Isu SBPA lagi!! 
KUANTAN 21 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari  ini berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam  diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan  pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perdana Menteri berkata, skim baru berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.
"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan  kepada semua,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama  penjawat awam negeri Pahang di sini, hari ini.
Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri  Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan, Datuk Seri  Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin  Abdullah.
 Najib berkata, kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak  puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang  rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan. SUMBER
Nota ibu:
Sekadar baca, tunggu dan lihat. Dah sain pun.. Cuma sangat berharap kajian semula itu menghasilkan keputusan yang memuaskan semua pihak..
 
 
 
Yup..betul tu..penat nak tunggu ni, tapi biarlah memuaskan hati semua pihak, kita pun dah sain..
ReplyDeleteBaguslah andai dapat dikaji sedalam-dalamnya agar semua dapat manfaat dan tidak hanya sesetengah pihak yang berpuas hati...
ReplyDeletekaji jangan tak kaji,kita setia menunggu asal puaskan hati semua pihak..:)
ReplyDeleteMenanti dengan sabar. Harap2 lepas ni semua berpuas hati (walaupun hakikatnya amat sukar memuaskan hati semua pihak)
ReplyDelete