Follower

Sunday, December 9, 2012

PETUA MENGATASI RAMBUT GUGUR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Botak? Huhuhu.. tak mauuuu..

 Sekadar gambar hiasan dari google

Tadi ibu google petua atasi rambut gugur. Banyak dah blogger buat entry tentangnya tapi ibu berminat nak copy adinda Salya punya. Okey, siapa suka cara tardisional boleh baca ini. Layannnn..

PETUA  MENGATASI RAMBUT BOTAK DAN GUGUR

1. Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastiK, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.

2. Selepas shampoo rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
************************************

Walaubagaimanpun, ibu faham tak ramai nak cuba cara tradisi ni, atau lebih tepat lagi tak rajin le tewww. Heheh.. termasuklah yang sedang menaip ni.

Oleh kerana ibu tak rajin nak menggodek-godek resepi untuk ramuan tradisi ni, marilah kita telan supplement sahaja. Dari sudut saintifiknya, rambut dihasilkan dari protein keratin. Jadi, bila kekurangan protein seseorang itu pasti mengalami masalah rambut. Manakala untuk menyihatkan sel rambut serta membekalkan oksigen yang mencukupi, ia memerlukan zat besi. Manakala kadangkala bila fungsi tiroid yang tidak seimbang menyebabkan rambut menjadi rapuh, di sini zinc diperlukan. Kita juga memerlukan selenium bagi membantu fungsi protein dalam pembinaan rambut. Biotin iaitu sejenis vitamin B sangat membantu dalam pertumbuhan rambut.(Sumber)

 Kita digalakkan mengambil supplement yang mengandungi Multivitamin dan Mineral, Zinc dan protein yang bagus untuk kesihatan rambut seperti:
ENERGIZING SOY PROTEIN - Rambut dibina daripada Protein

B-COMPLEX - Anti Stress

VIT C - Membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala

ZINC COMPLEX - Mengukuhkan shaf rambut

Banyakkan? Nak makan semua macam tak larat je. Jadi ibu memilih untuk cuba Zinc Complex dari Shaklee sahaja dahulu untuk mengatasi masalah keguguran rambut.




Di bawah ni adalah testimoni dari salah seorang pelanggan Shaklee yang makan Zinc Complex Shaklee. Alhamdulillah, masalah keguguran rambutnya dapat diatasi dengan izin Allah swt.
 



Untuk dapatkan produk Shaklee boleh pm ibu di FB Zefa Ibu Maryam, atau email di zefa_asmara@yahoo.com atau hubungi 012-3659728

Terima kasih.. :D 




Wednesday, December 5, 2012

APA ITU DROPSHIP?


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 Syukur Alhamdulillah, page Asmara Collections di FB semakin berkembang perlahan-lahan. Bermula dengan hanya menjadi agen dropship sehinggalah mampu mempunya stok jualannya sendiri.

Apa itu dropship? Secara ringkasnya, dropship adalah perniagaan tanpa modal dan boleh digambarkan dengan carta di bawah..

Sumber google..

Okey, untuk menjelaskan tentang konsepni ibu cipta watak dan satu syarikat. Tak mau guna ibu dan Asmara Collections sebagai contoh, takut nanti di hujung cerita ada yang konfius. Watak utama adalah si Salmah dan Syarikat ABC. Ceritanya..

Salmah nak berniaga, tapi dia tak ada modal. Syarikat ABC yang menjual pakaian kanak-kanak menawarkan Salmah menjadi agen dropship untuk barang-barang dikedainya. Salmah bersetuju dan berdaftar sebagai agen dropship Syarikat ABC. Merujuk kepada carta di atas Syarikat ABC adalah droshipper dan Salmah adalah reseller.

Salmah pun diberi maklumat dan gambar yang berkaitan dengan produk jualan Syarikat ABC. lepas tu Salmah pun mula kempen di blog, di FB, kempen dengan jiran, kempen dengan kawan sekerja, atau kempen di mana-manalah..

Kempen punya kempen, ada pelanggan yang nak membeli barang dari Salmah. Salmah pun ambil order dan bayaran. Lepas tu Salmah beri pula maklumat tempahan tu pada syarikat ABC dan membuat bayaran.

Syarikat ABC akan menguruskan penghantaran barang kepada pelanggan.

Bagaimana Salmah untung?

Sebagai contoh, sepasang gaun kanak-kanak dijual dipasaran dengan harga RM85.00 tetapi Salmah hanya perlu membayar RM65.00 kepada Syarikat ABC untuk harga pakaian dan kos pos. maka Salmah untung RM20.00 di atas hasil jualan tersebut. Harga agen biasanya telah ditetapkan oleh droshipper.

Apa kelebihan yang Salmah terima?

Salmah tetap boleh berniaga walaupun dia tiada modal. Selain itu, salmah juga tidak perlu menyimpan stok dan tidak perlu memnanggung kerugian sekiranya barang jualan tidak laku. Untuk online bisnes pula, Salmah tak perlu susah-susah pergi pejabat pos sebab dropshipper yang akan uruskan. Salmah hanya perlu kempen dan mendapat keuntungan hasil jualan.

Menarikkan? Harap anda semua berjaya menghayati watak Salmah tu ye.. ekekeke..

Okey, selesai cerita Salmah!! Ibu nak kongsi berita gembira dengan kawan-kawan.


Serius, produk ini sedang hangat dipasaran dan sangat laris. Vitamin C dan collagen adalah makanan tambahan yang sangat digilai sekarang ini. Apatah lagi PMC+VC adalah gabungan dua perkara yang sangat dicari oleh wanita-wanita cantik di luar sana.



