, tuuuuuuu.. dapat kaftan lebih kurang yang macam Izara pakai ni. Izara ni duta Cosry..
Lebih mengujakan, ibu terima perkhabaranni dari seorang kawan masa ibu sedang hadir majlis penyampaian hadiah sekolah agama Yusuf. Memang kegembiraan berganda untuk hari tersebut.. 
Maka pagi tadi, berbondong kami anak beranak pergi ke The Curve di mana lokasi Cosry Purple Label terletak. Jujurnya, ini kali pertama kami menjejakkan kaki ke The Curve, biasa kalau datang dekat-dekat sini pun sebab pergi IKEA. Tu pun boleh dikira dengan jari tangan sebelah. Hehehe.. 


 Setelah pusing punya pusing, akhirnya jumpa butik yang dicari-cari. Mula-mula nak masuk tu rasa segan je.. Ye lah, ibu ni golongan biasa-biasa aje. Kalau tak menang kontes punya pasal, tak merasa nak jejak butik-butik mewah ni, Errkk.. kesian bebenar bunyinye yer.. kih kih kih..


 Suasana di dalam butik..


 Antara koleksi yang ada..


 Koleksi kaftan di Cosry Purple Label..


 Dan.. Inilah pengumuman yang buat ibu senyum sampai telinga. Terima kasih kawan ibu, Jahna yang terus telefon ibu bila baca pengumuman ni. Ibu tau kontes ni pun dari FB Jahna sebenarnya.. :D

Dan.. (berapa banyak dan daaaa..).. Taraaaaaaa..

v

v

v

v



 Inilah kaftan yang ibu dapat. Kaler purple gitew.. Kebetulan, agak match juga dengan tudung yang ibu pakai..



 Oh my kamera.. Kenapala ko kabur. Huhuhu..


Zoom.. Inilah dia kaftan yang bernilai RM1380.00 tu.. Tapi kena alter sikitlah kan. Kaften ni untuk artis body macam Izara, macam Maya Karin, macam Syasha Saidin. Tapi ibu Yusuf? Hahaha.. Sendiri tekalah ye saiz ibu apa..
Oh ya, Cosry sekarang gigih mempromosikan BodyCurve.. Pakaian dalam pembentukan badan. Masa ibu ke sana untuk tuntut hadiah, ibu ditawarkan juga untuk mencuba. Teringin dan teruja nak cuba sebenarnya, tapi mengenangkan aksi-aksi Maryam kalau ibu berlelama di situ, terus lah menolak pelawaan yang diberi.

Sekarang ni juga ada kontes Like & Share utk memenangi Clutch Bag Cosry bernilai RM 688.00.. Apalagi, ramai-ramai ke FB Cosry Purple Label. Mana tahu rezeki anda pula..
Akhir kata, ibu mengambil kesempatan mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pihak Cosry kerana memilih Zefa Ibu Maryam sebagai pemenang. Semoga Cosry Purple Label terus maju jaya..




Asmara Collections sudah ada page di FB. Jemput LIKE ya.


Terima kasih..

Saturday, November 10, 2012

SESEJUK PERUT IBU MENGANDUNGKAN MUHAMMAD YUSUF NABHAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini 10.11.12.. Cantik tarikh tu kan? Harini akan berlangsung konvokesyen tadika Maryam. Ibu teruja nak pergi sebab harini Maryam terlibat dengan persembahan di pentas. Cuma ibu tak pasti pelajar 5 tahun dapat hadiah ke tidak. Alhamdulillah, Maryam dapat no. 1 kali ni.. Sejuk perut ibu mengandung.

Tapi entryni khas untuk abang Yusuf.. Cerita Maryam ibu simpan dulu ya. Beberapa hari yang lepas berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah sekolah agama Yusuf. Seperti tahun lepas, ibu tetap berusaha untuk datang. Tahun lepas terkejar-kejar datang selepas ibu selesai ceramah, tahunni ibu siap ambil cuti lagi. Semangat nak bagi sokongan moral pada anak bujang kesayangan ibu ni..

