Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Secara suratan atau kebetulan.. Hari ini ibu Yusuf menulis tentang anaknya di blog, dan ketika jalan-jalan blog kawan-kawan, ibu ada membaca beberapa entry yang bertentangan kehendaknya dengan gaya penulisan di Jemari Asmara..
Walaupun ianya beberapa entry yang berbeza, ianya ibu lihat membawa maksud yang sama. Iaitu pandangan mereka tentang kecenderungan blogger bercerita tentang kehidupan masing-masing. Cerita tentang anak, tentang suami/ isteri, tentang harta.. tentang macam-macamlah.
Ada di antara mereka berpandangan, cerita-cerita peribadi tersebut boleh menimbulkan rasa 'jengkel' di kalangan pembaca. Senang cerita, menyampah.. Macam dia aje ada anak. Macam dia aje ada suami. Macam dia aje rumah..
Ada juga yang berpandangan, terlalu bercerita tentang kehidupan peribadi (anak, isteri/ suami, harta) juga akan menimbulkan rasa riak dalam diri, hingga mengharapkan puji-pujian dalam ruangan komen..
Malah, akibat terlalu bercerita tentang peribadi juga akan membuka ruang untuk kita mendedahkan aib sendiri kepada orang lain. Samada dengan sengaja atau tidak..
Ibu bersetuju dengan pandangan-pandangan tersebut. Walaupun Jemari Asmara pada zahirnya adalah sebuah blog yang bertentangan dengan pandangan mereka. Jemari Asmara penuh dengan cerita Yusuf dan Maryam, Jemari Asmara sering memaparkan harta yang ibu ada (dekorasi rumah/ koleksi PML, dll), Jemari Asmara catatan kebahagian dan suka duka ibu Yusuf dan Maryam.
Lantas?
Haruskah Jemari Asmara mengubah arah hanya kerana ibu Yusuf bersetuju dengan pandangan tersebut.
Tidak!!
Semuanya berbalik dengan tujuan dan niat masing-masing dalam berblogging. Ibu tegaskan di sini, Jemari Asmara adalah wadah luahan hati ibu. Tempat ibu berkongsi rasa bahagia juga ada kalanya duka.
Bohong ibu katakan, jika tak ada rasa gembira bila kita menerima pujian. Namun sama-samalah kita menjaga diri dari sifat takbur dan riak.
Sama-sama kita beringat, anak, suami/ isteri dan harta yang kita ada adalah ujian. Salah kita mengemudi, salahlah haluan kita.
Jadi, apalah sangat pujian yang diberikan berbanding ujian yang perlu ditanggung sebagai tanggungjawab dan amanah.
Jujurnya, dalam kehidupan sebagai seorang blogger, ibu sering mendapat inspirasi dari bacaan blog kawan-kawan. Ibu tanamkan dalam diri, mahu punyai semua kebaikan yang mereka ada.
Moralnya, yang baik kita jadikan tauladan. Yang buruk kita jadikan sempadan..
Juga, berpada-padalah dalam menceritakan perihal diri sendiri..
Sekadar gambar hiasan.. Pun gambar ulang tayang..
Jadi, apalah sangat pujian yang diberikan berbanding ujian yang perlu ditanggung sebagai tanggungjawab dan amanah.
Jujurnya, dalam kehidupan sebagai seorang blogger, ibu sering mendapat inspirasi dari bacaan blog kawan-kawan. Ibu tanamkan dalam diri, mahu punyai semua kebaikan yang mereka ada.
Moralnya, yang baik kita jadikan tauladan. Yang buruk kita jadikan sempadan..
Juga, berpada-padalah dalam menceritakan perihal diri sendiri..
Sekadar gambar hiasan.. Pun gambar ulang tayang..
suka tengok gambar satu keluarga akak..
ReplyDeletekeluarga yang bahagia..:)
lame sangat saya tak jengah sini kan..
Alhamdulillah.. semoga bahagia milik kita bersama dunia dan akhirat.
