Follower

Sunday, August 23, 2015

Kenangan Syawal 1436H/ Aidilfitri 2015

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Habis sudah bulan Syawal, dah seminggu lebih pun berlalu. Baru nak terhegeh-hegeh uplod gambar raya. Hehe.. Pepatah jawa ada kata, "alon-alon janji kelakon". Maksudnya lebih kurang, biar lambat janji terlaksana.

Pengalaman lepas, masa laptop hilang kena curik habis hilang sekali semua gambar-gambar kenangan. Yang tinggal hanya yang ada dalam blog dan fb. Jadi, malas macammana pun kena rajinkan juga buat entry. Lagipun niat asal buat blog ni dulu kan untuk simpan kenangan-kenangan yang dilalui.

Memandangkan cerita pun dah lama, dah tak tahu nak cerita panjang-panjang. Layan ajelah gambar-gambar yang ada. 






  
Tahunni kami raya pertama di Sekinchan, raya kedua seharian perjalanan balik Terengganu, raya ketiga seharian beraya di Terengganu. Hari keempat ibu dah kerja. Kesiannn ibu.. 


Kat atas ni satu-satunya gambar kenangan masa beraya di Terengganu. Kami beraya dari pagi hingga ke petang, malamnya ibu naik flight balik Subang memandangkan Isnin ibu dah mula bekerja. Dapat la juga beraya beberapa buah rumah.

Kenapa ibu tak mohon cuti lebih dan cuma betul-betul 3 hari cuti umum Jumaat hingga Ahad tu? Sebab ibu menanggung tugas seorang pegawai bermula 1 Julai 2015. Jadi selama 28 hari, tak boleh cuti melainkan kecemasan, betul-betul penting dan sakit..


Sempat bergambar masa beratur nak check in. Ibu balik sorang aje memandangkan ayah dan anak-anak masih ada lagi cuti jadi dorang balik kendian..

Flight jam 8.30 pm, sampai subang lebih kurang 9.30 pm. Kat airport dah ada kawan Sabahan yang tunggu. Ibu dah parking kereta siap-siap kat rumah dia sebelum bergerak balik Terengganu.

Sampai rumah pukul 10.00 pm ++, dan bermulah hidup yang penuh kesunyian dan air mata. Hik hik.. Ialah biasanya rumah riuh rendah dengan suara anak-anak, tiba-tiba duk sorang-sorang kesunyian. Sedih tauuu..

Besoknya kerja, kat pejabat pun sunyi juga sebab ramai masih bercuti. Balik rumah, laaaaagi sunyi. Tapi tak lama, bila ayah dan anak-anak dah balik Shah Alam, rumah riuh rendah balik. Ibu pun dah tak sedih-sedih lagi..

Lepas tu raya kami biasa-biasa je sampai habis Syawal. Ziarah sana-sini dan jemputan makan-makan. Itu je..

Hingga jumpa lagi..

2 comments:

  1. Pegawai menanggung tugas tu macamana? Ganti pegawai yang tak ada ya?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. smuanya dh selamat..
    takpelah, walau syawal dh hbs..ttp nk ucap, Salam Aidilfitri buat akak & sekeluarga. Maaf zahir n batin...

    ceria akak sekeluarga..kaler peach +biru gittu..cantek...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...