Follower

Friday, February 28, 2014

KOLEKSI KEY CHAIN IBU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semangat nak buat entry tu ada, tapi nak tulis apa tak tau. Hehe.. Toleh kiri, toleh kanan, pastu menung sekejap.. Idea tu ada cuma masa nak mengarang tak ada.. Hasrat hati nak buat entry pendek je..

Godek-godek gambar dalam tab jumpa gambar ni..

v

v

v

v


Maka terhasillah idea nak buat entry Koleksi Key Chain Ibu. Hehe.. Sempoi kan?

Sebenarnya, ibu bukan penggemar key chain. Tapi itu bukan alasan untuk tidak menghargai pemberian orang lain. Kadang-kadang kawan bagi, kadang-kadang dapat masa buat program.Dapat je simpan, sedar-sedar dah penuh sekotak kecik. Ini yang di pejabat je, yang kat rumah ada lagi..

Baru-baru ni kemas-kemas terjumpa balik kotak yang dah lama simpan tu. Dari tersimpan je, ibu pun gantung dan susun cantik-cantik.. Dalam gambar tu lah hasilnya. Sila abaikan kertas-kertas yang bersepah itu ye..

Sekian entry pendek untuk harini. Semoga besok ada entry lagi. Hehehehe..


Wednesday, February 26, 2014

Canvas Plain Bag (GIVEAWAY)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lama dah tak join giveaway. Mood berkontes ke laut sudah. Hehe.. Tapi tadi dapat jemputan dari sahabat Geng Decoupage untuk sertai giveaway yang dianjurkan..


Join giveaway
 Hadiahnya simple tapi menarik, bag canvas bernilai RM11.80..

Kalau ibu bertuah dapat bag ni, ibu nak berkreatif dengannya. Nak jahit labuci sikit, nak letak renda-renda sikit, nak letak reben-reben.. Lepastu boleh buat isi telekung..

Hehe.. Berangan dulu. Menang kalah adat pertandingan. 

Marilah sama-sama kita memeriahkan Canvas Plain Bag (GIVEAWAY) yang dianjurkan oleh Marcraf ni.

 Penyertaan bermula 24/2/2014 ~ 24/3/2014
Terbuka kepada penduduk yang beralamat di MALAYSIA sahaja.

Untuk turut serta, klik SINI. Semoga berjaya.. :D

Tuesday, February 18, 2014

SHAKLEE DTX COMPLEX: SUPPLEMEN UNTUK KESIHATAN HATI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sekiranya anda mengalami masalah metabolisma yang lembab, dan fatty liver, cubalah berikhtiar dengan DTX Complex yang bagus bagi mengatasi masalah anda itu. DTX Complex dapat membantu menguatkan fungsi hati terutama bab detoksifikasi dan pembakaran lemak.


Hati adalah organ yang penting dalam tubuh kita! Rosak hati, satu badan rosak. Oleh itu, hati perlu dijaga dengan baik melalui:


PELINDUNGAN ANTIOKSIDAN 


Kajian demi kajian dijalankan untuk memastikan nutrien yang terbaik dalam melindungi sel dan tisu badan dari kerosakan akibat radikal bebas. Dengan membekalkan tubuh dengan herba yang mengandungi ciri-ciri antioksidan, keupayaan hati untuk ‘memperbaiki’ diri sendiri selepas kerosakan akibat tindakan oksidasi dapat diperbaiki.


MENINGKATKAN PENGALIRAN CECAIR HEMPEDU 


Semakin lama bahan toksik berada dalam hati dalam sistem pencernaan, semakin banyak kerosakan yang berlaku. Pengaliran hempedu yang sihat membantu tubuh mengeluarkan toksin dengan baik.