Deleteps: tkasih Farah singgah blog akak.. :D
apa yang penting, setiap cerita yang kita kongsikan memberi faedah pada org lain, walaupun sekecil zarah, kan?.tak salah kita berkongsi kegembiraan,kebahagiaan kita dengan kawan2. apapun, sebenarnya, terpulang pada empunya blog.happy blogging, :)
ReplyDeleteHappy blogging YM.. :D
Deletebetul tu kak,tp terpulang pada yg membaca.pada sy kalau tak suka tak perlu dtg dan baca..pasal keaiban dan riak tu sama2 banteras ye..:)
ReplyDeletedah lama ema tak dtg sini...
ReplyDeletesetuju dengan pendapat zefa...
ReplyDeleteberbalik kepada tujuan asal kita wujudkan blog. Macam yus mmg nak catat sedikit perkembangan dan apa yang berlaku dalam keluarga dan anak2. Namun tak semua cerita boleh di kongsi, kena tapis2 jugalah kan..:)
setuju sgt2... sama mcm lya..blog ni mmg lya banyak berceritakan ttg anak lya, asya... n.. insyallah..apa y dikongsikan di blog hanya sekadar sesuatu y blh dikongsi n bukanlah perkara y terlalu personal.. contoh perkembangan anak2.. dan..btl la.. lya pon mengalami ujian y amat2 perit dlm khidupan.. dan disini juga lya simpan memori itu ( kelahiran asya & penyakit lya)... itu hanya utk kenangan bila asya bsr... mungkin lya x smpat bcerita...
ReplyDeleteMemang ada kebenaran dalam setiap bait perkataan ibu yusuf itu dan mama juga bersetuju dengan nawaitu kita, bagi mama blog ini seolah2 diary mama... menceritakan apa sahaja yang mama lakukan dan tiada langsung niat riak atau takkabbur... mungkin bila ada yang membaca akan berkata riaknya dia tapi Itu antara kita dan Allah, maaf kalau ada kesalahan dalam blog mama (http://inilahcoretankehidupankami.blogspot.com)....
ReplyDeleteseronok membaca blog ibu yusuf kerana mama rasa macam kita ada persamaan....
setuju dgn kata2 JA dlm entry nie
ReplyDeleteyang penting jgn over bila berblog...tq...entry yg bg ingatan supaya tak keterlaluan...
ReplyDelete:)
suka dengan entry k.zefa ni....mmg sebagai seorang blogger, banyak ujian dan cabaran yang perlu kita hadapi. Memang kadang2 blog inilah tempat untuk kita menulis apa yang berlaku dalam kehidupan seharian sekadar untuk luahan dan mungkin perkara itu boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk semua blogger. Macam saya, saya suka baca kisah2 yang berlaku dalam kehidupan blogger lain sama ada dalam rumah tangga, pejabat, anak-anak, deko-deko, masak-masak, resepi dan petua hehehe...dan sebagainya. Ini boleh dijadikan panduan dan rujukan saya especially bab deko-deko dan memasak ni hehehe.......
ReplyDeletebetul tu, entah yea, saya lebih selesa bercerita tentang hal sendiri, pada saya senang je semua berbalik pada niat. Lagi satu saya akan ikut benda yang positif kalau baca kisah orang lain. Kalau kisah sebaliknya pula saya akan jadikan pengajaran..Nak tulis tentang kisah yang kita tak tau pun payah jugak kan.
ReplyDeletea'aa bergantung pd niat kita kan.. blog saya sendiri penuh dgn cerita alisha.. mmg saya buat blog utk tatapan alisha satu hari nanti.. biar dia tahu macamna perangai dia ms kecik n tahu bagaimana ibu dia melayan karenah dia.. mg dia besar nanti dia tahu mghargai setiap pengorbanan yg ibu n abah dia lakukan utk dia.. InsyaAllah...
ReplyDeleteAkak setuju dengan Zefa.. Segalanya bergantung kpd tujuan berblog. Tidak pernah berniat utk meraih pujian drp cerita2 yg dipaparkan. Insyaallah, akan sentiasa mengingatkan diri sendiri agar tiada rasa takbur & riak dlm diri..
