Follower

Thursday, March 7, 2013

SET KESUBURAN SHAKLEE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

  Sekadar gambar hiasan dari sumber Google

Antara soalan yang agak popular berkenaan produk Shaklee yang ibu terima adalah; "Sis, ada tak vitamin untuk senang mengandung?" atau "Ibu, ada tak vitamin kesuburan" dan macam-macam versi soalan yang semaksud dengannya.

Biasanya soalan-soalan ini dilontarkan di FB sebab ibu lebih aktif di sana. In sya Allah ibu kongsikan pula di Jemari Asmara, semoga memberi manfaat pada semua.

@@@@@@

Set kesuburan Shaklee untuk wanita mengandungi;
 
* Vitalea
* B Complex
* Vita-C
* Alfalfa dan;
* GLA Complex

Manakala untuk lelaki mengandungi;
 
* Vita Lea
* B complex
* Vita C dan;
* Zinc Complex

* Vitamin E

Bagaimana semua supplement itu berfungsi?

Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida (sumbing tulang belakang). 

Vitamin C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal-hal organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.

Vitamin E terkenal sebagai Vitamin Cinta. Vitamin E terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelakian. Sebanyak 50% selenium dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani, maka kandungan selenium yang cukup dapat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Vitamin/produk yang memainkan peranan utama dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami. 


Bagaimana kedua2 ini berfungsi?

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan nutrien di atas memberikan harapan untuk pasangan menimang cahaya mata. Yang paling utama adalah terus memohon kepada yang Maha Esa. Usaha, doa dan tawakal serta jangan sesekali berputus asa.

Hmmm.. mesti ada yang kata, uish! Banyaknya! Hehe.. Ibu tahu, tak semua orang suka telan pil-pil nikan. Tapi tak apa, inilah fungsi Shaklee Indipendent Distributor. Kami akan membantu anda mengadakan konsultasi mengikut keperluan dan kemampuan bajet.
 
Untuk keterangan lanjut, hubungi  pengedar Shaklee anda:



Zefa Nor Asmara Jubir
ID: 909824
Blog: http://jemariasmara.blogspot.com 
FB: Ibu Yusuf dan Maryam 
FB Page: Kiosk Keluarga Sihat 
Emel: zefa_asmara@yahoo.com


Wednesday, March 6, 2013

KHASIAT VIVIX SHAKLEE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Apakah itu Vivix?

  
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 
Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



 Tersenarai di atas adalah kebaikan, khasiat dan manfaat Vivix. Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Penjelasannya;
  
Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Di atas ni pula sebahagian kecil dari testimoni pengguna Vivix yang dikongsikan kepada umum.

Lagi testimoni Vivix di SINI (klik).

Fakta paling menarik; Vivix untuk awet muda dan melawan kanser..


Banyak lagi ibu nak kongsikan tentang Vivix, in sya Allah di entry akan datang. Percayalah, jika anda tahu tentang kebaikan Vivix, anda tidak akan berkira dengan harganya.

Berapa harga Vivix yang hebat ini? Dan berapa harga istimewa yang Ibu Yusuf dan Maryam boleh beri?

Untuk keterangan lanjut, hubungi  pengedar Shaklee anda:


Zefa Nor Asmara Jubir
ID: 909824
Emel: zefa_asmara@yahoo.com



  

Monday, March 4, 2013

TUDUNG SYRIA CHIFFON 2 & 3 LAPIS UNTUK DIJUAL


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Petang-petang Isnin ni mari kita bersantai-santai ye.. Ibu nak buat entry iklan aka jemputan mencuci mata. Hihi..

Nak bagi tau ni, antara barang yang baru masuk ke Asmara Collections ialah Tudung Syria Chiffon 2 dan 3 lapis. Warnanya cantik-cantik lagi menawan kalbu..


 Ini sekadar hiasa okey.. Bukan untuk dijual.. hihi..

Ini contoh pemakaian tudung Syria Chiffon yang boleh dipadankan dengan tudung inner, mahupun tudung labuh saiz L & XL.

Untuk makluman juga, tudung yang ibu jual ni tak ada batu dikepala. Keronsang tu pun tak ada.. Mix and match sendiri je..

 Ini contoh Syria Chiffon 2 lapis..


 Ini contoh Syria Chiffon 3 lapis..