Selain dari itu, Asmara Collections juga menawarkan peluang dropship untuk InchLoss Lotion by Felinna Beauty. Semua orang mahu cantik dan kurus, dan tahukah anda bahawa produk pelangsingan adalah produk yang sangat laris di pasaran. 


 
 Buat kawan-kawan yang sedang mengintai peluang perniagaan, inilah masanya. Juga sesuai untuk kawan-kawan yang sedang mencari produk tambahan untuk dijual dikedai masing-masing. Tidak kiralah samada kedai alam nyata atau kedai alam maya. Yang penting barang jualannya adalah nyata dan wujud.

Sekiranya berminat untuk berbisnez bersama-sama ibu Yusuf dan Maryam jangan malu-malu, jangan segan-segan pm di page Asmara Collections atau FB Zefa Ibu Maryam.

Hingga jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D 

   

 

Tuesday, December 4, 2012

TIP DAPATKAN CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Akhirnya, kini pasti, ku merasai, cinta yang suci.. lalalala.. Sila bernyanyi okey.. Hahaha..

Mood gumbira lalalala.. Syukur alhamdulillah setelah sekian lama tak ada CPUV (dulu kita panggil BE kan?), akhirnya dia muncul juaa.

Okey, ibu guna salah satu tips kawan-kawan blogger untuk dapatkan CPUV iaitu cashout dulu, maksudnya kosongkan dulu akaun Nuffnang kita tu. Hari tu, cukup RM50 je ibu cashout. Alhamdulillah, muncul juga CPUV lepas tu. Berkesan nampaknya tip ni.


Semoga akan terus berkembang pesat..

Tapi adakah ini semua suratan atau kebetulan? Wallahua'alam bissawab..



Saturday, December 1, 2012

PRODUK SHAKLEE KINI DI ASMARA COLLECTIONS


Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, sejak tertubuhnya page Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam) di FB, biz kecil-kecilan ibu semakin memberangsangkan. Bukanlah untung ribu riban pun, tapi sekurang-kurangnya satu langkah permulaan yang baik untuk mencapai salah satu cita-cita ibu.

Ibu syer di sini, ibu bercita-cita untuk jadi surirumah sepenuh masa sebenarnya. Tapi bukanlah seorang surirumah yang tiada pendapatan dan mengharap sumber dari suami semata-mata. Ini adalah satu cita-cita, ibu berusaha dan berdoa semoga ianya tercapai, selebihnya ibu serahkan pada Allah swt untuk menentukan apa yang terbaik untuk ibu.

Rakan-rakan sejawatan ibu, kalau baca entry ni jangan salah faham pula. Biz, biz juga.. tanggungjawab kerjaya ibu tak pernah abaikan pun. Ibu rasa, ibu tak pernah 'hilang' dari pejabat. Tak pernahkan?

Dan ibu kira ramai yang sudah tahu ibu sekarang adalah dealer kepada produk di bawah Felinna Marketing.Walaubagaimanapun, produk Felinna Marketing setakat ini terhad kepada losyen pelangsingan dan vitamin C + collagen sahaja.

Sebagai langkah melebarkan lagi sayap Asmara Collections, selain pakaian wanita, ibu telah menambah lagi produk kesihatan sebagai salah satu barangan jualan. Setelah membuat sedikit kajian di internet ibu telah memilih produk Shaklee sebagai salah satu produk jualan di Asmara Collections.

Maka dengan ini, ibu mengumumkan bahawa ibu sakarang adalah..

v

v


Shaklee Independent Distributor dengan ID 909824.

Kenapa ibu pilih Shaklee, sebab Shaklee antara syarikat yang memasarkan produk kesihatan dan kecantikan yang telah kukuh dan telah bertapak hampir 50 tahun. Shaklee di Malaysia telah bertapak lebih dari 15 tahun dan mempunyai pelanggan setia yang berpuas hati dengan kebaikannya.  

Jadi, pada sesiapa yang berhajat mendapatkan produk Shaklee atau pun berminat sama-sama berbisnez dengan ibu boleh pm ibu di FB ya. Emel pun boleh juga.. zefa_asmara@yahoo.com

Jumpa lagi. :D 

 









Friday, November 30, 2012

JEMARI ASMARA MENCAPAI SERIBU UV


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, setelah 2 tahun Jemari Asmara bersiaran.. akhirnya blog kesayangan ibu ini menjaya mencapai lebih 1k UV. Satu pencapaian terbaik setakat ini..

Biarlah jauh kebelakang dari blogger-blogger yang lain, namun sebagai seorang blogger kecil-kecilan, ini sesuatu yang sangat menggembirakan ibu. Rasa nak lompat bintang, tapi tak sesuailah kan.. Hahaha.. Nanti anak-anak kata ibu buang tebiat la pulak.. Hehehe..


 Ini print screen statistik dari 23 - 29 November 2012. Kalau views lama dah mencecah ribuan, tapi untuk uniques baru merasa 2 hari lepas..


 Ini pula print screen referrers yang membawa pengunjung sampai ke Jemari Asmara. Nampaknya kebanyakannya datang dari enjin carian. Terima kasih tak terhingga buat 1001resepi yang menyumbang traffic yang tinggi kepada Jemari Asmara.


Dan ini pula adalah keyword yang membawa enjin yang membawa pengunjung sampai ke Jemari Asmara..

Ini sahaja yang ibu nak kongsikan. Buat sahabat-sahabat blogger yang seangkatan dengan ibu (UV rendah), semoga entry kontot ni dapat memotivasikan kalian untuk terus berblogging. Buat kawan-kawan yang dah berjaya dalam dunia blog, semoga kalian tidak putus asa untuk memberi semangat kapada blogger kecil-kecilan ni.

Semoga kita terus saling sokong menyokong.

Terima kasih.. :D 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...