Follower

Sunday, January 22, 2012

DOKTOR KENA TINDAKAN JIKA GAGAL LAPOR DENGGI


 Google

Pengamal perubatan yang tidak melaporkan kes denggi yang dirawat di fasiliti kesihatan masing-masing akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10, Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata di bawah akta itu, semua pengamal perubatan bertanggungjawab melaporkan kes demam denggi kepada Pejabat Kesihatan yang terdekat dalam tempoh 24 jam.

"Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini kerana kegagalan melaporkan kes menyebabkan tindakan kawalan tidak dilakukan dan seterusnya menyumbang kepada penularan jangkitan yang berterusan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Liow berkata pada tahun lepas, enam pegawai perubatan hospital swasta di Petaling Jaya dikompaun RM1,000 seorang kerana gagal melaporkan kes demam denggi yang dirawat di fasiliti mereka.

"Kementerian Kesihatan mendapati 213 kes demam denggi dari daerah Petaling yang dirawat di hospital berkenaan pada tahun 2011 dan daripada jumlah tersebut, enam kes demam denggi tidak dilaporkan di mana-mana pejabat Kesihatan.

Tindakan yang serupa akan diambil terhadap mana-mana pengamal perubatan di klinik atau di hospital swasta atau kerajaan, sekiranya tidak melaporkan kes denggi yang dirawat mereka.

Liow berkata kementerian akan membuat pemantauan berterusan terhadap hospital dan klinik swasta atau kerajaan, bagi memastikan semua kes demam denggi dilaporkan ke pejabat kesihatan terdekat.

Beliau berkata dua kematian direkodkan dalam dua minggu pertama tahun ini dengan 921 kes.


6 comments:

  1. Memang perlu laporkan sebab melibatkan nyawa orang lain juga. Jika btau awal tindakan kawalan dpt dilakukan segera.. Kes denggi ni melibatkan tanggungjawab bersama dlm sesuatu komuniti.

    ReplyDelete
  2. salam ibu yusuf dan maryam...
    takut kan ngan kes denggi ni..
    penah ada pengalaman ngan kes gini..
    disbb kan kes denggi ni..ana kehilangan sorang ank sedara..
    sama2 la kita bhati2 tmbh lak yg
    ada ank2 cam kita ni...kan..

    ReplyDelete
  3. dah pernah kena demam denggi sblm ni. tp doc kata suspek je denggi.


    p/s: selalu melawat ibu yusuf tp tak berkesempatan nak tinggalkan komen. huhuhu...

    ReplyDelete
  4. mmg sepatutunya lebih2 lg kepada kinik swasta.kadang2 tu check tak smp seminit. mungkin tindakan nie secara tidak langsung ara doktor swasta akan lebih peka terhadap pesakit,terutama yg demam..:)

    ReplyDelete
  5. Baru pagi td Nida cakap pada suami "tiba2 teringat pada sahabat lama... dia meninggal kerana demam denggi, anak-anak dia masih kecil lagi".. tiba2 buka je blog Zefa tentang demam denggi juga...

    Al-Fatihah buat yg tiada..

    ReplyDelete
  6. baguslah macam tu... tp kdg² sy peliklah jumpe doktor ni.. dia blk tanya kt.. sakit ape?? kat mane?? ok jer ni.. demam biaser.. padehal sinom denggi..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...