Follower

Thursday, January 20, 2011

Resepi Puding Roti Sempoi..

*********
Hari ini Jemari Asmara nak kongsi satu resepi puding roti yang sangat sempoi.. Peringatan!! Resepi ini hanya khas untuk yang tak berapa rajin sahaja.. sebab ibu buat cara ini bila ibu tiada kerajinan nak masak tapi tak nak membazir. Anak-anak ibu kalau makan roti, tak mahu tepi-tepinya tu..

Sempoi-sempoi pun.. ini hasilnya..

v

v

v

Rupa tak cantik.. tapi rasa boleh lah.. dah nama pun sempoi.. (bagi ibu sedap je.. hehe..)

Bahan-bahannya..

1/3 buku roti (ibu guna tepi-tepi roti je), mentega, 2 biji telur, milo, susu pekat.. (tertinggal esen vanila & 2 cawan air untuk bancuh susu).. ibu tak guna gula sebab susu dah manis..

Letak je secara sukahati mentega dalam bekas yang nak diguna..

Lepas tu, masukkan roti yang dah direndam dengan susu dan digaul dengan telur yang dah dipukul dengan esen vanila.. letak lagi mentega atasnya secara sukahati..

Taburkan milo di atasnya dan siramkan susu pekat manis..

Sukahati juga nak kukus atau bakar.. ibu sumbat je dalam mikrowave.. janganlah dipertikai dapur yang tak lawa ni ye..

Selamat mencuba.. nanti kalau ibu rajin, ibu bagi resepi versi yang rajin ye..

Peringatan sekali lagi.. ini resepi ibu versi tengah malas..

Wednesday, January 19, 2011

Zoom Pasangan Bercinta @ Tasik Shah Alam!!

*******

Hmm.. n3 ibu malam ni agak seperti tak senonoh je. Tapi sabar dulu kawan-kawan, baca sampai habis.

Kisahnya..

Hari Sabtu yang lepas kami jalan-jalan ke Tasik Shah Alam. Konon-konon nak 'mengetest kezooman' kamera baru. Hehe.. maaf, terojak pulak bahasa.

Mula-mula zoom yang ini..

v

v

v

 Jarak dari seberang tasik ke seberang tasik yang sana.. pada pandangan mata biasa ibu, tak nampak pun burung apa.. bila zoom baru nampak.. suhanallah, cantik!

Kemudian zoom pula..

v

v

v

Hmmmm..

Isk.. isk.. isk..


Ada lagi satu.. malas nak tepek. Terus terbantut hasrat nak mengezoom. Zom sana bercinta, zoom sinun bermesra, zoom sini gurau senda. Hampeh..

Hmm.. Adakah ibu melanggar hak asasi orang lain? Kalau iye, maklumkanlah. Ibu akan delete gambar-gambartu..

Cuma..

Ibu nak berpesan.. kepada adik-adik, kawan-kawan, yang sedang hangat bercinta.. jagalah batas-batasnya. Ingatlah, bila seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim bersama-sama, akan muncul yang 'ketiga'. (Apapun ibu bersangka baik, mereka adalah pasangan suami isteri.. ) Ibu pun pernah muda dulu.. (hehe. sekarang takde lah tua sangat.. tua sikit je..) tahulah juga rasa jiwa remaja. Sebab tu ibu berpesan-pesan..

Kita tak perlu meunggu menjadi insan sempurna untuk berpesan-pesan sesama kita. Dalam menerima nasihat, jangan dinilai oang yang memberi nasihat, tetapi ambillah intipati positif dari kata-katanya.

Amar makruf nahi munkar!!

Pss.. kawan-kawan, kalau rasa gambar tu perlu didelete, bagi taulah ibu ye..

Kebun Cinta @ Baiti Jannati - Part 2

*******

Semalam, ibu tak habis lagi bercerita tentang Kebun Cinta @ Baiti Jannati.. harini kita sambung Part 2 k..