Untuk lebih pilihan jemput bertandang page Asmara Collections (klik) di FB. Sudi-sudikan menjengah dan sudi-sudikan menge'like'nya ye..

Bagi mereka yang tak ada FB, jemput ke blog Asmara Collections (klik), walaubagaimanapun sehingga entry ini ditulis, yang 3 lapis tak masuk lagi ke blog.

Terima kasih..  


Sunday, March 3, 2013

NASI DAGANG & NASI MINYAK TERENGGANU DI WARUNG SS19 SUBANG JAYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini catatan jalan-jalan cari makan kami minggu lepas. Ayah Yusuf teringin nak makan nasi dagang sedap, sanggup sarapan sejauh 15 km dari rumah. Hehe..

Tak tau dia dapat info dari siapa tentang gerai ni, tapi kami yang tak biasa dengan jalan di Subang Jaya gigih berGPS ke sana.

Serius kata, nasi dagang dan nasi minyak disitu memang best. Angkat ibu jari.. Oh ya, ibu bukan peminat kedua-dua hidangan tersebut tau. tapi ibu boleh kata sedap. Maksudnya? Sila jawab.. Hihi..


Ini bukti kami kesana.. Maryam cinta hati ibu dengan senyuman manis memikat kalbu.. Ececeh


Ini ibu punya.. Nasi dagang yummy-yummy..

Tapi ikan tu tak dihidang macam tu sebenarnya, setiap set lauknya diletak dalam mangkuk. Penuh dengan kuah gulai..


 Gambar ni dari Google.. Ini nasi minyak, dihidangkan samada dengan ayam masak merah atau gulai daging..


Ini pun gambar dari Google.. tengok gulai ikan tongkolnya yang menyelerakan itu.. Kredit..


 Inilah gerainya.. Pun gambar dari Google.. Kredit..

Menurut info yang ibu dapat dari sini, warung ni dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad. Isnin tutup la kut..

Jika anda semua mencari nasi dagang dan nasi minyak Terengganu yang sebenar di negeri Selangor, ibu syorkan anda datang ke sini. In sya Allah, anda akan kata sedap..

Tapi... Haha.. Jangan budget macam sarapan kat warung biasa ya. Kami berempat (ayah ibu makan nasi dagang, Yusuf Maryam makan nasi minyak), jumlah semua termasuk air adalah RM36.00..

Sekian.. 


Saturday, March 2, 2013

SUMBER KALSIUM

  Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Pagi-pagi lagi tadi ibu dah online.. Projek pertama ibu, cari info dan google gambar-gambar yang berkaitan dengan kalsium. Bulanni, ibu nak buat kempen 'Sayangi Tulang'.. Semoga kempen ibu akan memberi manfaat pada semua. In sya Allah.. Oh ya, sebelumni ibu ada buat entry tentang Keperluan Kalsium Wanita. jemput klik ye..

Hasil pembacaan ibu, kalsium ni sebenarnya bukan sahaja ada dalam susu je, dalam sayur, dalam ikan pun ada kalsium. Ye lahkan, bila sebut kalsium mesti kita teringat susu kan?





Tapi baca punya baca punya baca, sah bahawa walaupun kalsium ada dalam makanan-makanan lain, sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu.

    
 Susu, yogurt, keju dan lain keluaran tenusu merupakan sumber utama kalsium dan juga diperkuatkan dengan vitamin D. Kalsium adalah mineral yang paling berlimpah dalam tubuh badan, akan tetapi juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia. 

Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.

 Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang. Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.

Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.

Tapi, tak semua orang boleh minum susu kan, apatah lagi keju meju bagai tu, kan? Lagi-lagi bila baca pasal lemak tepu tu.. Huhu..

Sekali lagi, mari ibu terangkan tentang salah satu supplemen Shaklee yang hebat dengan izin Allah. Ini OsteMatrix*.. Ianya istimewa kerana ia lebih daripada sekadar kalsium. 

 Jom baca kelebihan OsteMatrix secara ringkas;

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Jadi, jika anda sayangkan tulang anda.. Jom sama-sama kita berOsteMatrix. Tak mahal pun, in sya Allah mampu beli. 

 Hubungi ibu, pengedar Shaklee anda:

Zefa Nor Asmara Jubir
ID: 909824


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...