Follower

Monday, March 4, 2013

TUDUNG SYRIA CHIFFON 2 & 3 LAPIS UNTUK DIJUAL


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Petang-petang Isnin ni mari kita bersantai-santai ye.. Ibu nak buat entry iklan aka jemputan mencuci mata. Hihi..

Nak bagi tau ni, antara barang yang baru masuk ke Asmara Collections ialah Tudung Syria Chiffon 2 dan 3 lapis. Warnanya cantik-cantik lagi menawan kalbu..


 Ini sekadar hiasa okey.. Bukan untuk dijual.. hihi..

Ini contoh pemakaian tudung Syria Chiffon yang boleh dipadankan dengan tudung inner, mahupun tudung labuh saiz L & XL.

Untuk makluman juga, tudung yang ibu jual ni tak ada batu dikepala. Keronsang tu pun tak ada.. Mix and match sendiri je..

 Ini contoh Syria Chiffon 2 lapis..


 Ini contoh Syria Chiffon 3 lapis..

Untuk lebih pilihan jemput bertandang page Asmara Collections (klik) di FB. Sudi-sudikan menjengah dan sudi-sudikan menge'like'nya ye..

Bagi mereka yang tak ada FB, jemput ke blog Asmara Collections (klik), walaubagaimanapun sehingga entry ini ditulis, yang 3 lapis tak masuk lagi ke blog.

Terima kasih..  


Sunday, March 3, 2013

NASI DAGANG & NASI MINYAK TERENGGANU DI WARUNG SS19 SUBANG JAYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini catatan jalan-jalan cari makan kami minggu lepas. Ayah Yusuf teringin nak makan nasi dagang sedap, sanggup sarapan sejauh 15 km dari rumah. Hehe..

Tak tau dia dapat info dari siapa tentang gerai ni, tapi kami yang tak biasa dengan jalan di Subang Jaya gigih berGPS ke sana.

Serius kata, nasi dagang dan nasi minyak disitu memang best. Angkat ibu jari.. Oh ya, ibu bukan peminat kedua-dua hidangan tersebut tau. tapi ibu boleh kata sedap. Maksudnya? Sila jawab.. Hihi..


Ini bukti kami kesana.. Maryam cinta hati ibu dengan senyuman manis memikat kalbu.. Ececeh


Ini ibu punya.. Nasi dagang yummy-yummy..

Tapi ikan tu tak dihidang macam tu sebenarnya, setiap set lauknya diletak dalam mangkuk. Penuh dengan kuah gulai..


 Gambar ni dari Google.. Ini nasi minyak, dihidangkan samada dengan ayam masak merah atau gulai daging..


Ini pun gambar dari Google.. tengok gulai ikan tongkolnya yang menyelerakan itu.. Kredit..


 Inilah gerainya.. Pun gambar dari Google.. Kredit..

Menurut info yang ibu dapat dari sini, warung ni dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad. Isnin tutup la kut..

Jika anda semua mencari nasi dagang dan nasi minyak Terengganu yang sebenar di negeri Selangor, ibu syorkan anda datang ke sini. In sya Allah, anda akan kata sedap..

Tapi... Haha.. Jangan budget macam sarapan kat warung biasa ya. Kami berempat (ayah ibu makan nasi dagang, Yusuf Maryam makan nasi minyak), jumlah semua termasuk air adalah RM36.00..

Sekian.. 


Saturday, March 2, 2013

SUMBER KALSIUM

  Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Pagi-pagi lagi tadi ibu dah online.. Projek pertama ibu, cari info dan google gambar-gambar yang berkaitan dengan kalsium. Bulanni, ibu nak buat kempen 'Sayangi Tulang'.. Semoga kempen ibu akan memberi manfaat pada semua. In sya Allah.. Oh ya, sebelumni ibu ada buat entry tentang Keperluan Kalsium Wanita. jemput klik ye..

Hasil pembacaan ibu, kalsium ni sebenarnya bukan sahaja ada dalam susu je, dalam sayur, dalam ikan pun ada kalsium. Ye lahkan, bila sebut kalsium mesti kita teringat susu kan?





Tapi baca punya baca punya baca, sah bahawa walaupun kalsium ada dalam makanan-makanan lain, sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu.

    
 Susu, yogurt, keju dan lain keluaran tenusu merupakan sumber utama kalsium dan juga diperkuatkan dengan vitamin D. Kalsium adalah mineral yang paling berlimpah dalam tubuh badan, akan tetapi juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia. 

Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.

 Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang. Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.

Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.

Tapi, tak semua orang boleh minum susu kan, apatah lagi keju meju bagai tu, kan? Lagi-lagi bila baca pasal lemak tepu tu.. Huhu..

Sekali lagi, mari ibu terangkan tentang salah satu supplemen Shaklee yang hebat dengan izin Allah. Ini OsteMatrix*.. Ianya istimewa kerana ia lebih daripada sekadar kalsium. 

 Jom baca kelebihan OsteMatrix secara ringkas;

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Jadi, jika anda sayangkan tulang anda.. Jom sama-sama kita berOsteMatrix. Tak mahal pun, in sya Allah mampu beli. 

 Hubungi ibu, pengedar Shaklee anda:

Zefa Nor Asmara Jubir
ID: 909824


Wednesday, February 27, 2013

WW: BUAH BINJAI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Monday, February 25, 2013

INSTAPLACE, MAIN HUJAN DAN TOM YAM BELUT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tajuk macam best je kan? Hihi.. Apalah agaknya Ibu Yusuf dan Maryam nak ceritakan dalam entrynya kali ni kan?

Tapi rasanya yang paling menarik perhatian adalah Tom Yam Belut. Betul tak? Haaa.. Adalah tu yang mula rasa geli-geleman. Ish.. Janganlah geli-geli, makanan tu tau..

Ibu cuma nak bagi tau, ibu dah ada instagram. Haha.. kan, tu dah ada yang gelak guling-guling ketawakan ibu. Ye, ibu tahu.. awak semua dah lama ada, ibu baru nak ada.. Hihi..

Kemudian ibu juga ada instaplace. Alaa, tangkap je gambar kemudian keluarlah nama tempat yang kita berada tu. Tapi kadang-kadang tak menjadi juga.. Punyalah kena refresh banyak kali baru keluar nama tempat yang baru.

Ada satu lagi ibu tengok kawan-kawan selalu guna, instaweather. Yang tu tangkap gambar keluar maklumat cuaca. Yang tu pun tak berapa nak betul kadangnya. Cuaca tengah panas terik pun boleh dia kata mendung. Adehh..

Itu je pun ibu nak cerita. Ehehe.. Ibu kongsikan kat sini 2 keping gambar yang ibu ambil guna instaplace..


Ini gambar semalam, kami balik kampung. Ibu bagi peluang anak-anak main hujan. Alhamdulillah, antibodi mereka kuat.. tak demam..


Ini pulak gambar malam tadi. Dalam perjalanan balik ke Shah Alam kami singgah makan kat Jeram. Padahal kat rumah mak, dah makan pun.. Haha.. Sebabtu kami sekeluarga 'sihat-sihat' belaka..

Owh ya, dalam mangkuk tu Tom Yam Belut. Ibu sudahi entry kontot ni dengan soalan;

Berani ke makan belut?

Ahahaha.. Jawab kat komen yer..


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...