Yusuf tak dapat no terbaik pun dalam kelas di sekolah agama. Sama juga di sekolah kebangsaan, dia pun tak pernah dapat nombor terbaik.Tapi sebagai ibu, ibu tetap berbangga dengan pencapaiannya sebab ibu tak meletakkan nombor sebagai ukuran. Alhamdulillah, peratusan markah di kedua-dua sekolah adalah cemerlang dimata ibu.

Cuma selamatlah duit ibu kan, sebab ibu janji kalau dapat no 1 atau 2 atau 3, ibu akan belikan PSP. Hehehe..

Ibu kongsikan di sini beberapa keping gambar kenangan majlis penyampaian hadiah sekolah agama anakanda Yusuf yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam..


 Hati ibu mana yang tak tersentuh, hati ibu mana yang tidak gembira.. bila anak yang dikandung selama 9 bulan duduk di atas pentas membacakan ayat-ayat suci al quran dan diperdengarkan untuk semua hadirin yang datang dalam usianya belum pun lagi mencapai 8 tahun.

Tahniah sayang, Yusuf tanpa ibu lihat ada rasa gentar pun berada di hadapan. Suaranya terkawal dan bacaan baik sekali. Cuma tidaklah berlagu bagai.. Baru tak sampai seminggu belajar taranum.



 Beratur tunggu giliran untuk ambik hadiah. Walaupun tak dapat no 1 - 3, tapi Yusuf tetap dapat hadiah sebab dia pelajar Mumtaz (cemerlang)..



 Tahniah Muhammad Yusuf Nabhan bin Muhamad Roslan..



 Ibu pun nak interframe jugak.. Hehehe..



 Amboi, riangnya anak ayah ni..



Bukan nilai hadiah jadi ukuran..

Ibu doakan semoga anak ibu terus cemerlang dan akan perbaiki lagi di masa hadapan. Ibu teringin juga nak tengok abang naik pentas di sekolah kebangsaan. Harap-harap tahun depan tercapailah impian ibu ni ya..

Semoga anak-anak ibu berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal 'alamin..


Friday, November 9, 2012

THAI CHICKEN SALAD ALA CHEF EZANI MASTERCHEF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


 Salad ayam ala Thai yang sangat sedap..

Betul, tak tipu. Sedap!! Cuma terlebih masin sikit ibu buat.. Haha.. Kenapa ala Chef Ezani, sebab resepi ambil dari himpunan resepi Chef Ezani.

Cuma resepi asalnya daging, tapi ibu ganti dengan ayam. Sayur pun, ibu guna apa yang ada dalam peti sejuk. Kacang tumbuk pun ibu tak letak, sebab ibu tak berapa gemar kacang.. 

Ibu copykan resepinya di sini. Jom tengok.. :D 

Thai Beef Salad / Salad Daging Ala Thai.

Resepi:

Dressing:

2 ulas bawang putih dilumatkan
1 inci halia dilumatkan
4 sudu besar fish sauce/nam pla
2 sudu besar gula melaka
sebiji limau nipis diperah jusnya
1 sudu kecil minyak bijan

- Campur semua bahan dressing, rasa dan adjust ikut selera. dressing thai ni kena seimbangkan masin, masam, manisnya.

Daging - yg eloknya premium cuts yg buat steak utk daging yg lembut

- Steak di marinate dengan sedikit dressing yg sudah dibuat (seperti di atas). lagi lama lagi bagus, semalaman dalam peti sejuk pon bagus.
- Masak steak mengikut tahap masak yg diingini - medium ke well done ke...
- Bila steak sudah hampir masak, masukkan lebihan jus perapan tadi ke dalam kuali memasak dan biar ia menjadi sos pekat dan caramelise. lumurkan daging yg sudah masak dgn sos ini.

