Follower

Wednesday, January 30, 2013

INCHLOSS LOTION DAN VITAMIN C PLUS COLLAGEN (PMCVC) by FELINNA BEAUTY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Update pada 22 Februari 2013: PMCVC out of stock!!


Ibu adalah pengedar bagi produk Felinna Beauty yang terdiri dari Inchloss Lotion dan PMCVC

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:
Puan Zefa Nor Asmara Jubir

Call/ sms: 012 3659728 WhatsApp: 011 11537821

Terima kasih. 


SUPPLEMEN UNTUK IBU-IBU MENYUSU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa malam yang lepas, ibu chatting hingga lewat malam dengan seorang kawan. Ceritanya, sahabat ibu itu menerima khabar gembira mengandung lagi dan dia awal-awal lagi dah minta khidmat nasihat tentang supplemen yang sesuai untuk ibu menyusu. Ibu dah terangkan secara ringkas kepadanya dan harini ibu nak kongsikan di blog pula.



Di atas adalah supplemen-supplemen Shaklee yang sesuai untuk ibu menyusu. Mari kita tengok set-set yang ada mengikit keperluan ya:

1. Set B (Vita-Lea, B-Complex, Vita-C dan Alfafa)

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susu ibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Vitamin B diperlukan untuk keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin Cuntuk sistem imunisasi , Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang untuk membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah ekzema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


2. Set Eufor Pack (Vita-Lea, B-complex, Vita-C dan Ostematrix)


Set ini hampir sama dengan set B, walaubagaimanapun Alfafa tiada di dalam set ini dan digantikan dengan Ostematrix (kalsium). Alfafa tidak sesuai diambil semasa di dalam pantang terutama sekiranya anak menglami jaundis. Alfafa juga merupakan herba yang bersifat panas dan boleh menyebabkan anak mengalami cirit birit.


3. Set E (Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa dan Ostematrix)


Set E disarankan kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix. Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS sangat sesuai untuk mengambil set ini. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. 


4. Set Eufor Pack Pluss (Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Ostematrix dan ESP)


Sama seperti Set Eu For Pack, tapi ada tambahan ESP. ESP adalah sejenis protein soya dalam bentuk serbuk yang membantu untuk memekatkan susuibu disamping mencantikkan kulit, rambut dan kuku ibu. Bonus bukan?


5. Set Triple M (Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP)
 
SET TERBAIK!!!!Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada:
* anak kembar,
* masalah penyusuan,
* menyimpan stok,
* mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
* ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.


Masalah penyusuan yang dimaksudkan di atas ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

 
NOTA: 

* Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli. Aturan makan akan diberikan selepas pembelian produk.

* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Untuk keterangan lanjut hubungi:
 
Hubungi:

Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com

Terima kasih..

 

Monday, January 28, 2013

IBU, AYAH, YUSUF DAN MARYAM SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tahunni kami sekeluarga berpeluang sama-sama sertai perarakan Maulidur Rasul, alhamdulillah. Sebenarnya, ianya aktiviti untuk AJK Masjid dan Tadika Islam Al Hidayah. Tetapi memandangkan anakanda solehah kami terlibat, kebetulan sekolah Agama Yusuf cuti, dan ayah pun cuti (ayah tak sihat sebenarnya) maka kami sekeluarga join sekali.  Ibu memang mohon cuti khas untuk sertai perarakan ni. Perarakan berlangsung pada pagi Jumaat 13 Rabiulawwal 1434H.

Jom layan beberapa keping gambar yang ada. Sebahagiannya dari kamera ibu dan sebahagiannya ibu ambil dari FB Masjid Al Hidayah. 


 Barisan hadapan membawa sepanduk sambutan Maulidur rasul.. Yang ni sah-sah dari FB masjid. Takkan ibu duduk depan sekali dan tangkap gambar ni kan? Ekekeke..


 Encik kameraman ni salah setting kut. Kelabu je gambar.. Ehehe, jangan marah ya Encik kameraman..


