Follower

Monday, October 17, 2011

Semoga Berjaya Anakanda Yusuf Nabhan..

Assalamualaikum wbt..

Mingguni minggu peperiksaan sekolah anak ibu. Dan kali pertama Yusuf menjalaninya dalam situasi yang sebenar. Pereksa pertengahan tahun dulu dia demam chicken pox. Lepas demam dia terpaksa pulun semua paper dalam masa setengah hari. Alhamdulillah, walauapun menjawab dalam keadaan terdesak dan tak cukup masa, tiada subjek yang gagal.
 
Periksa kali ini ibu harap abang dapat menjalaninya dengan tenang, jawab soalan baik-baik dan tulis elok-elok. Ibu doakan yang terbaik untuk abang dan semoga abang berjaya dengan cemerlang..
 
Amin..
 

Gambar kenangan @ hari pertama di tahun 1.. :D

Sunday, October 16, 2011

Nasi Dagang Terengganu..

Assalamualaikum wbt..

Hari ini dalam sejarah!! Setelah 8 tahun menjadi suri dalam hidup anak Terengganu, hari ini ibu buat Nasi dagang Terengganu dengan air tangan sendiri. Kalau setakat gulai tu, pernah lah buat, tapi nasinya ini adalah KALI PERTAMA.. (Bertuah betul ibu Yusuf dan Maryam ni.. :-)


 Nasi dagang dan adik-beradiknya.. Biasa ibu buat gulai dengan Rempah Cap Bunga Ros, tapi takde stok. Ibu guna rempah kari ikan je.. Acar tu pun ibu tak guna timun, ibu guna kobis dan lobak merah je. (Ikut style my MIL punya acar..)


Zoom nasinya.. Ayah kata lulus!! Gambar yang blurr.. Lampu kat dapur ni romantik sangat.. :-(

Kalau ikutkan, ibu tak la suka nasi sangat nasi dagang, sebab ada unsur-unsur pulut. Tapi sejak rajin intai blog masak-masak ni, semangat pula nak cuba.
Ibu guna gabungan dari Mesra.net dan My Resepi sebagai rujukan. Sukatan bahan ibu letak sesuka hati je, sebab nak makan dua orang je pun. Anak-anak tak layan Nasi Dagang..

Sebagai bukti ibu masak sendiri nasi dagangni, ibu tepek la picas yang sempat ibu snap masa masak tadi.. Hehe..


 Ini gabungan beras dan beras pulut yang dah direndam semalaman.. Sedia untuk dikukus..


 Beras yang dah dikukus untuk pusingan pertama..


 Beras digaul dengan santan cair dan air sebelum dikukus untuk kali kedua..


Selepas kukus kali kedua, gaulkan nasi dengan santan pekat, halia dan bawang merah yang dihiris halus serta halba yang dah direndam. Boleh terus dihidang. Tapi ibu letak dulu dalam rice cooker dan keep warm..

Kawan-kawan yang nak cuba buat silakan. Search je kat tenet keluarlah nanti resepinya.. :D

Ps: Suka tak nasi dagang?

Saturday, October 15, 2011

Cikgu Kelas Dewasa

Assalamualaikum wbt..

Sekadar beberapa keping picas, rakaman tugasan ibu hari ini..


 Bersama masyarakat di CCH AADK @ Balai Penghulu Rantau Panjang, Klang


Maryam ikut ibu kerja harini. Masani tudung dah terbang, rambut dah serabai..

 Gambar sebelum buang tudung..


Gambar yang diambil Maryam semasa ibu berhenti di simpang berlampu isyarat.. Aduhai, makin jelas ketuaan ibu.. :-(

Menjadi seorang guru adalah salah satu cita-cita ibu. Tetapi Allah Yang Maha Pengasih, tidak menetapkan ibu menjawat jawatan itu. Namun Allah Yang Maha Mengetahui, memberi ibu peluang untuk menyebar ilmu. Tidak kira lapisan golongan.. dari kanak-kanak, remaja, belia dan dewasa.

Al hamdulillah!!

Mendidik Anak Memilih Makanan

Assalamualaikum wbt..

