Follower

Monday, April 2, 2012

MARYAM NABIHAH KESAYANGAN IBU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Maryam Nabihah kesayangan ibu.. Pic tahun lepas yang diguna semula.

Lama juga ibu tak menulis tentang Yusuf dan Maryam kan? Harini ibu mulakan dengan puteri solehah ibu dulu..

Harini Maryam sudah berusia 4 tahun 7 bulan 17 hari. Masih menjuarai acara 'aneka ragam' dalam baiti jannati. Masih selalu buat ibu geram. Masih selalu buat ibu naik angin. Masih selalu buat ibu 'bertukar'. Hahaha..

Namun dia jugalah yang buat ibu rasa penuh dengan kasih sayang. Maryam selalu mengekspresikan kasih sayangnya pada ibu. Maryam punya mulut petah lagi manis yang selalu buat hati ibu berbunga-bunga..

Berbanding Yusuf yang tak banyak karenah. Sekarang Yusuf jarang buat ibu marah, tapi Yusuf juga jarang mengekspresikan kasih sayang dengan kata-kata. Sekadar ciuman dipipi dan dahi ibu, serta satu pelukan erat untuk ibu setiap pagi, petang dan malam. Sudah cukup untuk ibu faham itulah ekspresi kasih sayangnya.

Apapun, dua-dua adalah kesayangan ibu dunia dan akhirat.


I luv u 2 my dear.. Lagi gambar guna semula..

Maryam garang orangnya. Ibu akui, dia mewarisi sifat itu dari ibunya. Namun secara positifnya, ibu lihat dia ada sikap berjaya mempertahankan diri dari dibuli.

Maryam juga telah menunjukkan ciri-ciri membantu yang dibuat secara sukarela, bukan atas arahan. Sebagai contoh, jika dia mengambil air dari peti sejuk dan habis, dia akan mengisi semula botol tersebut. Untuk simpanan air dalam peti sejuk, memang ibu tak guna air masak, ibu guna air tapis sahaja. 

Semenjak awal tahun lepas lagi, ibu sudah izinkan Maryam membancuh air sendiri. Tapi hanya terhad kepada air ribena sahaja. Tuang sikit ribena dalam cawan, kemudian tuang air sejuk. Dah jadi dah, sebab ribena tak perlu kacau, ianya terus bercampur sebati dan boleh terus minum.

Hujung tahun lepas, ibu izinkan dia buat air sunquick sendiri pula. Air sunquick perlu dikacau dengan sudu. Kalau tak, ia tak sebati dengan air. Ibu memang ajar anak-anak buat 2 jenis airni tanpa gula.

Biasanya, dia akan buat secawan cukup untuk dirinya sahaja. Terbaru, dia buat 1 jag air sunquick. MasyaAllah!! Terkejut ibu.. Kemudian dengan bangga dia heboh, adik dah buat air untuk semua orang. Hahaha..


Lagi gambar ulang tayang..

Banyak lagi perkembangan yang ditunjuk semenjak masuk ke tadika 5 tahun. Sejak masuk Al Hidayah, ibu akui prestasinya dalam English kurang berkembang berbanding ketika di Genius Aulad dulu. Namun, dia telah menambah ilmu Bahasa Arab dengan baik sekali. Bacaan-bacaan dalam solat juga semakin baik dan ada kemajuan. Alhamdulillah, ibu lihat strategi menukarkan sekolahnya telah menunjukkan hasil yang ibu mahukan. 



InsyaAllah, sehelai dua lagi Maryam akan beralih ke Iqra' 4. Ibu letak target untuk Maryam habis Iqra' 6 pada hujung tahunni. Jika dia berjaya mencapai target ibu dia akan sama dengan abangnya yang menghabiskan hingga Iqra' 6 dalam tempoh genap 2 tahun. 

