Alhamdulillah, kami baru sampai rumah. Tadi ibu, Yusuf dan Maryam berjimba-jimba di Anggerik Mall Shah Alam. Ada apa di Anggerik Mall?
Simply Siti buat jualan gudang..
Jualan Gudang Simply Siti berlangsung dari 17-19 Disember 2014, dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang..
Ware house sale ni berlangsung serentak didua tempat; Anggerik Mall Shah Alam dan Bangunan Komtar Pulau Pinang..
Semua dijual murah-murah..
Barang yang dijual semua di bawah harga pasaran, diskaun hingga 80% katanya..
Pilih kak, jangan tak pilih..
Masa nak bayar beratur panjang la juga..
Masing-masing teruja memborong.. Tapi pilih-pilih juga ya. Setiap barang ada tarikh pengeluaran, yang ada tarikh luput pun ada. Kebanyakannya luput tahun 2015 - 2016. Yang cuma tertera tarikh pengeluaran pun ada, kebanyakannya 2010-2011. Jadi kalau nak beli banyak-banyak sebagai stok sendiri, kira dulu berapa lama anggaran penggunaan setiap item.
Walaupun ini bukan barang makanan, tapi bagi ibu tarikh luput tu perlu diambil kira. Dah nama pun penghabisan stok, mesti ada sebab stok-stok tu nak dihabiskan dan dijual dengan harga murah..
Walaupun ini bukan barang makanan, tapi bagi ibu tarikh luput tu perlu diambil kira. Dah nama pun penghabisan stok, mesti ada sebab stok-stok tu nak dihabiskan dan dijual dengan harga murah..
Tapi dari segi harga memang berbaloi-baloi. Kepada kawan-kawan yang nak sama-sama memeriahkan jualan, sempat lagi ni. Harini hingga besok..
Gambar sebagai penutup. Ini aje hasil capaian ibu tadi.. :D
Ehhh.... kenapalah tak buat juga di JB sini.
ReplyDeleteKakak pun nak juga:)
Wahhhhh.... borongg...seronoknye...hihi.
ReplyDeletemenarik..tapi queenpink jauh :)
ReplyDeletewahhh kak zefa best kan time ada jualan murah macam ni...tak la terasa sangat duit keluar :)
ReplyDeleteMeriahnyer...bunda dah lama tak pegi shah alam...
ReplyDeletesemua berkumpull.. meriahh~
ReplyDeletejemput singgah blog..
http://aizfaizi.blogspot.com/
mmg menariklah less smp 80%..tp klu ramai2 sgt org ni dengan ada anak kecik berpinar jugak la anak mata..nk bayar lagi..pengsan!haha..
ReplyDelete