Follower

Wednesday, May 30, 2012

TIPS MEMILIH BEKAS KUIH RAYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Amboi ibu Yusuf!! Baru Rejab dah cerita pasal bekas kuih raya? Kih kih kih.. Teruja nak raya le tew. Maaf, kalau entry ibu ni nampak hover sikit ye, tapi ibu rasa kita dah kena mula buat persiapan raya sedikit demi sedikit terutama persiapan baju raya. Persiapan awal sangatlah digalakkan supaya Ramadhan nanti kita dapat menumpukan sepenuhnya pada amal ibadah.

Tahunni, insyaAllah ibu akan tukar bekas kuih raya. Yang ada selamani dah diguna selama 8 kali raya. Terima kasih pada yang menghadiahkannya pada kami 9 tahun yang lalu. Bukanlah dah tak akan guna langsung, cuma nak menambah lagi.

Mari ibu kongsikan Tips Memilih Bekas Kuih Raya yang terlintas difikiran ibu. Jika ada yang ibu tertinggal, silalah kongsi buah fikiran di bahagian komen ya..


1. Bertutup rapat

Kita sedia maklum, bekas makanan yang baik adalah bekas makanan yang bertutup. Ianya penting dari sudut kebersihan selain mengelakkan makanan didatangi serangga seperti semut.

2. Kedap udara

Bekas kedap udara penting supaya makanan yang diisi kedalamnya tidak lemau (masuk angin).

3. Transparent

 Bekas transparent memudahkan tetamu melihat isi bekas kuih kita. Jadi tak perlulah tetamu buka satu-satu bekas yang ada. Jika guna bekas transparent, tetamu hanya perlu buka bekas kuih yang diplih sahaja.

4. Menarik

Dah namanya raya kan, jadi seboleh-bolehnya nak lah yang cantik untuk dihidang pada tetamu. Tak perlu mahal, yang penting bekas tu mampu menceriakan suasana.

5. Mudah dibasuh

Trend masa kini, bekas kuih dihias dengan renda, manik dan pelbagai aksesori. Tapi pastikan bekas tersebut masih boleh dibasuh untuk menjamin kebersihannya.

6. Tidak mudah pecah

Tetamu kita datang dalam pelbagai usia. Hari raya sinonim dengan kehadian tetamu cilik. Jadi, eloklah kita gunakan bekas yang tidak mudah pecah. Bukannya kanak-kanak, kadang-kadang tetamu dewasa pun ada yang tumpahkan air dan jatuhkan bekas.

6 sahaja yang terlintas difikiran ibu pagini. Ada tambahan? Sila tinggalkan buah fikiran anda di bahagian komen ya..

Dengan gumbiranya ibu Yusuf nak tayang bekas kuih raya tahunni. Taraaaaaaaaaaaaaaaaa..

v

v

v


Hek eleehh!! Balang macamni je? Apa kelas balang seringget ni..

Hohoho.. Sabar tuan-tuan dan puan-puan. Nanti ibu Yusuf make up la lawa-lawa bekastu..

Ibu tahu tak ada siapa pun cakap macam tu. Ibu tahu pembaca Jemari Asmara baik-baik semuanya. Saja je ibu Yusuf cakap macam tu.. Jangan marah ya.. :D



Antara yang ibu dah hasilkan. Cantik tak?


Pandangan sisi. Balang sengaja ibu biarkan kosong tanpa hiasan untuk memudahkan ianya dicuci..



Close up hiasan di atas penutup. Bunga Ros tu (ada rupa bunga ros tak?) ibu buat sendiri dari gulungan riben.

Sebenarnya, ini adalah projek bisnes ibu untuk raya tahunni. Ibu buka untuk tempahan bagi yang berminat.

Untuk maklumat harga, sahabat-sahabat boleh ke http://jemariasmaraonlinebiz.blogspot.com/

Terima kasih sudi singgah ke Jemari Asmara.. :D

14 comments:

  1. wah cantiknya

    hihi rumah saya pun suka guna balang mcm ni, senang sikit nak simpan, tak berapa suka yg kaca ni, takut budak2 bukak tutup pecah lah pulak nanti kan

    ReplyDelete
  2. Cantiklah akak..saya ni lagi la malas nak berbalang-balang, mak saya bagi je balang tupperware dia, ntah dah berapa tahun dah saya guna tu..:)

    ReplyDelete
  3. kreatiflah... dari org tak nak pandang terus pandang berkali2 ye tak

    ReplyDelete
  4. cantik kak. saya pun suka jugak make over bekas2 mcm ni. hehehe...

    ReplyDelete
  5. salam zefa..cantiknya terpikat acik tengok..

    ReplyDelete
  6. cantik! Tp bekas kuih raya lama ada lagi, baru tahun lepas beli, kalau tahun ni nak beli lagi, mau kena bising dengan en SRD...hehe

    ReplyDelete
  7. Cantik! Suka! Suka!
    Saya pun pakai yg mcm ni. Tapi, yang saiz kecik, make over juga

    ReplyDelete
  8. cantiikkk!! memang berbakat. Semoga bisnes tahun ni 'kencang' hehe..

    ReplyDelete
  9. Wah, rajinnya Zefa..
    Memang elok bekas macam ni.. boleh buat lasak.. almaklum yang datang beraya tak mengenal usia..

    ReplyDelete
  10. cantik3!!! kak zefa ni mmg kreatiflah! bekas camni mmg thn kan.. maklumlah kalau ramai anak2 kecik ni, sesuai sgt bekas kuih raya camni je.

    ReplyDelete
  11. waaahhhh..!

    mmg cantik lah...!

    ok..

    kita konfem nak order satu lah kak..

    tapi bukan nak pakai utk raya la..

    nak isi biskut2 kita kat opis nih ha..

    bekas tu nampak cantik la..

    errmmm... kalau isi biskut bawak balik kampung pun cantik gak..

    isyyy..

    nak pi tanya en.suami la....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...