Sayur-sayuran:
Daun salad
Timun
Tomato
Bawang besar
Daun pudina
Daun selasih
Daun ketumbar

Kacang tanah tumbuk

- Campurkan semua bahan sayuran dengan dressing. Hiris daging steak nipis-nipis dan hidangkan di atas salad. tabur kacang tumbuk
 
 Ini hasil air tangan Chef Ezani kita.. Nampak sangat meriah, ibu punya salad, nampak suram je. Hehe..
 
Okey, selamat mencuba!!

Wednesday, November 7, 2012

AIDILADHA 1433H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya ini kisah yang 'terperam'.. Dah nak masuk 1 Muharam dah ibu weiiii, cerita raya haji baru nak keluar. Hihihi..

Inilah yang berlaku kalau asyik bertangguh, dari sehari kesehari.. walhal gambar-gambar dah lama upload. Jangan contohi perangai ibu ni ya, buat kerja tak elok tangguh-tangguh..

Alkisahnya, raya haji tahunni kami balik Terengganu. Raya di kampung ayah.. Alhamdulillah, tahunni Allah beri rezeki untuk ayah dan Tok Ki Yusuf untuk menjalankan ibadah korban.

Kalau di kampung ibu di Selangor, semua ibadah korban di satu-satu qaryah akan dikumpulkan di masjid. Orang kampung akan bergotong royong dari mula sampailah selesai pengedaran.

Lain pula di kampung ayah.. Bahagian masing-masing perlu diuruskan oleh pihak keluarga masing-masing. Dari mula sampailah keurusan edar daging. Semua sendiri buat.. Syukur alhamdulillah, tahunni semua adik beradik ayah berkumpul.. banyaklah sikit tenaga yang digabungkan.

Nak cerita panjang pun dah tak berapa seronok sebenarnya, almaklum cerita dah lama. Kita layan gambar ajelah ye..
  

Lembu yang berjaya ditumbangkan dengan bantuan kenderaan pacuan 4 roda. Lembuni saiznya agak besar.. dan yang hebatnya sigagah ni berjaya melarikan diri beberapa minit sebelum dikorbankan. Nasib baik tuan punya lembu berjaya 'menawan' semula lembu ni..



Allahu Akbar Allahu Akbar.. Ibu pandang dari balik screen kamera. tapi nampak jugalah darah tu memancut-mancut..



Lokasi korban dijalankan.. tepi sungai Kampung Pulau Bahagia..



Alhamdulillah.. berjalan lancar. Lembu selamat dikorbankan..



Ehh.. ayah Yusuf nak buat apa tu? Nak angkat lembu tu ke? Tak lah, dia nak betulkan kayu tu je..


 
Ececeh.. sempat lagi Ayah Long Yusuf dan Maryam beraksi depan kamera ye?



Anak-anak dan mak-mak bersantai siap bentang tikar lagi. kesian orang tudung hitam tu, asyik tangkap gambar lembu gambar dia ilek..



Baby pun join juga.. Ada minum-minum, makan-makan. Macam berkelah la pulak..

Proses menyembelih, melapah dan membahagikan kepada 7 bahagian selesai menjelang zuhur. Kemudian tugas ibu dan kakak-kakak ipar untuk memotong daging ke bahagian-bahagian yang lebih kecil untuk diagih-agihkan.

Siap bungkus dalam plastik, Yusuf tolong ayah long hantar daging-daging tu kerumah-rumah yang tok dah senaraikan.
 


Petang, acara santai. Yusuf dan Maryam ikut menyibuk tengok tok bakar kaki lembu..

Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada hari tersebut. Walaupun penat dan ibu mabuk daging, tapi rasa lega bila dah selesai. Mabuk sebab dari pagi bau lembu, makan lembu, jadi kepala pun ada sedikit pusing.

Semoga dipanjangkan umur untuk sampai ke Aidiladha tahun hadapan dan semoga dimurahkan rezeki agar dapat menjalankan ibadah korban lagi. 

Tapi sesungguhnya tiada anganan yang lebih indah di Aidiladha selain impian berada di tanah suci Mekah melaksanakan ibadah haji. Semoga jejak kaki ibu sekeluarga di sana kelak. Amin Ya Rab..

  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...