Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Syukur alhamdulillah, atas segala kurnia dan limpah rahmat Ilahi, atas kasih sayang yang bersemi, atas mawaddah warahmah yang mewangi.. hari ini ibu dan ayah Yusuf Maryam telah menempuh alam perkahwinan yang ke 9 masihi. Syukur ya Allah.. Semoga nikmat cinta kurniaanMu ini terus kekal hingga akhir hayat kami. Kekal bahagia di dunia hingga akhirat.. Amin.
Tak ada hadiah, tak ada makan-makan besar.. Tapi harini kami sama-sama cuti meluangkan masa berdua-duaan. Jalan-jalan kedai handset cuci mata dan makan cendol bawah pokok. Owh, bahagianya ibu rasa. Hehe.. Jiwang la pulak ye?
Malam ni belek-belek album lama. Menyingkap memori zaman masih berdua. Kurus comel je ibu dulu-dulu, sekarang dua kali ganda. Huhuhu..
Nak tengok ibu zaman kurus?
Yang ni masa honey moon di PD. Family day sebenarnya, tapi kami pengantin baru masa ni. Kira honey moon lah juga kan. Masa ni berat ibu masih 42 kg. Sekarang? Jangan tanya..
Yang ni masa honey moon di Cemeron Highland..
Yang ni masa honey moon di Pulau Pangkor..
Berapa banyak kali honey moon da? Kami lambat dapat anak sebenarnya. Kahwin Mei 2003, 30 November 2004 baru dapat anak. Jadi merasa masa berdua agak lama juga. Jalanlah selagi boleh jalan..
9 tahun bersama banyak yang ibu belajar dari pengalaman. Pahit, manis, masam, payau semua ada. Syukur, perjalanan hidup kami tetap diulit rasa bahagia.
Syukur alhamdulillah..
Ps: Baju yang ibu pakai masa g Pangkor tu baju yang sama ibu pakai dalam gambar ini..
Ngee.. Setelah 9 tahun berlalu muat lagi tu.. (padahal baju tu memang besar) Hehehehe..
Cari lokasi honey moon? Klik!!
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan semoga ia bersinar dan terus dilindungi dan berada dibawah rahmat Allah....
ReplyDeleteromantiknye...semoga kekal bahagia selama2nye...
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah dan selamat menyambut ulang tahun perkahwenan.
ReplyDeleteacik zaman baru kawen pun 42kg..tapi selepas 30 tahun naik 23kg...he he
selamat ulg tahun perkahwinan..mg rmhtangga yg dibina kekal bahagia..
ReplyDeletesemoga terus kekal hingga ke syurga kak :) wah...dah 9 tahun ye....kejap je kan rasanya. InsyaAllah bulan 12 ni kami suami isteri baru 4 tahun menyulam cinta hehe
ReplyDeletesemoga kekal sehingga akhir hayat ye ibu :)
ReplyDelete42kg...??? keciknya...tapi serius, comel sangat..!!!
ReplyDeleteSelamat mnynbut u/tahun perkahwinan..semoga kebahagiaan yg dikecapi berkekalan....
Selamat ulangtahun. Semoga bahagia, murah rezeki dan dilimpahi rahmat oleh yang maha Esa.
ReplyDeleteSweet je Zefa masa muda2 :)
Alhamdulillah...semoga jodoh kekal bahagia hingga ke hujung nyawa...Amin...
ReplyDeleteSelamat ulang tahun. Moga kebahagiaan yang dikecapi kekal selamanya..
ReplyDeleteps: sweetnya masa zefa muda tapi akak lebih suka tgk zefa sekarang..
Oh ye.. tarikh ulangtahun perkahwinan zefa sama dgn hari lahir suami akak..
ReplyDeleteSelamat Ulang thn prkhawinan utk zefa n suami...akak doakn agar kalian bahagia hingga kesyurga.....mcm kak salmi juga, tarikh tu sama dgn birthday along n birthday suami kak salmi...
ReplyDeleteMuka maryam byk ikut zefa la......comel.
Alhamdulilah, tarikh ulangtahun kita sama.....14 Mei dan saya pun dah 9 tahun hidup bersama en hubby tercinta
ReplyDeletecantiknyeeeeee......sukeee tgk sume pics! kite pun setahun lebih sangkut tapi sebab kene jage kawen mase belaja heheh...
ReplyDeletesemuge kekal bercinte sampai syurge!!!
happy anniversary kak zefa...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
ReplyDeletealhamdulillah..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..nory pon anniversary Bulan Mei...hehe..
ReplyDeleteselamat ulangtahun perkahwinan buat zefa dan suami. semoga kebahagian berpanjangan hingga hingga ke syurga.
ReplyDeleteseronoknya jalan2 berdua ngn suami. zaman dah ada anak ni dapat dating berdua dengan suami pun dah terasa bahagia sangat2 kan (^_^)
syukur alhamdulillah... tahniah kak zefa! selamat ulangtahun perkahwinan yg ke-9... moga kekal bahagia sampai bila2 ye kak...
ReplyDeletehappy anniversary kak! hepi for u =)
ReplyDeletealhamdulillah... masih dikurniakan kebahagiaan itu. happy anniversary ye...
ReplyDeletepic ni semua nmpk kak zefa sgt muda.hehe..Alhamdulillah n selamat ulangtahun..:)
ReplyDeletetahniah... nnt genap 10th.. buat Ga secara besar besaran.. comel zefa hingga kini.. semoga terus kekal bahagia selamanya.. tambahkan zuriat th ke 10 nnt..ok
ReplyDelete