Follower

Friday, February 13, 2015

Kembalinya Tuan Guru Nik Aziz Kepada Yang Maha Pencipta

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Malam tadi, di malam Jumaat yang tenang perginya seorang murabbi yang dikasihi ramai. Tuan Guru Nik Abdul Aziz disahkan meninggal dunia pada 12 Februari 2015 jam 9.40 malam. 

Ibu tahu perkara ini melalui wassap yang dihantar oleh kawan-kawan. Kemudian disahkan pula oleh berita-berita melalui laman media sosial..



Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di dalam golongan yang beriman..
 
DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT 

Tahun Lahir: 10 Januari 1931

Tempat Lahir: Pulau Melaka, Kelantan

Status:
Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) - 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India - 1952.
Lahore, Pakistan - Ilmu Tafsir Quran - 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir - Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris, Tamil, Urdu, Arab

Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa - KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
1967 - Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan (kini dikenali DUN Chempaka).
1990-2013 - Menteri Besar Kelantan.

3 comments:

  1. begitulah pengakhiran yg kita lihat
    berehatlah jasad TGNA di sana dengan tenang
    terlalu panjang lelahnya utk memperjuangkan Islam
    tazkirahnya pasti sentiasa segara buat kita semua...

    ReplyDelete
  2. Perginya seorang yg hebat..semoga tenang disana

    ReplyDelete
  3. masa dapat berita akak terkedu dan mengalir air mata... masa tu pulak akak di ward...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...