Follower

Thursday, October 13, 2011

Keju Berkrim Tautan Kasih

Assalamualaikum wbt

Ini adalah n3 autopublish..

Semalam petang, balik kerja, ibu singgah http://jomkepandan.blogspot.com/ di alam nyata. Kedainya di Seksyen 7, belakang Jakel Shah Alam. Adala ibu beli beberapa barang, nak buat sesuatu. Hasrat di hati nak buat Kek Lapis Chese Persona. Hari-hari intai blog Kak Ita Masam Manis.

Tapinya, ibu ni kan selalu fail bab deko-deko makanan. Masa buat malam tadi, mula-mula elok dah celup biskut dan susun untuk lapisan pertama. Tapi masa ibu nak ratakan krim keju atas sekut tu, tersodok la pulak sekut yang dah lembek tu. Hmmm.. buruk dah rupanya. Lagi ibu sapu, lagi dia lari-lari. Maka dengan penuh tidak kesabaran, ibu gaul je biskut lembek tu dengan krim keju tu. Haha..

Masuk dalam cawan, pastu tabur biskut yang dikisar diatasnya macam resepi asal. Simpan peti ais.. Maka jadilah macam ini..





Rasanya? Wallahua'alam, petangni balik kerja baru nak makan. Tapi setakat licinkan bekas sebelum basuh perkakasan malam tadi macam sedap. Hehe..

Kenapa Keju Berkrim Tautan Kasih? Sebab, ibu tautkan biskut dengan krim keju tu dengan penuh rasa kasih sayang. Ye lah, walau dah tak jadi, tapi sayang nak buang. Mahal tu.. Cheese Cream tu 250g harganya RM13.39. Fresh milk tu RM5.90. Biskut tiger RM2.70.. (Sebabtu kek keju mahal kan?)

Ps: Agak-agak sedap ke ha? Harap-harap boleh lah dimakan ye..

4 comments:

  1. nak buat tak terbuat2 lg, ramai dah yg berjaya buat kan, rasanya sedaplah tu =)

    ReplyDelete
  2. rasanya sama jer tu..mesti sedap punya!

    ReplyDelete
  3. Tina: lepasni nak cuba lagi sampai jadi.. harap2 menjadi.. :D

    PK: harap2 sedap.. :D

    ReplyDelete
  4. buruk rupa xkisah yg pnting rasanya sedap....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...