Cuma, kawan-kawan jangan salah faham. Pokok-pokok tu bukan ditanam dalam kawasan rumah. Rumah ibu dah habis reno ke belakang, ke tepi, ke depan. Dah tak ada tanah dah.. semua tu tanam tepi-tepi jalan.

Semalam ibu dah tunjuk kedondong, mangga, pisang, terung pipit, daun kari dan belimbing buluh. Hari ni nak kongsi lagi gambar-gambar dari kamera biasa-biasa ibu ni..


 Pokok limau purut.. ada daun je.. buah takde..

 Daun pandan..

 Pokok cermai..

 Buah Delima.. yang ni betul-betul tepi pagar.. tanah dia sedepa je..

 Tiba-tiba hilang ingatan.. lupa nama buah ni.. tolong ingatkan ibu ye..

 Ibu tak tau nama pokok ni.. buah dia macam kacang panjang.. selalu jiran-jiran bangsa India datang minta.. ada siapa-siapa tahu?


Psss.. ada lagi tau. Kita sambung Part 3 nanti..

Tuesday, January 18, 2011

Merasmikan Kamera Baru!!

*************

Hari ini ibu nak syer dengan kawan-kawan gambar-gambar pertama yang diambil dengan kamera baru ibu.. kamera apa? Rahsia dulu hingga Teka Teki @ Jemari Asmara berakhir ye.. lama dah simpan gambar-gambar ni.. baru nak upload sebab baru pandai resize gambar.. kredit untuk izan @ mummy chacha yang telah syer dengan ibu ilmu yang dia ada..

Semua gambar-gambarni bukan di ambil dalam kebun tau.. tapi cuma dari tempat letak kereta 'Baiti Jannati' je.. jom layan gambar..


Burung apakah?


Hmm.. sebenarnya nak zoom mangga tu..


 Pokok ni menarik perhatian bangla-bangla yang lalu depan rumah kami dan jiran-jiran berbangsa India.. ibu pun tak tau apa namanya..


Gagak pun gagak lah..

Pss.. kawan-kawan.. http://jemariasmara.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html masih dibuka.. banyak dah bagi klu ni..


Kebun Cinta @ Baiti Jannati*

* Telah diubah dari tajuk asal, hmm, tak sukalah bunyi berlagak-berlagak...

******
Ceh! Satu lagi n3 berlagak tak patut.. pss, jangan marah aaa.. macam biasa, gimik je tu.. ampun beribu-ribu ampun andai ada yang terasa dengan tajuk tu.. tak de niat nak berlagak ke, apa ke.. apa yang ibu nak cerita ni pinjaman semata-mata..

Selalu ibu cerita dalam rumah kan? (Dalam rumah yang tak habis hias lagi.. almaklum, hias sikit-sikit ikut kemampuan..) Hari ini ibu nak cerita tentang luar rumah.. yang ibu suka-suka bagi nama Kebun Cinta @ Baiti Jannati..

Rumah kami ni rumah lama lot tepi.. harga boleh tahan juga tingginya. Ada juga yang berbisik-bisik, kenapa kami nak beli juga rumah tu.. mereka kata, dah la mahal, rumah lama pulaktu. Tapi En. Ayah suka, ibupun sukalah.. Ibu suka sebab betul-betul sebelah masjid. Pemilik asal seorang pesara. Sangat rajin berkebun dan punya tangan yang 'sejuk'.

Jom tengok.. apa yang dia tinggalkan untuk kami dan jiran-jiran.. gambar-gambar ni ori dari kamera ibu tau! Bukan ambik kat google tau!

Pokok kedondong.. sejak setahun ibu tinggal di sini baru merasa sebiji.. harap-harap kali ini dapat merasa lagi..

Pokok mangga.. alhamdulillah, baru-baru ni dapat masak 'Ikan kerisi masak taucu dengan mangga muda'.. selalu tak sempat ambik dah kene ngap dengan orang lain..

Pisang..

Terung pipit..

Daun kari..

Belimbing buluh.. peberet ibu 'masak lemak ayam/ ikan dengan belimbing buluh'.. sedap..


Ni je ke? Huiiii.. baaanyak lagi. Kita sambung part 2 lah ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...