Follower

Tuesday, February 17, 2015

Maryam dah pandai nak cantik-cantik dan berhias ~ Cabaran ibu lebih besar!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 

Pagi ni belek-belek gambar-gambar dalam phone, tersenyum ibu. Banyak gambar Maryam possing. Ada yang ibu ambik, ada yang dia selfie sendiri. Situasi ni buat ibu terdetik dalam hati; besar dah anak ibu, dah pandai nak cantik-cantik, nak lawa-lawa. 

Dalam bab cantik dan berhias, ibu bukanlah idola bagi dia. Ibu bukan jenis bergaya, bukan jenis bermake up bagai. Siapa kenal ibu tahu, yang ibu ni sempoi aje orangnya. 

Tapi rasa ingin cantik itu fitrah. Semua orang terutama wanita (termasuk ibu) sukakan sesuatu yang cantik. Benda-benda ni datang secara sendiri tanpa perlu diajar dan tanpa perlu idola. 


Jujurnya, ibu tak menghalang pun bila dia suka pakai bedak, kadang-kadang pakai lipstik ibu, sekarang pakai tudung pun dah minta yang belit-belit. Ibu suka tengok dia cantik, tapi pada masa yang sama bermulanya cabaran yang lebih hebat untuk ibu membentuk anak ini terutama tentang aurat, tentang batasan berhias.

Walaupun ibu tidak mampu menjadi idola kepada Maryam dalam bab cantik dan berhias, tapi ibu mahu Maryam faham konsep aurat melalui penampilan ibu. Maka tugasan ibu adalah terus istiqomah dalam menutup aurat, selain sebagai satu kewajipan ia juga supaya menjadi contoh dan tauladan kepada Maryam.

Di sekolah, anak-anak diajar tentang konsep aurat iaitu menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi sejauh mana kita sebagai ibu bapa menterjemahkan apa yang mereka pelajari melalui pemakaian kita? Jom sama-sama muhasabah diri.

Hingga jumpa lagi, salam sayang;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

3 comments:

  1. ala... cantiknya anak dara ibu ni.... ibu kena spend lbh sikit la tuk maryam lps ni... hehe

    ReplyDelete
  2. inshaallah...semoga Maryam membesar jd anak dara yang cantik luar dan dalam... amin...

    ReplyDelete
  3. ala biasa lah.....maryam kan anak dara mestilah nak cantik dan melawa......nanti orang kata anak siapa tu? anak ibu jugak kan..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...