Follower

Wednesday, January 22, 2014

WW; ABANG DAN ADIK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ibu jemput Yusuf di KAFA, kemudian baru ambik Maryam pula di Sekolah Kebangsaan. Memandangkan kereta banyak, ibu parking jauh sikit. Abang jalan kaki jemput adik di pagar. Ibu follow dari belakang..

Pendekkan cerita (kata ww.. hehe..) ni gambar candid.. Mereka tak sedar ibu perhati dari jauh..

Sekian.. :D

Sunday, January 19, 2014

ENTRY PEMBUKA TIRAI 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, harini sudah 19 Januari 2014. Bermakna sudah 19 hari kita berada di tahun baru 2014. Tapi ini merupakan entry pertama Jemari Asmara, tertinggal keretapi sudah. Hehe..

Tertinggal bukan alasan untuk terus terkebelakang. Kan? Marilah kita berkejaran untuk mengaktifkan blog kita semula. Kita tu maknanya semua blogger yang dah suam-suam kuku macam ibu nilah. Ayoh, jom bangkit! Kih3x, bukan main semangat. Kita tengok aje berapa lama bertahannya semangat Ibu Yusuf dan Maryam ni.

Bercakap tentang pembuka tirai 2014, sudah pastinya tentang persekolahan Yusuf dan Maryam.

  
Anak bujang ibu dah melangkah ke tahun 4. Sesi persekolahan 2014, Yusuf melangkah ke sekolah sebagai lelaki sejati. Hehehe.. Yelah, kan dia dah berkhatan cuti sekolah baru ni..



Dan terbukti anak ibu, kanak-kanak lelaki yang cergas. Haha.. seminggu sekolah seluar sekolah KAFA dah rabak. Adeh..

 

Paling teruja, Maryam sudah melangkah ke Tahun 1. Alhamdulillah, permulaan yang sangat baik. Melangkah alam persekolahan sejak usia 4 tahun, Maryam cukup matang untuk ke Tahun 1..

 

Pose menarik dari maryam. Ini kelas KAFA sesi pagi berkain hijau. Gambar di atas tu sekolah Kebangsaan sesi petang..


Tengok! Walaupun Maryam dah Tahun 1, dia tetap baby ibu dan ayah. Hehehe..

Tapi sebenarnya dia duduk depan bila naik motor, kalau ayah bawa ibu atau abang sekali. kalau Maryam dengan ayah je dia duduk belakang la..

Berjasa besar motor ayah ni. Selain sebagai tunggangan utama  En Ayah pergi kerja, motor nilah yang ambik dan hantar anak-anak pergi sekolah. Eh, masuk cerita motor la pulak..

Baiklah, sekian dulu catatan ringkas ibu, untuk entry pembukaan 2014 yang ketinggalan sudah. Hihihi..

Hingga jumpa lagi.. :D

Wednesday, December 25, 2013

Panduan Menghadapi Anak Mengamuk/ Tantrum

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, semasa ibu dan anak-anak membeli belah ibu terdengar suara tangisan seorang kanak-kanak. Sedang tantrum nampaknya. Serba tak kena, itu tak betul, ini tak betul. Mesti pening ibu ayahnya.

Ibu tersenyum sendiri. Zaman tantrum Yusuf dan Maryam sudah pun berlalu. Dua-dua semakin membesar, kalau ada benda tak puas hati pun paling-paling pun merajuk, tak pun nangis senyap-senyap. Seingat ibu, kalau mengamuk pun dulu tak pernah lah sampai menangis guling-guling di tempat awam. Hihi..

Tantrum
Gambar dari google..

Lantas ibu teringat satu artikel tentang Anak Mengamuk / Tantrum yang ibu masukkan dalam page Kiosk Keluarga Sihat. Artikel tersebut ibu salin dari page Ustazah Fatimah Syarha.


Tantrum
Gambar dari google..
 
Menurut pendapat pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga menjadi seorang yang egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.

Panduan Hadapi Anak Mengamuk/ Tantrum:

1. Alih perhatian dia

Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

2. Jangan mengikut kehendaknya

Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

3. Elak daripada memarahi atau menjerit

Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

4. Jangan pedulikan

Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

5. Apabila anak berhenti mengamuk

Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak bagus.

================== 

Kebiasaannya, dalam beberapa situasi ibubapa gagal menahan kemarahan hingga adakalanya sampai 'naik tangan'. Apa yang penting dalam situasi tersebut, banyak-banyak bersabar dan banyakkan istighfar.
Semoga panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua. 

Sekian dulu, hingga jumpa lagi..

MAKAN2 DI MEDAN IKAN BAKAR MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Maaf, ini cerita hampir sebulan yang lalu, kisah yang sama dengan percutian kami ke Grand Lexis Port Dickson. Baru nak tepek diblog. Huhu..

Kami sampai di PD dah melepasi tengahari. Sebelum tu kami makan di RnR (ibu tak ingat dimana?) Sampai PD, check in hotel dan terus terjun kolam. Almaklum, kolam depan mata. Jemput baca entry ibu tentang Private Pool Grand lexis Hotel (klik)

Kalau ikut keseronokan anak-anak, mau tak naik-naik dari kolam tu. Ikutkan perut, wajib cari makan.

Ayah bawa kami makan di..

 Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson. Orang tak ramai lagi, sebab masih petang. Mungkin ramai yang keluar sebelah malam..

Kami ambil gerai sebelah kanan. Kalau dari arah pintu masuk sebelah kiri lah..


 Sesi memilih. Ayah yang pilih, kami anak beranak ikut je.. Ada ikan, udang, sotong, ketam.. Ikut nafsu semua nak. Hehe..


 Tadaaaa.. Inilah hasilnya. Ikan (ibu dah lupa ikan apa) masak sweet sour, sotong bakar (ada petai dalam sambal dia tu, sedappp..), sup daging dan tomyam campur.

Masa menunggu pun tak lama, ye lah orang pun tak ramai kan. Dan masakannya pun sedap, berbaloi-baloi kami datang dari jauh. Hehe.. 2 jam perjalanan je pun..


 Haha.. Apa-apa pun sesi bergambar mesti ada. Ibu dan Maryam..


 Mmmm, cak! Kih kih kih.. Ayah kata ibu takde kerja ambik gambar muka ikan ni..


 Gambar ni diambil dipintu masuk restoran D'terapung.

Medan ikan bakar ni ada 2 gerai, depan gerai-geraini ada 1 restoran lagi iaitu restoran D'terapung tu. Restoran ni atas air dan menghadap ke arah laut.




Pemandangan senja di Port Dickson..

Selesai makan, kami tapau pulak makanan. Hihi.. Almaklum, malamnya dan berendam lagi. Takut lapar lagi..

Apapun, ianya satu percutian yang manis untuk dikenang. paling bahagia, bila tengok anak-anak gembira. 

Anak-anak ajak jalan-jalan lagi sebenarnya. Cuma tak tahu sempat ke tak. Harini dah 25hb.. 31hb Maryam dah mula sekolah. Kalau tak sempat, tahun depanlah nampaknya.

Sampai di sini dulu catatan ibu. Hingga jumpa lagi..




Thursday, December 19, 2013

KHAMIS YANG SPONTAN: BERGAMBAR SEBELUM PERGI KERJA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Tak pernah-pernah bergambar pagi-pagi nak pergi kerja. Hari ni sebab kebetulan pakai batik hampir sedondon kan, secara spontan; "Abang, jom tangkap gambar"..

Hehehe.. Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...