 Lagi gambar dari FB masjid. Uik, kenapa abang Yusuf depan sangat tu? Semangat betul sampai potong pakcik-pakcik dan atok-atok AJK Masjid.. Hihi..


 Terima kasih tak terhingga buat Encik kameraman kerana tangkap gambar ibu. Hehe.. Ada gak kenangan..


 Ada lagi gambar ibu, gambar Maryam pun ada. Cuba cari yang mana.. 


 Ahhaaa.. yang ni baru kamera ibu. terangkan gambar? (kalau Encik kameraman baca blog ni dah kena dush ibu ni.. hehehe..). Yang berbaju hijau tu ayah Yusuf, depan sikit tu abang Yusuf. Orang lain pakai baju melayu, ayah dengan abang Yusuf selamba pakai t shirt. Belasah la labuuuu..


 Yeay!! Maryam anak ibu semangat dan tak letih langsung berarak.. Ini pun gambar dari kamera ibu..


Anak solehah ibu..

Program pagi tersebut diiringi dengan hujan renyai-renyai, namun sedikit pun tak mematahkan semangat anak-anak kecil itu untuk sama-sama berarak.

Semoga dengan program seperti ini sedikit sebanyak menyemai rasa cinta kepada junjungan nabi Muhammad saw seawal mereka kecil lagi. Walaubagaimanapun, guru-guru perlu menerangkan kepada mereka apa tujuan perarakan ini dibuat barulah anak-anak akan jelas dan faham.

Ibu harap program seperti ini dapat diteruskan lagi. Hingga jumpa lagi, salam sayang buat semua.

Wassalam..



Sunday, January 27, 2013

SET SLIMMING SHAKLEE


Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang

Azam sempena MauliduRasul 1434H, ibu nak lebih bersungguh-sungguh dalam biz. Berniagakan salah satu sunnah rasulullah saw.. Mudah-mudahan dengan azam ini, akan lebih cepat tercapai impian ibu nak jadi surirumah sepenuh masa dengan pendapatan sekurang-kurangnya 4 angka. Itu sekurang-kurangnya tau, harap-harap boleh lah capai 5 atau 6 angka. Wow!!

Tinggikan cita-cita ibu? Semoga tercapai sebelum ibu menyambut hari lahir ke 40. Amin.. Tapi kalau ibu ditakdirkan kena kerja sampai pencen kelak, jangan la pulak awak semua gelakkan ibu ye.. Hihihi..

Sekarang ni ibu fokus dengan biz produk Felinna Beauty (klik) dan produk kesihatan Shaklee (klik). Selaras dengan azam tahun 2013 ibu, 'lebih cantik, lebih sihat..'.. Comelkan azam ibu? Hehehe..

Harini ibu nak berkongsi tentang produk-produk Shaklee yang boleh dicadangkan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dan slim yang kami panggil Set Slimming Shaklee. Terdapat 3 unsur utama dalam proses mendapatkan berat badan yang ideal iaitu:

Detox + Pemecah Lemak + Protein




Detox

Kenapa perlu detox? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tahukah anda, bahawa kunci asas untuk kurus adalah detox terlebih dahulu.

Di Shaklee, antara produk yang memberi fungsi detox adalah Herb Lax dan Alfafa.

Bagi mereka yang tidak menyusukan bayi disarankan mengambil Herb Lax dan mereka yang menyusukan bayi disarankan mengambil Alfafa.


Pemecah Lemak

Lemak berlebihan dalam badan adalah penyebab kegemukan, maka dengan itu lemak perlu disingkirkan. Shaklee ada Lecithin yang berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak atau 'fat emusifier'. Ini adalah apabila dia 'bertemu' dengan lemak lemak degil, dia akan 'memecahkan dan bercampur atau bergabung' dengan lemak-lemak tu dan seterusnya membawa lemak itu keluar melalui najis


Protien

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Di Shaklee kami mempunyai 2 cadangan iaitu samada Energizing Soy Protien (ESP) atau Cinch Shake Mix.

