Assalamualaikum wbt..
Bersiaran secara langsung dari Shah Alam.. Sahabat-sahabat blogger masih beraya sakan nampaknya. Dashboard masih sunyi, tidak ramai yang update blog. Komen-komen pun sunyi shaja..
Tahun ini kami menyambut 1 Syawal di kampung ibu di Sekinchan. Kami bergerak pulang ke kampung tatkala takbir raya sudah bergema di sini sana dek kerana ibu bertugas sehari sebelum raya. Dan hari ini, tatkala muslimin muslimat masih bersama sanak saudara di kampung halaman, ibu sudah berada di kediaman sendiri dek tuntutan tugas.. Ibu dijadualkan bertugas pada hari raya ke 3 disaat-saat teman-teman lain masih bercuti umum. Ada juga yang cuba memujuk dengan kata-kata boleh sambung cuti hingga minggu depan. Owh tidak, anakanda mula bersekolah pada hari Isnin minggu depan!

Apapun ibu terima dengan redha. Ini adalah sekadar satu cabaran kecil dalam mengharung hakikat seorang wanita bergelar isteri, ibu dan seorang wanita berkerja.. Anggaplah apa jua catatan ibu ini BUKAN sebagai satu rungutan, tetapi sekadar satu luahan perasaan seorang wanita biasa-biasa.
Hakikatnya, apalah sangat jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang perlu meninggalkan keluarga pada 1 Syawal.. Mereka lebih hebat!! Mereka sangat tabah!! Ibu kagum dengan mereka..
Bezanya, ibu bermula di Jabatan ibu bertugas sebagai pekerja sosial namun terheret sama beberapa tahun kemudian dengan tugas-tugas penguatkuasaan.. Maka untuk memberi kerelaan secara tulus oleh sang suami memerlukan masa.. Mungkin sukar untuk difahami. Hmmm.. sila abaikan. Ini adalah omong-omong kosong seorang isteri. Namun tatkala ditempat kerja, semangatnya insyaAllah akan kembali membara.
Semoga semangat itu terus ada, walaupun ibu telah kehilangan seseorang. Seorang ketua, juga seorang sahabat.. Ibu doakan semoga dia senang di tempat baru.. :D
Hehehe.. terima kasih sudi layan omelan ibu. Melayan perasaan di malam hari.. Meh layan sekeping gambar blurrr...
Gambarni diambil dalam perjalanan ke masjid Batu 23 Sungai Nibong.. Nak sembahyang raya.. :D
*************************************
Ps: Kami merah-merah tahun ni.. Kawan-kawan warna apa?

ha'ah kak :) masing2 dalam mood beraya sakan hehe..sebab tu tak ramai yang update blog termasuklah penghuni Teratak Mawaddah
ReplyDeleteTahun ni tema kami kuning-coklat dan kelabu asap hehe
PS: kak zefa harini mood berkerja. Besok sambung balik mood raya.. hehe..
ReplyDeleteMasih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat Aidil Fitri. Bukan senang untuk menjadi seorang ibu, seorang isteri dan seorang pekerja dalam masa yang sama.
ReplyDeleteMJ: Selamat Hari Raya.. Kullu a'm wa antum bi khair..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekak zefa batu nyempat singgah..tahun ni tahun caca merba hehe..muhammad merun..ayah pink..ibu pink + merun hehe..
ReplyDeletep/s:baju kurung kak zefa bagi tak sempayt jahit lagi ;P
UM: Boleh pakai raya haji.. :D
ReplyDelete