Cuma jika dia berjaya mencapai target ibu, dia akan mengatasi abangnya dari segi usia. Abangnya habis Iqra' 6 pada usia 6 tahun sebulan. Jika Maryam berjaya mencapai targert ibu, dia akan tamat Iqra'  6 pada usia 5 tahun 5 bulan.

Target itu untuk diri ibu sebenarnya, kerana dia mengaji di bawah bimbingan ibu. Ibu gerak, geraklah dia. Ibu tidur, tak bergeraklah dia. Sebab tu ibu perlu ada target agar ibu tidak lalai.

Bermula Mac 2012, ibu minta cikgu sekolahnya beri bimbingan tambahan. Jadi sebelum masuk kelas Maryam akan mengaji dulu dengan cikgu. Keputusan tu ibu buat bila jadual kerja malam di pejabat ibu sudah dikeluarkan. Risau juga, tak terkejar nanti.. Mana taknya, bila kena giliran ibu bertugas, balik kerja jam 5.00 petang, tapi jam 8.00 malam ibu dah kena ada dipejabat semula. Jadi bila ada kelas tambahan dengan cikgu, dapat lah menampung kolopongan yang ada.

Aduhai anak-anakku, ibu hanya mengharap yang baik-baik sahaja untuk anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat.

Wah.. Panjang dah catatan ibu rupanya ya. Biasanya entry di Jemari Asmara ni kontot-kontot je..

Sekian dulu catatan ibu Yusuf dan Maryam. Jumpa lagi..


22 comments:

  1. maryam nak lebih perhatianlah tu.. comel je dia.. bijak dan rajin.

    cubalah sekali di restoran mohd chan tu.. mesti nak dtg lagi ;)

    ReplyDelete
  2. semoga Yusuf n Maryam mbesar mnjadi anak yg baik, soleh dan solehah...sukanya nama anak2 akak.. =)

    ReplyDelete
  3. salam Zefa..Semua ibubapa sentiasa mendoakn yg trbaik tuka anak2 mereka kan.
    Anak pompuan zefa tu sebijik cam anak k.atie..garang & suka bercerita ttg persekolahannya berbanding ngan anak llaki k.atie yg cool & pendiam.Xbyk cakap...
    Yg byk meriuhkn umah k.atie..anak pompuan lar..klu anak llaki blk bercuti..senyap jer umah.hihi

    ReplyDelete
  4. syukur alhamdulillah... moga impian ibu nak lihat maryam tamat iqra' lebih awal dari abg yusuf akan tercapai ye...

    suka tgk pic maryam n kak zefa... dah macam adik beradik je...

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.....

    Comel dan bijak sungguh Maram ni. Bagus, syabas dan tahniah ya.....

    ReplyDelete
  6. cerdiknye anak dare maryam nih..dah buleh buat air sendiri..sket lagi nanti kak, tetamu datang tibe2 je die angkat dulang sebab nampak berdikari sungguh ;)

    p/s: alhamdulillah sesibuk akak pun sempat ajar anak iqra'..memang tabik springlah kak! enegertik!

    ReplyDelete
  7. Comelnya Maryam.... Auntie mama suka tengok Maryam bila pakai tudung warna oren... kalau kakak Sumaiyyah dia mesti pink dan pink lagi...

    Teruskan usaha Maryam ye.. Kakak Sumaiyyah habis Iqraq semasa umur 5 tahun lebih berbanding Abang Qayyum semasa umur 6 tahun...

    tapi memang betul ibu yusuf, sebab Qayyum dari dulu dia tak pernah ekspresi sayangnya pada kertas atau percakapan, kita hanya tahu bila dia tiba-tiba peluk kita, cium kita... sampai sekarang umur dah 14 tahun kalau balik tidur pada hujung bulan mesti bawa bantal dan selimut tidur dengan mama QS siap berpeluk lagi... dah besar tu...

