Follower

Monday, July 23, 2012

CATATAN 1-2 RAMADHAN 1433H @ JEMARI ASMARA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur al hamdulillah, hari ini telah masuk hari ketiga kita menjalankan ibadah puasa bagi tahun 1433H. Semoga kita semua terus diberi nikmat kesihatan untuk melaksanakan ibadah di bulan yang mulia ini.

Sejak puasa ni, Jemari Asmara pun puasa juga nampaknya. Alahai, kali terakhir update, 3 hari yang lepas. Cerita pasal makanan pula tu.

Hari ni, insyaAllah ibu akan rakamkan apa yang berlaku dalam keluarga kami untuk 1-2 Ramadhan 1433H. Tak ada apa-apa yang luar biasa pun berlaku, semuanya biasa-biasa. Cuma ibu nak catatkan di sini untuk kenangan dihari kemudian. Baru je tadi baca semua Diari Ramadhan 1432H menyingkap kenangan tahun lepas.. :D

InsyaAllah, ibu akan catatkan diari Ramadhan kami, bermula dengan terawikh dan diakhiri dengan berbuka..


Letak gambar puteri solehah ibu Maryam Nabihah dulu ya..

"Saya nak ucap selamat berpuasa pada semua pembaca-pembaca blog ibu saya"..

1 Ramadhan 1433H

Terawikh

Kami sekeluarga menunaikan solat sunat terawikh di Masjid Al Hidayah. Subhanallah, ramainya jemaah. Jemaah wanita bukan sahaja terpaksa berhimpit-himpit hingga hadapan tandas, malahan melimpah ke luar masjid. Mujurnya, pihak masjid ada memasang 2 buah khemah dan menyediakan hamparan tikar.

Ibu dan Maryam berjaya tidak mengulangi peristiwa terawikh pertama tahun lepas yang mana kami solat hampir dengan pintu mengambil wudhuk. Kali ni kami berada di saf tengah-tengah, hujung sekali. Bila bersama anak kecil, sebolehnya elakkanlah duduk di tengah-tengah kerana kita akan memutuskan saf jemaah lain.

Bila berada di hujung sekali, maka agak jauh lah dengan kipas. Ditambah pula keadaan yang sesak, panas itu perkara biasa. Tapi sudah dijadikan alasan oleh itu budak kecillah.. Dia solat Isyak je, lepas tu 'selamat'.. Hmmm..

Balik rumah mengadu dengan ayah. Ayah jawab selamba je; "Baru 5 tahun, dia pulak memang macam tu..". Yelah, betullah kata ayah tu. Dengan 'keaktifannya', dia dapat bertahan solat isyak dan tunggu ibu selesai terawikh dah cukup syukur al hamdulillah.

Sahur

Besoknya kami bersahur jam 5.00 pagi. Makan nasi panas-panas dengan tomyam sotong. Alhamdulillah, senang nak kejut anakanda Yusuf. Yusuf semakin mudah diurus sesuai dengan umurnya. Maryam? Huhu.. tak mau bangun dan hanya bersahur susu, itu pun lewat sikit.

Cabaran berpuasa

1 Ramadhan yang jatuh pada hari Sabtu sedikit melegakan. Alhamdulillah, Yusuf berjaya menyelesaikan puasanya dihari pertama hingga tamat tanpa sedikit 'bunyi' pun. Tiada rengekkan dahaga sebagimana tahun lepas.

Maryam? Aduhai, 'loceng' sudah berbunyi seawal jam 12.30 tengahari. Manakan tidak, hanya bersahur lewat dengan susu sahaja. Ibu tangguh-tangguhkan dengan harapan dia boleh bersabar. Akhirnya, 'selamat' juga selepas zuhor, minum air. Tapi ibu tak beri dia nasi pun, hinggalah berbuka..

Cemburu juga dengan status beberapa orang kawan-kawan lain di FB. Ada yang bercerita anak mereka 4 dan 5 tahun sudah berjaya puasa hingga ke petang. Tapi ibu cepat-cepat mengingatkan diri sendiri, kita latih anak berpuasa mengikut kemampuan masing-masing. Bukan anak orang lain sebagai ukuran..

