Follower

Wednesday, December 30, 2015

Cuti-Cuti Terengganu ~ Pantai Tok Jembal

Assalamualaikum wbt

Berakhir sudah cuti-cuti 2015 ibu. Habiskan cuti ganti, campur sabtu Ahad 2 kali, cuti umum 2 hari, dapat la 10 hari. 2 hari uruskan keperluan sekolah, 3 hari balik kampung Sekinchan, 3 hari balik kampung Terengganu dan 2 hari bercuti di Kuantan.

Balik kampung Sekinchan tak ada apa nak cerita sangat. Santai-santai kat rumah, bawak mak pergi shopping kat Sungai Besar, petang-petang lepak kat pantai BM Sungai Nibung, makan-makan. Pejam celik habis 3 hari.

Khamis kami bertolak balik Terengganu. Balik kalini kami diuji dengan kereta rosak di Bukit Besi, syukur alhamdulillah Allah datangkan orang yang baik-baik membantu kami.

Balik Terengganu kalini pun banyak duduk di rumah, yelah 3 hari je pun. Ada sekali pergi rumah kakak En Ayah, dan bawak anak-anak mandi manda di Pantai Tok Jembal.

Kali pertama ibu menulis tentang Pantai Tok Jembal ni pada tahun 2013. Tajuk entry tu Ombak mengganas di Pantai Tok Jembal.Masatu tak sangka pun pantai ni akan jadi tempat mandi manda.

Tahun 2013 kami tahu pantai ni boleh buat mandi. Tambak dah dibina jadi ombak kuat dah tak sampai pantai. Sejak tu pantai ni jadi lokasi wajib setiap kali balik terengganu.

Meh layan gambar suasana petang di Pantai Tok Jembal, Kuala terengganu..

 Ramai keluarga berkelah dan mandi manda di sini. Angin petang sepoi-sepoi bahasa, mahu terlena jadinya..


   Pemandangan Pantai Tok Jembal dalam suasan mendung..

Pantai ni sebenarnya tempat nelayan-nelayan kecil berlabuh, tapi sekarang musim tengkujuh. Nelayan kecil jarang turun ke laut dan sampan di tarik hingga ke darat.. Pada musim-musim biasa, pantai ni penuh dengan sampan-sampan nelayan. Boleh tengok dalam entry lama ibu di sini.


 Nampak tak dua orang budak berbaju merah dalam air tu? Yusuf dan Maryam sedang bersukaria. Ibu dan ayah tengok je..


Zoom sikit. Pantai tok Jembal ni dah di tambak dengan batu-batu besar untuk menghalang hakisan. Jadi pinggiran pantai selamat dari ombak besar..


Zoom lagi..

Habis mandi manda, tak lama lepas tu terus Maghrib. Kami solat Maghrib di masjid berhampiran sebelum balik rumah. Tak jauh pun, lebih kurang setengah jam perjalanan kalau tak jem. Jem Kuala Terengganu ni dah macam di KL juga bila cuti sekolah.

Almaklum ramai yang balik kampung, dan ramai yang menjadikan Terengganu Darul Iman sebagai destinasi percutian. Tapi cuti di Pantai Timur hujung-hujung tahun ni faham-faham ajelah.

Kami di Terengganu hingga Ahad. Pagi tu kami menuju ke Kuantan, sebelum meneruskan perjalanan balik ke Shah Alam. InsyaAllah akan ibu catatakan percutian kami di Swiss Garden Beach Resort Kuantan dalam entry yang seterusnya.

Sampai sini dulu catatan ibu, hingga jumpa lagi.


5 comments:

  1. macam best je tengok yusuf n maryam berendam..mandi pantai memang best..terengganu pun best..dok plan nak bercuti kesana next year..klu jadi la kan.hehe

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2016 Zefa..
    Semoga terus suksess ;)

    ReplyDelete
  3. pantai ni glamour kan, mcm selalu je org pergi...teringin jugak nak try pegi sini

    ReplyDelete
  4. cantiknya pntai ni..
    walaupon org trg, tak pernah smpai pntai ni..
    kalo ke KT, msti tersesat... biasa ke kuantan je..sbb sgt dkt dgn kemaman

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...