Follower

Thursday, July 18, 2013

KEMBALINYA SEBUAH DIARI RAMADHAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Walaupun agak terlambat, ibu tetap mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada rakan-rakan blogger sekian.

Syukur alhamdulillah, atas nikmat usia kurniaan Ilahi. Hari ini 9 Ramadhan 1434H, bermakna telah 9 hari kita menjalani ibadah puasa. Semoga kita dipanjangkan usia untuk merebut segala kelebihan Ramadhan tahun ini, dan semoga kita dipanjangkan usia hingga menemui Ramadhan yang akan datang. Amin..



 Setiap tahun, sejak Jemari Asmara hadir dalam hidup ibu, ibu catatkan Diari Ramadhan kami untuk jadi kenangan dihari kemudian.


Tahun 2011, ibu banyak menceritakan tentang perjuangan Yusuf berpuasa dalam usia 7 tahun dan pengalaman pertama berpuasa dengan sekolah sepanjang hari. Masa 6 tahun puasa juga, tapi sekolah tadika kan sekejap je. Bila masuk tahun 1, cabaran berpuasa adalah lebih sebab dia kurang waktu berehat. 

Tahun 2012, semuanya berjalan lancar seiring dengan peningkatan usianya. Masatu umur Yusuf dah nak masuk 8 tahun, tiada lagi rengekan manja dahaga, tiada lagi kesusahan nak kejut sahur. Semuanya sangat-sangat senang. Terawikh yang tidak pernah tinggal, solat 5 waktu yang cukup. Semuanya cukup buat hati ibu cukup sejuk.
 
Tahun 2013, Yusuf dah 9 tahun. Sudah tiba masanya cerita tentang perjuangan Maryam yang berusia 6 tahun pula. Cuma ibu belum pasti nak cerita apa sebab Maryam sangat-sangat mudah. Setakat ni tak ada sangat adegan pujuk memujuk ke, adegan merengek-rengek ke.. Kalau ada pun sikit-sikit je..

Cuma adalah kisah di hari pertama. Hihihi.. Rasa kelakar pun ada. Tapi nanti ya, ibu cerita dalam entry akan datang. Harap-harap ibu rajinlah update blog ni ye. Nyah lah jauh-jauh penyakit malas ni. Hehe..

Salam sayang buat semua.. :D

Oh ya, siapa-siapa nak order produk Shaklee sms/ wassap je ibu di 011-1153 7821. Tqvm..


3 comments:

  1. Salam ramadhan & selamat berpuasa utk zefa sekeluarga. mcm dah lama tak baca entry 'family' zefa sejak ada shaklee ni hihii...

    ReplyDelete
  2. salam singgah kak zefa...

    blm terlambat nak ucap salam ramadhan kpd ka zefa n keluarga.... seronok baca pengalaman ramadhan anak2 ni kan. makin lama makin mudah seiring dgn usia mereka...

    ReplyDelete
  3. sejuk hati bila dpt anak soleh macam yusuf,anak solehah macam maryam..selamat berpuasa juga buat kak zefa

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...