Follower

Saturday, July 27, 2013

KISAH GIGI SUSU & KEKAL ANAKANDA MARYAM




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Anakanda Maryam Nabihah ibu dah makin besar.. Makin cantik, makin manja dan makin bijak dimata ibu. Satu kegembiraan dan kesyukuran yang tak terhingga bila anak yang dikandung suatu masa dahulu semakin membesar dengan sihat..

Harini ibu nak buat catatan tentang gigi Maryam. Alhamdulillah, sehingga usia mencecah 6 tahun gigi Maryam cantik dan tiada yang rosak langsung. Walaupun Maryam penggemar tegar gula-gula, tapi giginya terjaga dengan baik. Cuma giginya agak kecik-kecik. Hehe.. Jadi bila dia makin besar dan ‘menembam’ giginya jadi agak jarang-jarang sikit. Tapi tak apa, tetap cantik dimata ibu.. ;-)

Terbaru, Maryam dah pun melalui pengalaman tercabutnya gigi susu. Dah dua batang dah pun dan dua-dua tercabut sendiri, dua-dua gigi depan sebelah bawah. Bila dah mula goyang, ibu dan ayah selalu pesan supaya dia rajin goyang-goyang, jadi cepatlah sikit tercabut. Bukan apa, takut yang kekal mula tumbuh sebelum yang susu tercabut.

Gigi pertama tercabut (ibu lupa tarikhnya) dalam bulan Jun 2013 bersamaan umurnya 5 tahun 10 bulan. Gigi kedua tercabut baru-baruni (Julai 2013) bersamaan umurnya 5 tahun 11 bulan.

Alhamdulillah, menjelang Ramadhan (pertengahan Julai 2013), kedua-dua tempat yang rongak dah tumbuh gigi kekal. Ibu berharap semoga gigi kekalnya akan tumbuh dan tersusun dengan baik.


Cantik tak gigi saya? Hihi..


5 comments:

  1. amboi...cantik gigi Kakak Maryam ya. Gigi Auni dah rongak bahagian depan tu huhu. Nak bawa jumpa doktor gigi, tapi dia tak nak...

    ReplyDelete
  2. nampak gigi baru tumbuh cantik dah tu..mesti maryam makin cantik nti..

    aiman tumbuh dua btg gigi kt tmpt yg sama dengan maryam.tapi kan gigi kekalnya tumbuh dulu baru gigi susu tercabut..satu daripada gigi dia dah senget tak cantik.kesian aiman.hehe

    ReplyDelete
  3. tetap comey..Maryam sama baya ngan anak saya kot..sufiya ..djh 2..mmg baru2 nih pun gigi dia patah..skang in progress tumbh yg baru..

    ReplyDelete
  4. assalam, kebiasaannya budak2 berumur 6 - 8 tahun akan tanggal gigi susu mereka......time ni masing2 rongak..hehe...comey mariam..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...