ReplyDeletekak zefa entry itu untuk kite ;) takpelah semua orang boleh berkata ape saje..ibu superb! sgt terinspirasi dgn energetik akak mengurus keluarge dan dalam mase yg same sedaye upaye utk anak2..bukan sebuah perjuangan yang mudah..anak kite masih kecil..nak menempuh sehingga besar abg yusof tu perlu ade persediaan mental yg bukan sedikit..selalu kite tanam..akak yang waktu kerje tak menentu pun boleh hadap anak2 belajar iqra..kite yang waktu kerje kdg je terlebih pun tak boleh buat mcm akak..masak, deco dalam mase yg same ade hobi dgn PML sebagai penghilang stress..teruskan menulis..mungkin kurang senang bagi orang lain..tapi i suke bace blog u!!heheh
ReplyDeleteakak sokong lin!! Blog k.zefa memang tak jemu dibaca, banyak info yang akak dapat....
Deleteakak mmng setuju ngn Zefa.....semuanya bergntung pada niat kita....
ReplyDeletesedih BSB baca luahan hati zefa..naper?ada org perli blog zefa ker?for me ur blog simple tapi masih ada mesej yg nak disampaikan.apa salah nyer kita share citer family & kegembiraan kita. bukan nak menunjuk2 pun..
ReplyDeleteTak adalah BSB.. bukan dia perli Jemari Asmara. Cuma kebetulan.. :D
Deleteperli kitelah kak BSB..anak putus susu pun ank citekan kak zefa hahaha..biaselah ummu muhammad kan kurang kerje kehkeh
Deletememang betul tu. atas niat kita la. kalau dia orang tak nak baca, jgn teruskan. buat dosa mengomen je. sbb blog personal ni biasanya pasal kita dan kehidupan kita. utk jadikan tatapan peribadi anak-anak. tmpt luah segala rasa walaupun tak 100%. pd saya, senang bila anak-anak boleh tahu sendiri macam mana dia orang masa kecik sampai besar. kalau tak, kenangan tu cuma tinggal kenangan je la.
ReplyDeleteBlog adalah catatan peribadi. Jika suka, boleh dibaca. Jika tidak, tiada yang memaksa. Selagi tidak mengaibkan org lain, tiada salahnya
ReplyDeletesemua itu trpulang pada kita zefa..kita ada pndirian, ada org bina blog utk tujuan bisnes, cerita ttg dunia hiburan, politik, sukan n mcm2...akak jadikan blog brtujuan utk dairy keluarga.....sekadar catatan harian kami..kalau org nk cari kisah ttg isu semasa or gosip2 panas, awal2 akak minta maaf krn bkn di blog akak..akak xpernah memikirkan ttg trafik n yg pnting anak2 akak ada sesuatu utk jadikan sumber rujukan disuatu hari nnti...kita xboleh mengikut n memuaskan org ramai krn apa yg kita lakukan demi kepuasan diri kita..siap yg nk brkongsi dialu2kan n yg xminat tiada siapa memaksa....tak gitu zefa????....
ReplyDeletesetiap org punya pandangan yg berbeza kan kak zefa. sememangnya bila org puji kita suka...naluri manusia biasa. tapi berbalik pada pucuk pangkal kita nak berblog. bak kata kak nza, susah nak puaskan hati semua org. pasti ada yg suka dan tidak.
ReplyDeletesalam zefa, manusia ni xpernah puas... buatlah mcmmanapun,
ReplyDeletemesti ada 'bunyi' jugak.. jadi biarlah kita dgn cara kita sndiri.. ;)
p.s: hadiah dah sampai ke?
salam kak zefa:)
ReplyDeletepenndapat sy xde masalah kalau nk bercerita tentang family atau apa2 yg berkaitan ngan diri,yg penting kita tahu batas2 nya.jgn over xpose dh la
CIK ROSE PERNAH JUGAK PASAL TOPIK CAM TUE....TIDAK KISAHLAH NAK TULIS APA2 PUN JANJI ADA ORANG DATANG BACA...BETUL TAK HIHIHI
ReplyDeleteharap harap akak tidak dalam golongan itu..
ReplyDelete