Supplemen untuk hati yang baik harus mengandungi bahan-bahan di bawah:-

MILK THISTLE

Kajian menunjukkan bahawa Milk Thistle boleh membantu melindungi hati dari pelbagai toksin yang memberi kesan kepada hati. Kajian klinikal ke atas manusia menunjukkan milk thistle mempunyai keupayaan untuk membantu dalam kesihatan hati. ia mengandungi antioksidan dan membantu meningkatkan kuantiti pelindung hati yakni gluthatione, sejenis asid amino. Ia juga membantu hati untuk menjalankan sintesis protein.

DANDELION

Digunakan di Eropah sejak abad ke-10 dalam menangani masalah hati dan hempedu. Ia juga mempunyai fungsi laksatif dan diuretik. Dalam Austalian Journal of Medical Herbalism melaporkan dandelion yang mempunyai keupayaan untuk merawat hepatitis, bengkak hati dan masalah penghadaman akibat fungsi hempedu.


CENDAWAN REISHI

Dikenali sebagai Ling Zhi, yang telah digunakan lebih dari 4000 tahun dahulu dalam perawatan hati untuk fungsi antioksidan.

KUNYIT

Kunyit digunakan dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda untuk kesihatan hati dan pencernaan.

Tonik hati, Supplemen untuk kesihatan hati,
 Menariknya, DTX Complex Shaklee mengandungi bahan-bahan di atas.

Walaubagaimana pun, AWAS! Sekiranya tubuh anda bertoksik, pada peringkat awal pengambilan DTX anda mungkin mengalami perkara di bawah:-

- sakit kepala
- loya
- muntah-muntah
- demam
- cirit-birit

Sekiranya anda mengalami perkara di atas, jangan risau, kerana ia adalah healing crisis. Kurangkan dos (dos disarankan ialah 3 biji) dan lebihkan minum air (sekurang-kurangnya 3Liter air masak sehari).

DTX yang mengandungi dandelion juga mungkin menyebabkan anda lawas setiap kali mengambilnya.


 Untuk keterangan lanjut tentang produk Shaklee hubungi:

Puan Zefa Nor Asmara Jubir 
(Ibu Yusuf Dan Maryam)
Shaklee Independent Distributor [ID No : 909824]
WhatsApp: 011-11537821
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
Page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat


Thursday, February 6, 2014

KISAH GIGI SUSU & KEKAL ANAKANDA MARYAM: Part 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Cerita tentang gigi Maryam lagi. Maryam sedang melalui fasa-fasa tercabutnya gigi susu dan tumbuh gigi kekal. Kali pertama ibu buat cerita gigi ni bulan Julai tahun lepas. Boleh tengok entry tu di sini.

Secara ringkasnya masatu, gigi pertama Maryam tercabut (ibu lupa tarikhnya) dalam bulan Jun 2013 bersamaan umurnya 5 tahun 10 bulan. Gigi kedua tercabut (Julai 2013) bersamaan umurnya 5 tahun 11 bulan.


Alhamdulillah, menjelang Ramadhan (pertengahan Julai 2013), kedua-dua tempat yang rongak dah tumbuh gigi kekal. 

Hampir setengah tahun kemudian barulah gigi susu yang ketiga dan keempat pula yang tercabut. Gigi ketiga tercabut pada penghujung Disember 2013 dan gigi keempat tercabut pada awal Januari 2014.

Yang kelakarnya gigi keempat tu tercabut masa Maryam dan Ayah naik motor balik dari sekolah. Gigi tu tercabut, terus jatuh atas jalan dan hilang. Hihi.. Tidaknya ayah Yusuf nak berhenti dan cari..

 Saya tak ada gigi.. Hihi..

Sehingga ibu entry tulis entry ni kedua-dua tempat yang rongak tu masih belum tumbuh gigi kekal. Tapi tak apa, seperti biasa Maryam tetap comel dimata ibu..

Hihi.. Puji anak sendiri, tak apa kut..

Ibu berharap semoga gigi kekalnya akan tumbuh dan tersusun dengan baik. 

Sekian catatan ibu. Hingga jumpa lagi..

Wednesday, February 5, 2014

WW: ABANG YUSUF PERGI MASJID

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...