Berbuka puasa

Kami berbuka dengan hidangan yang sangat ringkas. Hanya nasi dan sejenis lauk, air milo untuk anak-anak, teh o panas untuk ibu dan ayah.

Tapi Maryam kata; "Wah.. Bahagianya keluarga kita kan? Adik rasa seronok sangat dapat makan sama-sama macam ni.." 

Hehehe.. nak tergelak ibu adik cakap macam tu. Tapi ibu sambung pula; "Kalau adik puasa, ibu laaaaaagi bahagia"..

Hahaha.. dia cuma jawab dengan tersengih-sengih aje..

2 Ramadhan 1433H

Terawikh

Terawikh di malam ke 2 kami turun pangkat, dapat saf belakang sekali. Tapi di belakang kami ada lagi orang, iaitu jemaah wanita yang solat di bawah khemah. Cuma kalini dapat dekat dengan kipas. Natijahnya, telekung anakanda tak tercabut sampai sudah. Tak adalah macam semalam asyik buka dan pakai semula. Hehehe..

Sahur

Kami bersahur dengan nasi panas, sotong masak merah dan ayam pongteh resepi Chef Florence. Pendeknya ayat, dah malas nak mengarang lah tu... Hahaha..

Cabaran berpuasa

Ramadhan ke 2, kami balik kampung. Menempuh perjalanan selama 2 jam dan cuaca di kampung yang panas, memang memberi cabaran kepada puasa anak-anak.

Alhamdulillah, Yusuf terus tabah walaupun sedikit tergugat melihat sepupu-sepupu yang kecil makan nasi. Maryam? Haduh, tewas. Siap makan bersuap bersama sepupu-sepupu kecilnya yang lain. Ibu sedih.. :-(

Berbuka

Berbuka ramai-ramai di kampung memang meriah. Kami berkumpul semua adik beradik kecuali kakak yang sulung. Macam-macam hidangan ada sampai tiba-tiba ibu mengandung 3 bulan. Hahaha..

Hadoiii, makin lama makin kontot ye catatan ibu Yusuf ni. Bukan apa, sekarang semuanya mahu cepat-cepat, tapi kalau bertangguh lagi memang tak tercatatlah nampaknya diari Ramadhan kami.
Sampai sini dulu catatan ibu, nanti kalau rajin ibu edit lah balik. Kalau tak, biarlah kontot macam tu. Hahaha.. (Dari tadi gelak je kan, tapi gelak sopan tauuu... )

Jumpa lagi.. :D

12 comments:

  1. tak pelah lain orang lain caranya kan..anak saudara saya pun macam maryam separuh hari jer, merengek dekat neneknye memang dapatlahkan..nenek kesian..

    ReplyDelete
  2. lain orang lain caranya kan.. sejuk je tengok maryam :)

    ReplyDelete
  3. xpe slow2 ye maryam..chaiyok2! tahniah utk yusof :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah 3 anak2 yus dapat puasa sampai ke maghrib 2 hari ni, cuma cabaran berterawih dengan membawa Arif bersama ke masjid saja. Betul, yus pun duduk saf belakang dan hujung sbb tak mahu putuskan saf jemaah lain. Bukan saja sbb ada Alia, ada Arif lagi yang menganggu juga...

    ReplyDelete
  5. takpe kak zefa..yg penting solat maryam cantik..puase kemudian cerite ;D nanti die akan lalui jugak nk taknak ;)

    ReplyDelete
  6. baru berkesempatan nak singgah sini. Salam ramadhan & selamat berpuasa buat zefa sekeluarga ;-)

    ReplyDelete
  7. Comelnya Maryam..
    Betul kata Zefa tu. Latih anak ikut kemampuan..
    Dulu, masa akak latih anak2 berpuasa selagi tak tiba waktu berbuka hati bimbang je..

    ReplyDelete
  8. salam zefa..jgn sedih anak kecil lg x tahan berpuasa, yang utama dia solat, puasa pelan pelan pun x apa sbb , solat kalau x buat 10 tahun kena pukul, tp puasa x de pulak hadith g tahu umur berapa kena pukul kan..seronok baca cter zefa anak beranak, semoga dirahmati Allah swt sentiasa..aamin

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...