Follower

Wednesday, February 15, 2012

BLOGLIST: SAHABAT PUTERI KASIH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, pagi Rabu yang tenang..

Sepanjang ibu berblog, jarang-jarang sebenarnya ibu sertai mana-mana segmen. Tapi pagini ibu beminat nak menyertai satu segmen anjuran Puteri Kasih. Jujurnya ibu belum kenal Puteri Kasih, mudah-mudahan dengan penyertaan ibu, ibu akan lebih mengenalinya. Salam kenal buat Puteri Kasih..


Saya nak menjadi sahabat Puteri Kasih

Jom semua, kita sertai sama-sama!!

Puteri Kasih kata, ini adalah faedah sertai bloglisnya: (ibu cnp je ye.. )
 
1) Dapat menjadi sahabat  kepada seorang tuan puteri yang sweet. hehehe
2) Hari-hari puteri akan singgah ke blog korang.
3) Puteri akan selitkan blog korang di entri-entri yang puteri publish (bergilir yer)
4) Puteri akan ping entri korang yang best-best ke dalam fanpage puterikasih.com (kalau rajin, silalah like Fanpage PUTERIKASIH.COM)

Tarikh tutup : 21/2/2012

Ps: Sambil-sambil tu jom join pula GA INI. Antara hadianya wang tunai atau top up. Pemenang akan dipilih dengan cara cabutan bertuah. Jom!! (Klik SINI)

 

Tuesday, February 14, 2012

TEPUNG PELITA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Fuh!! Dapat juga akhirnya duduk buat n3. Kena cepat-cepat, sebelum masa rehat berakhir. Ini pun dalam keadaan termengah-mengah sebenarnya, baru balik dari lawatan ke rumah klien. Pening kepala drive tengah panas tau.. 

Semalam ibu cadang nak puasa sebenarnya.. terus tiba-tiba teringin nak makan tepung pelita. Gigih tengah malam buat tepung pelita, sebab kalau buat petang balik kerja takut tak sempat. Nak dijadikan cerita, tak jadi puasa pun atas sebab-sebab tertentu..

Apapun, tepung pelita tetap kena tayang. Sila maklum bahawa ibu dulu pernah mengalami satu peristiwa lucu yang ada kaitan dengan tepung pelita. Ibu ada kongsikan dalam entry Kisah Kecewa Tapi Lucu Gara-Gara Perasan @ 7 Ramadhan 1432H..

Jadi, bila buat kalini memang harus disimpan sebagai kenangan di Jemari Asmara..


Tepung pelita Jemari Asmara.. Lemak-lemak manis gitu, hehe..

Buat dalam gelas je, tak adanya nak buat acuan tengah-tengah malam buta. Gelas dah la gedabak besar, satu gelas tu sama dengan 3-4 biji tepung pelita kut..



Cloose up sikit.. lampu dapur romantik sangat.. gambar pun suram je..

Lembut je warnanya. Nak tahu cerita sebenar di sebalik warna kena baca sampai habis tau!!



Satu adunan dapat 7 biji gelas

Ibu kongsikan resepinya di sini. Maaf, ibu lupa ambil dari blog mana.. sebab ibu salin resepini dari bulan puasa yang lepas. 

RESEPI TEPUNG PELITA

Bahan-bahannya:

Bahan A

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan (dikisar dan ambil airnya)
sedikit kapur makan

Bahan B

4 cawan santan
4 sudu besar tepung beras
sedikit garam

Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan A dan masak di atas api. Kacau sehingga likat. Masukkan dalam acuan

2. Dalam periul yang lain, satukan bahan B dan masak di atas api. Kacau hingga pekat dan tuang di atas aduanan bahan A

3. Selesai..

Nota ibu Yusuf:

* Pengalaman kali pertama dulu ibu buat pahit. Ada yang kata sebab terlebih kapur, tapi ibu yakin sangat, sikit je ibu letak kapur.

