Follower

Wednesday, January 19, 2011

Zoom Pasangan Bercinta @ Tasik Shah Alam!!

*******

Hmm.. n3 ibu malam ni agak seperti tak senonoh je. Tapi sabar dulu kawan-kawan, baca sampai habis.

Kisahnya..

Hari Sabtu yang lepas kami jalan-jalan ke Tasik Shah Alam. Konon-konon nak 'mengetest kezooman' kamera baru. Hehe.. maaf, terojak pulak bahasa.

Mula-mula zoom yang ini..

v

v

v

 Jarak dari seberang tasik ke seberang tasik yang sana.. pada pandangan mata biasa ibu, tak nampak pun burung apa.. bila zoom baru nampak.. suhanallah, cantik!

Kemudian zoom pula..

v

v

v

Hmmmm..

Isk.. isk.. isk..


Ada lagi satu.. malas nak tepek. Terus terbantut hasrat nak mengezoom. Zom sana bercinta, zoom sinun bermesra, zoom sini gurau senda. Hampeh..

Hmm.. Adakah ibu melanggar hak asasi orang lain? Kalau iye, maklumkanlah. Ibu akan delete gambar-gambartu..

Cuma..

Ibu nak berpesan.. kepada adik-adik, kawan-kawan, yang sedang hangat bercinta.. jagalah batas-batasnya. Ingatlah, bila seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim bersama-sama, akan muncul yang 'ketiga'. (Apapun ibu bersangka baik, mereka adalah pasangan suami isteri.. ) Ibu pun pernah muda dulu.. (hehe. sekarang takde lah tua sangat.. tua sikit je..) tahulah juga rasa jiwa remaja. Sebab tu ibu berpesan-pesan..

Kita tak perlu meunggu menjadi insan sempurna untuk berpesan-pesan sesama kita. Dalam menerima nasihat, jangan dinilai oang yang memberi nasihat, tetapi ambillah intipati positif dari kata-katanya.

Amar makruf nahi munkar!!

Pss.. kawan-kawan, kalau rasa gambar tu perlu didelete, bagi taulah ibu ye..

1 comment:

  1. memalukan la...
    ape la nak jadi budak2 zaman skrg nie...
    bukan semua mcm 2,tapi yang tak bersalah pon dapat nama..
    bak kata pepatah:kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...