Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Masa kawan-kawan baru tahu ibu mohon cuti tanpa gaji sebab nak fokus rumahtangga, ramai datang pada ibu dan meluahkan perasaan. Mereka pun ada keinginan yang sama. Tapi mereka tak mampu buat, sebab mereka tak ada pendapatan sampingan selain gaji bulanan mereka.
Maka ibu kata, pasang niat yang betul dan letakkan push faktor di hadapan.
Jika mereka memang benar-benar mahu duduk di rumah merasai bagaimana mengurus rumah tangga sepenuh masa, pada masa yang sama mahu ada pendapatan sendiri, maka mereka mesti bertindak.
Mulakan sesuatu yang boleh menjana pendapatan dari rumah!
Sekadar gambar hiasan dari sumber Google.
Selingan; Ibu teringin nak ada SOHO (small office home office) macam ni kat rumah..
Sebenarnya ramai
wanita di luar sana, sama ada bekerja atau surirumahtangga sepenuh masa
mengidamkan mempunya perniagaan sendiri yang diusahakan dari rumah.
Tetapi banyak persoalan-persoalan yang sering bermain-main difikiran
seperti:
- Nak jual apa?
- Berapa modalnya?
- Adakah modalnya?
- Bagaimana hendak memasarkannya?
- Bolehkah saya buat?
- Adakah orang yang telah berjaya?
Persoalan nak jual apa mungkin tidak sukar, buka sahaja FB atau blog macam-macam contoh jualan yang kita nampak. Paling popular adalah bisnes online.
Boleh jual melalui talian barang-barang seperti makanan kesihatan, produk kecantikan, produk digital, pakaian, cadar, perhiasan rumah, keperluan bayi, affiliate, produk kraft, dan baaaaaanyak lagi lah.
Itu jika pandai IT, jika tidak? Dan bagaimana dengan persoalan-persoalan lain seperti di atas?
Jangan
risau, Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes tulisan Puan Masayu Ahmad ini
akan merungkaikan persoalan-persoalan itu. Malah ianya penuh dengan idea
menarik dan informasi berguna untuk memulakan bisnes dari rumah.
Berikut adalah tajuk-tajuk utama setiap bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses
Mari kita baca ulasan dari Puan Nurul Azwa Zulkifli yang telah membaca ebook hebat ini..
Sumber:http://nurulazwazulkifli.blogspot.com/2014/05/ulasan-ebook-101-idea-home-based-bisnes.html
Alhamdulillah, akhirnya saya telah selesai membaca ebook ini. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes hasil tulisan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad. Keseluruhannya mengandungi 181 muka surat.
Ebook yang sangat bermanfaat dan padat dengan pelbagai info yang berguna. Tulisan yang saya kira memberi pendedahan secara menyeluruh terutamanya buat suri rumah atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes.
Membaca bab 1 sahaja sudah membuatkan semangat saya berkobar-kobar. Banyak idea bisnes yang diberikan. Idea-idea ini dipecahkan mengikut skop kerja masing-masing. Ya, idea yang diberikan memang boleh saja kita mulakan hanya dari rumah! Menerusi idea yang diberikan, kita nilai minat juga kepakaran kita. Sebagai contoh, kita minat dalam bidang lukis dan ada kepakaran dalam bidang seni reka. Justeru boleh sahaja menawarkan pkhidmatan mereka bentuk laman rumah atau ruang pejabat kepada umum.
Antara usahawan muda yang boleh dijadikan contoh ialah Puan Nisa Nua. Beliau menawarkan segala perkhidmatan berkaitan bidang arkitek menerusi laman intenet sahaja. Berpejabat hanya dari rumah (SOHO).
Di dalam ebook ini, Puan Masayu turut mendedahkan bagaimana untuk mula bisnes tanpa modal. Ya, perniagaan yang amat disarankan kepada mereka yang baru ingin mula berbisnes. Malah kita turut didedahkan bagaimana untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana agensi kewangan. Itulah yang sebaiknya. Mula bisnes tanpa mencipta sebarang hutang.
Saya sarankan setiap wanita yang bercita-cita menjadi WAHM wajib memiliki ebook ini. Perkongsian ikhlas penulis sangat memberi inspirasi dan membuatkan kita ingin berusaha bersungguh-sungguh dengan apa yang kita impikan. Penulis turut kongsikan bagaimana kaedah dan teknik-teknik agar kita mampu bergerak secara produktif walaupun bekerja tanpa pantauan majikan. Apabila kita memilih untuk WAHM sepenuh masa, kitalah majikan dan kitalah pekerja. Lantas, disiplin menjadi keutamaan. Puan Masayu turut kongsikan bagaimana untuk kita kekalkan momentum bekerja dari rumah.
Sebuah ebook yang saya kira berbaloi dengan harganya RM50. Lengkap dari mula idea bisnes yang diberikan, bagaimana kita perlu merancang dan seterusnya mencapai matlamat kita, strategi pemasaran, khidmat pelanggan juga perkongsian pengalaman usahawan yang berjaya. Ebook yang mampu milik dan wajib dimiliki setiap orang!
==============
Menarik bukan? Lebih menarik Ebook hebat ini hanya RM50.00 sahaja. Dapatkannya segera dan jangan berlengah untuk memulakan bisnes dari rumah.
Dapatkan lebih banyak koleksi Ebook bermanfaat DI SINI (klik).
Untuk pertanyaan atau pembelian hubungi ibu:
Zefa Nor Asmara Jubir
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Dapatkan lebih banyak koleksi Ebook bermanfaat DI SINI (klik).
Untuk pertanyaan atau pembelian hubungi ibu:
Zefa Nor Asmara Jubir
Email: zefa_asmara@yahoo.com
tula ibu, kalau ja tak kerja.. ja taknak dok rumah sajer.. bt bisnes ada jgk income tambahan.. sekarang ni, macam2 benda boleh jual.. nak atau tak ajer...
ReplyDeletememang teringin nak ada bisnes sendiri..kecil-kecilan pun jadi la./
ReplyDeletebisnes kat umah ni best,tapi kena disiplin tinggi. :)
ReplyDelete