* Ada juga yang kata, pahit sebab pandan yang diblend..

* Jadi, buat kalini ibu letak kuantiti kapur yang sama tapi, ibu gantikan pandan asli dengan 1 sudu teh pandan emelco sebenarnya. Tak letak pandan asli pun, pandan tu buat penyeri nak tangkap gambar je.. Hehehe..

* Hasil kalini, alhamdulillah tak pahit. Lemak dan manis secukup rasa..

* Walaupun, tepung pelita ibu Yusuf ni tak asli.. tapi rasanya sama je. Sedappp!!

Alamak!! Dah jam 2.00 petang.. sampai sini dulu. Jumpa lagi..


Ps: Ibu nak ajak kawan-kawan joint satu GA ni. Hadiahnya best, menarik dan tertarik. Jom laaa.. (klik SINI)



Monday, February 13, 2012

KEPUTUSAN PENUH JELAJAH JEMARI ASMARA GIVEAWAY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Keputusan Jelajah Jemari Asmara Giveaway yang telah diumumkan berserta pengumuman terbaru;


Bakal menerima batik Sutera Rayon Terengganu (4 meter), seutas gelang kristal dan sepasang kerongsang bernilai RM150.00


Bakal menerima sebiji fridge magnet Terengganu atau sepasang keronsang setiap seorang 


Pemenang Hadiah Saguhati x 1 (20 peserta terawal)
2. Zie (kemenangan baru)

bakal menerima sepasang kerongsang


Hadiah Pertama x 1 ;


 Berupa batik Sutera Rayon Terengganu (4 meter), seutas gelang kristal dan sepasang kerongsang bernilai RM150.00


dimenangi oleh..

v

v

v



Fuh!! Lega!! Alhamdulillah, selesai juga akhirnya. Maaf, ibu tak letak gambar print screen random.org untuk 2 keputusan terbaru tu. Harap semua dapat terima dengan hati terbuka ya..

Buat yang belum email butiran, sila email nama, alamat dan no telefon ke zefa_asmara@yahoo.com Nantikan hadiah sampai ke pintu rumah anda..

Tahniah pada yang berjaya, buat yang tidak berjaya jangan berkecil hati. Mudah-mudahan Jemari Asmara dimurah rezeki olehNya untuk buat GA lagi.. InsyaAllah.. :D

Terima kasih semua!!

Jom joint GA yang INI pula. Hadiah sangat, sangat, sangat best!! (Klik sini)


Sunday, February 12, 2012

KERANG BERDARAH DI PANTAI REMIS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Satu lagi entry tertunggak.. Selasa 07.02.2012 yang lepas kami ke Pantai Remis, Kuala Selangor. Saja singgah masa on the way balik kampung.


Sempat la juga 3 beranak ni bergambar..

Pantai Remis ni antara pantai peranginan di Selangor. Tapi pantainya tidaklah sesuai untuk mandi manda, sekadar ambil angin dan jalan-jalan boleh la..


Banyak gerai jualan di Pantai Remis ni..

Untuk yang bawa anak-anak tu bersedialah dengan RM ye.. Macam-macam ada, dari makanan, pakaian, mainan, macam-macamlah..

Medan selera pun ada. Ibu tak pasti apa menu yang ada, sebab masa kami sampai gerai baru buka. Yang ada cuma nasi putih, ikan bakar, kerang bakar, ABC dan air kotak. Yang lain-lain belum siap katanya..


Agak-agak Yusuf kata apa tu?

Kami order kerang, sotong, ikan cencaru, ikan pari.. semuanya bakar. ABC dan nasi putih. Meh nak komen satu-satu okey..

