Follower

Tuesday, April 3, 2012

SIJIL HALAL BARANG HARAM

SHAH ALAM: Sebuah pasar raya di Seksyen 23, di sini, diarah menanggalkan sijil dan logo halal yang dipamerkan di premis mereka selepas pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati ia tidak diiktiraf pihak berkuasa berkenaan, pagi semalam.

Penolong Pengarah Jakim, Adam Drahman berkata, pasar raya itu dikesan meletakkan sijil dan logo halal bersaiz besar di luar premis, padahal hanya beberapa bahagian jualan makanan di dalam premis itu yang memiliki sijil dan logo halal sah, pada jam 11 pagi.

Beliau berkata, tindakan pemilik premis mempamerkan logo halal bersaiz besar itu seolah-olah menunjukkan semua barang jualan di pasar raya berkenaan dijamin halal, walaupun terdapat barang dijual tidak halal.

“Setakat ini, kami memberi amaran kepada pemilik terbabit, namun tindakan tegas diambil jika mereka dikesan melakukan kesalahan sama pada masa depan.

“Kami kesal dengan sikap segelintir pihak yang mendakwa tidak menyedari peraturan baru itu meskipun Jakim sudah banyak kali mengumumkan sijil dan logo halal yang sah hanya dikeluarkan pihak kami,” katanya ketika ditemui di sini, selepas serbuan berakhir semalam.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan jam 1.30 tengah hari sama, Jakim mengeluarkan surat amaran kepada sebuah kedai makanan di Seksyen 7, di sini, kerana mencabar undang-undang dan gagal mempamerkan sijil serta logo halal selain hanya menampal ayat al-Quran bagi mengaburi pihak berkuasa dan pelanggan.


Katanya, apabila diarahkan menanggalkan ayat berkenaan, pemilik premis enggan, malah mencabar pihak Jakim menyaman mereka.

“Anggota penguat kuasa Jakim menyerbu kedai makan terbabit dan apabila diperiksa premis itu hanya mempunyai sijil halal menyembelih ayam

“Kami sudah mengeluarkan surat amaran. Jika pemilik premis masih berdegil dan gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. “Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua atau berikutnya RM10 juta bagi premis jenis pertubuhan atau perbadanan.

“Manakala, bagi yang bukan pertubuhan atau perbadanan, mereka boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, Jakim sudah mengumumkan mengenai tiga fasa baru yang dijalankan iaitu fasa satu pada Januari hingga Mac, pihaknya memberi nasihat dan teguran, fasa dua bermula pada April hingga Jun termasuk memberi surat amaran dan fasa tiga pada Julai tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan premis yang didapati masih melakukan kesalahan sama dikenakan tindakan tegas

Ps: Ibu tahu tu pasaraya mana. Ibu pernah tulis pasal pasarayatu masa mula-mula buka dulu. Pun ibu ada cerita pasal dah habis Syawal, tapi pasarayatu masih pasang lagu raya. Cuma kedai makan di Seksyen 7 tu, ibu tak pasti kedai mana. Ada siapa-siapa tahu?

10 comments:

  1. org nk kaut untung byk camtulh.....

    ReplyDelete
  2. Wah pasaraya mana tu? huhu.Nanti bila g shah alam taulah saya..

    ReplyDelete
  3. salam akak..baru ari nih fyzz dpt bagi komen..sbb sebelum nih tah apasal tak display
    nice blog..
    maryam n yusof yg sngt comel

    ReplyDelete
  4. Takut dan geram... dah berapa jumlah umat Islam tertipu. Memang tak serik ada saja yg dengki dgn umat Islam... sengaja nak mempersendakan agama kita...

    ReplyDelete
  5. errkkk...pasaraya mana tuh???huhu
    teringat dulu penah terkena...
    kt luar letak ayat quran..dlm laci ada patung tok kong dia...adoyaaiii...

    ReplyDelete
  6. tak abis3 lagi citer pasal sijil halal ni kan. semuanya nak cepat untung camtulah. yg pengguna ni plak dikaburi ngan sijil halal je terus makan tanpa usul periksa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg hanya pikirkan keuntungan je kalu camni kan..

      Delete
  7. ini mmg kira nak untung ja,tak peduli dah halal haram.kira periuk nasi dia ja smp menggadaikan agama org lain..:)

    ReplyDelete
  8. MEMANG GAWATLAH SEKARANG MAKAN KAT LUAR...KENA HATI-HATI...MEMANG DIAORANG NIE NAK UNTUNG JER...

    ReplyDelete
  9. yang ni paling di takuti... kata HALAL TAPI HARAM,,,!!! kalau yang Haram tu dah sememangnya HARAM... tapi yang jadi keraguan tu status Halalnya..
    kat tempat akak ada sebuah seperti ni.. masyaallah.. ramainya melayu.. tokeh cina tapi x dok kat kedai tu sbb semua pekerjanya islam.. masalahnya barang dari pembekal cina yang hantar..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...