Untuk ibu yang menyusu kami syorkan ESP (ESP juga bertindak sebagai milk booster dan mencantikan kulit) dan buat yang tidak menyusu kami syorkan Cinch Shake Mix. 

******

Itulah tadi di antara supplemen di Shaklee yang ibu dapat kongsikan fungsinya dalam misi mencapai berat badan yang diidamkan. Namun kita semua harus faham, supplemen ini bukan 'makanan ajaib' yang boleh menukarkan bentuk tubuh kita menjadi sebagaimana yang diidamkan dengan sekelip mata.

Selain mengamalkan supplemen-supplemen tersebut dengan istiqamah, jangan lupa mengawal pemakanan (tetapi tidaklah sehingga perlu berlapar), banyakkan makan sayur dan buah-buahan, minum air yang mencukupi, bersenam dan paling utama usaha, doa serta bertawakal kepada Allah swt..

NOTA: 

* Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana produk  di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli. Aturan makan akan diberikan selepas pembelian produk.

* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Untuk keterangan lanjut hubungi:
 
Puan Zefa Nor Asmara Jubir
Shaklee Independent Distributor [ID No : 909824]
WhatsApp: 011 11537821

Saturday, January 26, 2013

SUKA DUKA 12 RABIULAWWAL 1434H


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry ini sepatutnya diterbitkan semalam (Khamis), namun dek sikap bertangguh ibu akhirnya sampai sudah tiada entry untuk semalam. Sesungguhnya ketentuan Allah adalah yang terbaik, maka yang suka semalam bertambah kedukaan untuk hari ini.

Semalam semua umat Islam menyambut sambutan MaulidurRasul. Semoga sambutan ini bukan sahaja untuk kita mengambil peluang 'bercuti umum' semata-mata, namun sebagai satu lagi penyebab untuk kita menyemarakkan lagi cinta dan kasih kita pada junjungan baginda. Sama-sama kita memperbanyakkan selamat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.

Semalam juga merupakan ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah yang ke 10 tahun hijrah. Subhanallah, syukur alhamdulillah atas nikmat kebahagiaan yang Alah swt limpahkan kepada kami. Semoga bahagia ini bukan sahaja didunia, namun membawa cinta kami hingga keakhirat sana. InsyaAllah.. Amin..


Pengantin lama.. hihihi..


Yang ni baru pengantin baru.. Mana pengantin perempuannya? Boleh klik SINI ya..

Dalam kami melalui saat-saat gembira, Allah kirimkan kami berita yang menyentap kebahagian 'sahabat' ibu, Siti Mariam binti Bebakar. Suami beliau yang tercinta telah kembali ke rahmatullah pada petang 12 Rabiulawwal 1434H dalam usia 44 tahun. Meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang kesemuanya masih kecil. Allahu, Allahu, Allahu Akbar.. Masih terasa menggigilnya tubuh itu tatkala membaca pesanan ringkas darinya tentang 'kehilangan' ini..

Sebagai seorang sahabat ibu hanya mampu memberi kata-kata semangat walaupun hakikatnya ibu sendiri tak dapat nak membendung air mata tatkala melihat wajahnya dan wajah anak-anaknya. Ibu titipkan doa semoga beliau kuat, tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi ini.

Ibu menulis tentang ini tanpa pengetahuan beliau. Mohon jasa baik semua untuk tidak meninggalkan komen tentang ini diblog beliau sehinggalah beliau sendiri menyebutnya di D'shire Eden. Namun ibu mohon semua yang singgah di Jemari Asmara sama-sama menyedekahkan Al fatihah untuk Allahyarham Muhammad Adam Thongcharen bin Abdullah. Semoga rohnya dicucur rahmat Ilahi dan digolongkan bersama orang-oarang yang beriman.

Al fatihah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...