ABC.. RM3.00 semangkuk. Tapi sangatlah biasa-biasa, bahan pun ala kadar, susu pun macam tak ada. Cuma nampak special sebab dia cucuk sebatang wafer di atasnya. Lain kali kalau datang lagi, dah tak mau dah order ABC.. :-(

Kerang.. Sila rujuk tajuk di atas okey. Juga rujuk gambar ketiga dengan memek muka Yusuf. Tu Yusuf kata; "Eeee.. ada darah!!".. Hmmm, kerang tu tak masak sebenarnya. Kerangtu di masukkan dalam satu penyepit berjaring dan diletak atas api. Yang tepi-tepi, kerangnya rentung. Yang dalam-dalam banyak tak masak. Sabar ajelah..

Ikan cencaru.. Hmm, satu lagi versi RENTUNG!! Sampai ekor ikan tu rupanya sebiji macam arang. Cuma ibu tak snap gambar je, sebab masani tangan dah kotor makan kerang..

Ikan pari.. Alhamdulillah, yang ni okey sikit. Cuma daun pisangnya rentung dan melekat-lekat pada ikan..

Air asamya, bolehlah. Macam kat kedai-kedai ikan bakar lain juga..

Sudahnya, Yusuf yang beria-ia makan lapar tak berapa nak makan pun. Dia kata semua hitam-hitam. Huhuhu..

Ini adalah komen jujur dari seorang pengguna. Tiada niat nak buruk-burukkan peniaga disitu. Semoga ada penambah baikan dari segi makanan dan perkhidmatan yang diberikan..

Okeylah, ibu nak ke IKEA lepas ni. Jumpa lagi ya..

Saturday, February 11, 2012

MENGALAH SEBELUM KALAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry yang gambarnya sudah beberapa hari di dalam draf sebenarnya. Tertangguh-tangguh untuk dipubliskan sebab baru ada gambar je, ceritanya tak ada...

Ini kisah hari Ahad 05.02.2012 yang lepas.. Masjid Al Hidayah buat sambutan MaulidurRasul. Salah satu acaranya adalah pertandingan mewarna.. Ibu daftarkan Maryam untuk turut serta. Ini kali pertama Maryam joint pertandingan mewarna secara terbuka..


Suasana semasa pertandingan berlangsung.. Peserta lelaki dan perempuan diasingkan. Ce cari mana satu Maryam?

Kami sampai agak lewat.. Gara-gara dia juga. Bila ibu suruh bersiap, asyik-asyik kejap, kejap, kejap. Sampai lah ibu terpaksa guna kaedah paksa. Cepatttttttttttttttttttt!! Hehe..

Masa kami sampai, pertandingan dah pun bermula. Tapi kami bukan orang terakhir, adalagi yang datang selepas kami..


Hasil seni budak kidal.. cantik tak auntie-auntie semua?

Maryam kalau mewarna sangat teliti.. Kalau tenyeh warna memang menekan, jadi jemarinya cepat penat. Kejap, kejap rehat.. maka lambatlah nak siapnya..

Dia juga selalu mewarna dengan idea di 'luar kotak'. Kalau rambut, dia tak akan warnakan hitam, tapi mungkin biru atau hijau. Tengok saja hasil seninya, berwarna warni..

Sayangnya, bila tengok semua orang dah siap.. dia taknak teruskan hasil kerjanya. Puas ibu dan kakak-kakak INTEC (urusetia bersama) pujuk, tak juga makan pujuk. Walhal tinggal kaki bear je yang tak warna lagi..

Ibu pernah juga jadi juri pertandingan mewarna, kalau cantikpun.. tapi kalau tak siap memang tak akan dipilih.. Huhu..

Ibu kecewa juga sebenarnya sebab dia Mengalah Sebelum Kalah, tapi takkanlah sebab pertandingan mewarna nak paksa-paksa anak sangat kan? Tak apalah, setidak-tidaknya dia nak turut serta..

Apapun, ibu doakan semoga anak ibu gigih berusaha untuk mencapai kejayaan kelak dan tidak mudah mengaku kalah.. Anak ibu boleh!!

LG Optimus 3D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...