Salam petang Sabtu buat teman-teman yang berziarah ke Jemari Asmara. Ibu baru balik kerja.. Terus terkam lappy. Maryam yang ikut ibu buat outreach tadi tergolek keletihan depan tv. Yusuf yang baru balik kelas mental arithmetik, ibu bagi can main game. Ayah? Ayah tengah masak di dapur.. (Bertuah punya isteri!!) Sekali sekala je.. :D

Setuju tak, kalau ibu katakan kita semua sedang menghadapi cabaran untuk memasikan anak-anak memilih makanan yang tepat. Bercakap tentang makanan, banyak cabangnya. Samada tentang khasiat, kebersihan mahupun halal haram. Di hadapan kita mungkin kita dapat membantu untuk memberi panduan. Namun jika bukan di hadapan kita?

Kita kecilkan topik.. ibu ambil isu 'jajan'. Kebanyakan kanak-kanak suka jajan. Jika tidak suka sekalipun, mereka sering disogokkan dengan jajan-jajan percuma. Lihat sahaja di taska-taska, tadika-tadika dan sekolah-sekolah. Ibu kira sangat kerap mereka mendapat jajan-jajan yang 'disumbangkan' sendiri oleh ibu bapa terutama ketika menyambut harijadi anak masing-masing.

Jajan dan khasiat, tak perlu dikupas.Memang tak berkhasiat pun. Kita kecilkan lagi skop, tentang isu tanda halal. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya peka dengan status jajan yang anak kita makan dan JAJAN YANG NAK BAGI ANAK ORANG LAIN MAKAN. Tolonglah!!

Semalam Maryam Nabihah balik tunjuk pada ibu jajan yang dia dapat dari kawannya. Owh ya.. Ibubapa anak-anak Genius Aulad adalah pembekal jajan terbesar dalam hidup Maryam sejak sekolah. Boleh dikatakan, ada aje jajan yang di bawa balik. Ada aje anak-anak yang sambut hari lahir.

Kita lihat jajan ini..


 Pandangan hadapan..


 Pandangan sisi..


 Pandangan belakang..


Isi dalam..

Berikut adalah perbualan di antara ibu dan Maryam;

Maryam: Ibu, kawan adik bagi (sambil tunjuk pada ibu)

Ibu: Ada tanda halal tak?

Maryam: (Belek-belek bungkusan) Tak ada la ibu..

Ibu: Boleh makan tak?

Maryam: Tak boleh.. (terus masuk dalam tong sampah) - malam sikit ibu kutip balik sebab nak ambik gambar..

**************************

Ibu adalah seorang ibu yang tak berapa rigit sebenarnya dalam bab memilih makanan. Kami makan apa yang mahu tanpa menyekat selera anak-anak. TAPI, ibu sangat tegas dalam menekankan isu tanda HALAL.

Mendidik Maryam dan menekankannya dengan isu TANDA HALAL sangat sukar sebenarnya. Dari kecil dia sangat obses dengan jajan. Berbeza dengan abangnya yang 'tak heran/ tak suka' dengan jajan. Salah kami, kerana membiarkannya mengenal makanan ringan. Pada masa itu kami yang memilihnya untuknya, tanpa terjangkau suatu hari nanti dia akan memilih sendiri, bersekolah dan berkongsi makanan dengan kawan-kawan.

KEPADA ANDA YANG DILUAR SANA, YANG PUNYA ANAK MASIH KECIL, JANGAN ULANGI KESILAPAN KAMI!!

Ibu pernah 'bergaduh' dengan Maryam di kedai gara-gara bertegas tidak mahu belikan dia ROCKY dan Coki-Coki. Menangis-nagis dia kerana nak juga dan ibu hanya buat hati kering..

Alhamdulillah, ketegasan ibu akhirnya memberikan dia kefahaman setelah dia berumur 4 tahun. Tadi, balik dari kerja dia ajak ibu pergi kedai. Beberapa gula-gula pilihannya ibu reject kerana tiada tanda halal. Alhamdulillah, dia okey-okey sahaja.Malah dia kata; "Ooo, kalau tak ada tanda halal tak boleh makan kan ibu?"

Selagi anak-anak di hadapan ibu, ibu akan terus berjuang. Ibu titipkan nasihat dan panduan apa yang boleh dipilih dan apa yang tak boleh. Seterusnya, doa ibu sentiasa mengiringi mereka agar mereka bijak memilih..