    Sumaiyyah pulak dia akan selalu tulis atau hantar nota kecik cakap I Love You Mama tambahan pulak sekrang dia dah ada handphone (ayah dia hadiah kan sebab dapat semua A (above 90%) masa pepriksa akhir tahun lepas) kejap2 whatsapp cakap I Love You...

    Alamak panjang nya komen

    ReplyDelete
  8. semoga bahagia selalu disamping yusoff & mariam..:))
    suka ngan nama dorg :))

    ReplyDelete
  9. surah iqra tue elok untuk pembelajarankan...Comelnya Maryam.... Maryam lebih suka pakai tudung warna oren erk?... kalau kakak Sumaiyyah suka kaler pink...Sama-samalah kita mendidik anak menjadi yang terbaik...

    ReplyDelete
  10. alahai comelnya maryam..semoga membesar menjadi anak yg solehah:..amin:)

    ReplyDelete
  11. wah akhirnya keluar juga entry maryam peberet anty.hoho..mmg calon menantu yg baik nie, sangat berdikari dah pandai buat air sendiri lg..semoga terus cemerlang ye maryam..

    maryam mmg comel dan bijak..:)

    ReplyDelete
  12. pandainya maryam buat air sendiri..1 jug pula tu..anak sy risya masih kena bersuruh utk buat benda-benda..xpelah..salah sy agaknya x pndi ajar anak betol-betol


    sy pon ajar anak ngaji sendiri tp mmg lmbtlah bergeraknya..xpelah janji mengaji


    :)

    ReplyDelete
  13. eh lupa nak cakap.hadiah kak zefa tu dh smp dr hari selasa lepas rasanya tp sy takde kt rumah.so abg pos tinggal notis.hari ni br berkesempatan pegi ambil bungkusannya..sy suka sgt dengan hadiah tu.terima kasih ekk kak zefa..:)

    ReplyDelete
  14. Sebaya irdina yer mariam ni.. emm Ibu ada target.. bagus tu... Insyallah anak2 kita boleh..

    ReplyDelete
  15. ampun..sory ye typing error.dlm dok pening2 taip entri.mata mengantuk ada juga..hehe dh btulkan kesilapan..:)

    ReplyDelete
  16. salam kenal dari saya..shark..:)

    cantik umah akak..saya pun suka sangat deco2 umah ni :)

    ReplyDelete
  17. wah.. bagusnya maryam ni.. siap buat sejag air lg... hihii.... maryam ni bijak.. cpt je nak hbs iqra kan... bagus akak didik

    ReplyDelete
  18. Suka baca catatan Zefa tentang anak2. Tentu jadi rujukan diorang bila dh dewasa nanti.. Sayang, akak tak berpeluang masa anak2 masih kecil dulu. Kalau tidak, hari2 cerita pasal anak, maklumlah anak ramai..
    Suka tengok Maryam pakai tudung oren tu, comel sangat.. Moga Maryam menjadi insan solehah yang membanggakan ibu & ayah..

    ReplyDelete
  19. mmg bagus ada extra pengajaran kat luar. at least ada penambahan drpd apa yg kita ajar je kan maryam anak yg baik.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, anak2 adalah harta yg paling brharga..sebgai ibu kita inginkan yg trbaik utk mrk...Semoga Maryam n yusuf membesar mnjadi anak2 yg cemerlang dunia n akhirat...
    Zefa usah risau ttp subjek BI tu..InsyaAllah, anak2 mampu menguasai bila mereka meningkat usia...vocab mrk akn brkmbang nnti..anak2 akak pn camtu...semasa kecil mrk xdpt sgt kuasai BI ttp Alhamdulillah bila meningkat remaja, BI mrk lebih baik brbnding dgn BM..dirumah pn mrk adik bradik brtutur dlm BI sesama mrk.......

    ReplyDelete
  21. cumelnya anak zefa... esok besar menjadi kebanggaan keluarga.. mesti rajin budaknya.. cantik almari zefa yang tinggi tu.. mesti baru...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...