Follower

Wednesday, December 31, 2014

2000 Periuk Nasi Untuk Pantai Timur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, dengan izinNya dapat ibu update blog harini. Lamanya tak jengah blog sendiri. Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan blog ni sunyi, tapi tak apalah. Tak payah cerita sebab-sebabnya, nanti nampak macam beralasan pula. Hehe..

Malam ni ibu nak tulis sesuatu yang berkaitan dengan apa yang berlaku di Pantai Timur sekarang. Kita semua tahu Pahang, Terengganu dan Kelantan dilanda banjir besar. Juga beberapa tempat di Perak turut dilanda banjir.

Ibu mengikuti perkembangan banjir di sana hampir 80% melalui fb. Ramai kawan-kawan fb ibu sendiri adalah mangsa banjir. Cumanya bila di fb ni kita kena pandai menapis maklumat yang kita terima, sebabnya ada juga perkara-perkara yang tidak benar dan fitnah yang tersebar.

Allahu, luluh rasanya hati melihat gambar-gambar yang dikongsikan rakan-rakan fb. Belum lagi gambar-gambar banjir yang tersebar luas di media sosial. Tak tertanggung rasanya..

Alhamdulillah, rakyat Malaysia ramai yang prihatin. Banyak NGO dan individu yang menggerakkan tabung sumbangan. Banyak sumbangan dapat dikumpul dan diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir. Wang ringgit, pakaian, makanan, keperluan dan sebagainya.

Melalui kawan-kawan fb, banyak sumbangan makanan, beras, telur, dan lain-lain tapi mereka tiada dapur untuk memasak. Jika sudah pulang ke rumah sekalipun, semuanya sudah musnah. Dapur dan alatan elektrik kemungkinan sudah tidak boleh digunakan.

Maka ibu tertarik dengan usaha dari Dewan Pemuda Pas Johor yang menggerakkan misi 2000 periuk nasi untuk Pantai Timur. Misi mereka untuk mengumpulkan 2000 periuk nasi untuk disumbangkan kepada 2000 keluarga. Jika sebuah keluarga mempunya 4 orang ahli, bantuan sebenarnya disalurkan kepada 8000 orang. InsyaAllah, lebih ramai dapat dibantu.


Setiap periuk nasi dianggarkan berharga RM100.00 dan kita disarankan untuk menyumbang sekurang-kurangnya seunit.

Tapi ibu berpendapat, sumbanglah semampu kita. Jangan pula tak mampu menyumbang RM100.00 terus tak jadi menyumbang. 

Andaikan kita menyumbang RM20.00 dan ada 4 orang lain juga menyumbang RM20.00, insyaAllah dapat juga membeli seunit periuk nasi. Kan?

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Dewan Pemuda Pas Negeri Johor 551191102820. Masukkan email 2000periuknasi@gmail.com atau isikan maklumat di www.2000periuknasi.com

Semoga sumbangan kita mampu meringankan bebanan mereka yang menerima ujian dan semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala yang besar kepada penyumbang-penyumbang. Amin..

Jom sama-sama menyumbang. Ketepikan sebentar ideologi politik masing-masing. Kita menyumbang demi kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...