Assalamualaikum wbt..
Bersiaran secara langsung dari Pulau Bahagia, Manir, Terengganu Darul Iman.. Semalam, usai sahaja ibu menjalankan tugas.. kami sekelurga bertolak balik ke Terengganu menempuh 7 jam perjalanan. Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya dan kami sampai tengah malam tadi..
Pagi ini, walaupun anak-anak bangun agak lewat.. semuanya bangun dengan ceria. Mood raya kami sekeluarga telah kembali!! Setelah semalam mereka terperuk seharian di rumah dan ibu mereka sebuk 'menghidu asap bas' di Perhentian Klang Sentral. Lucu pula difikirkan semalam, bukan team ibu sahaja asyik menjeling jam, team JPJ juga kelihatan gelisah. Masing-masing mengharapkan masa agar cepat berlalu..
Lupakan kisah semalam, yang penting hari ini kami akan meneruskan misi merapatkan lagi silaturrahim sesama sanak saudara a.k.a kami nak beraya!! Yeay!! Kami hanya ada masa dua hari sahaja dan hari Ahad kami akan kembali ke Shah Alam semula..
Sekadar gambar hiasan. Masa ibu solat sunat raya budak ni tak solat, dia main kamera ibu..
Okey, jumpa lagi ya.. Kami nak pegi beraya ni.. tata titi tutu..
Wassalam..
***************************
merahnya!hehe..y pun dh stat keje malam tadi.raya kedua dah balik sp, en suami dipnggil bekerja 2nd raya.apa boleh buat...
ReplyDeleteAssalam kak,
ReplyDeletemeriahnya raya...zirah ke rumah2 sedara mara part paling seronok,kn?
Dikesempatan ni nak ucapkan Selamt Hari raya utk akk sefamily.Moga Syawal kali ni memberikan 1001 Rahmat buat kita semua....insya Allah.
Salam sayang dari Perantauan.
amboi...beraya sakan k.zefa satu keluarga ni hehe.
ReplyDeletesalam aidilfitri zefa. Maaf zahir & batin andai ada terkasar bahasa. Enjoy the raya :-))
ReplyDeletealhamdulillah samapi jugak ganu kite!salam eid mubarak kak! semoga selamat balik ke kl jugak ye! ;)
ReplyDeleteSelamat hari raya juga utk zefa sekeluarga...berhati2 dijln raya. BSB pun esok balik shah alam. Harap2 tak jem lerrr..
ReplyDelete