Sama-samalah kita berusaha dan berdoa untuk kemaslahatan bersama!!

Post Moterm; Kek Lapis Tak Jadi.. :-(

Assalamualaikum wbt..

Semenjak duani, ibu rajin intai blog masak-masak. Bila rajin mengintai, sedikt sebanyak keinginan untuk mencuba pelbagai resepi meluap-luap. Cumanya, pemilihan resepi untuk dicuba agak terbatas sebab ibu tak ada oven.

Walaupun keinginan itu ada, tapi tidaklah terlalu ghairah mencuba itu dan ini. Keterbatasan masa juga menjadi faktor penghalang. Balik kerja gitu gini dah jam 6.00 pm. Nak masak nasi lagi, urus anak-anak lagi, dan macam-macamlah. Malam hari bekerja jarang ada kesempatan untuk masak yang susah-susah. Biasanya lauk yang biasa-biasa sahaja. Desert apatah lagi.. Satu lagi faktor penghalang (manyaknye la alasan dia kan..?), ibu selalu kena kerja hujung minggu.

Dalam keterbatasan masa, sempat juga mencuba. Dalam mencuba, ada juga yang tak jadi. Bila tak jadi kecewa juga. Ibu tak salahkan pemilik resepi pun, hakikatnya orang lain cuba menjadi je.. Dari sudut realiti ibu tak berapa pandai masak dan mendeko makanan. Cuma semangat yang ada untuk mencuba adalah satu faktor pendorong.

Berbalik pada tajuk (panjangnya muqadimah dia..), baru-baruni ibu cuba nak buat Kek Lapis Persona Cheese. Resepi asal dari Ryo, tapi ibu jumpa di blog Masam Manis. Mula-mula buat je dah tak jadi. Sudahnya, jadi MACAM INI. Tapi tak semualah ibu 'gaul dengan penuh kasih sayang', bakinya ibu buat untuk teruskan perjuangan. Dan hasilnya:


 Persembahan yang gagal. Tetapi rasanya, memang sangat-sangat sedap. Ibu guna biskut Tiger macam Kak Ita buat, resepi asal biskut Marie Coklat.

Semangat untuk mencuba lagi tetap ada. Tapi, untuk mengelakkan kegagalan berulang ibu ada buat post moterm tentangnya. Tapi ini adalah post moterm syok sendiri, haha.. Maknanya, ibu agak-agak aje silapnya tu. Bukan sebab bertanya dengan yang pakar.

1. Engkar sukatan susu. 

Ibu buat setengah adunan. Maknanya 10ml susu jadi 5ml susu. Tapi ibu rasa 5ml tu sikit sangat (dalam satu sudu kecil je..). Pandai-pandai tuang susu tu lebih sikit.. Hehe.. Jadi, adunan cheese ibu mungkin lembik dari yang sepatutnya.

2. Adunan cheese tidak cukup mesra.

Masa ibu putar cheese dan gula, ibu tak biarkan dulu cheese tu dalam suhu bilik. Makna kata cheese tu keras lagi. Akibatnya, mixer cap ayam ibu gagar memutarnya hingga menemui ajal. Sudahnya, ibu gaul laju-laju dengan tangan je. Pakai sudu je pulak tu.. (Masih mood sedey mixer ibu rosak.. huhu..)

3. Terlebih celup biskut.

Jika ikut resepi asal, celup biskut pada susu suam 1 saat. Tapi ibu terlebih saat kut, sebab konon nak bagi semua biskut kena susu. Sudahnya, biskut menjadi sangat lembik.

4. Tak tekan betul-betul

Lepas tabur biskut kisar atas lapisan terakhir sepatutnya ditekan-tekan untuk menjadikan kek menjda mampat. Tapi ibu tekan pelan sangat kot.. :-(

Begitulah, faktor-faktor yang ibu rasa buat Kek Lapis Cheese Persona ibu tak jadi.

Ps: Agak-agak ada faktor lain tak?

Pss: Ibu tak kisah, tayang cubaan masak yang tak menjadi di blog sendiri. Anda bagaimana?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...