Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, sebelum 'Aidiladha proses membaik pulih sebahagian bumbung rumah kami selesai. Ikut hati, banyak sudut yang nak dibaik pulih. Almaklum, kami beli rumah lama yang dah berusia puluhan tahun. Tapi memandangkan kos baik pulih sebahagian bumbung pun dah makan kos 5 angka, maka yang lain-lain tu nanti dululah.
Bila dah siap, ada beberapa bahan buangan yang boleh dikitar semula. Ibu pun tak tahu apa bendanya, tapi antaranya salur air hujan yang lama. Ayah Yusuf kata itu kategori besi buruk. Ibu tengok macam zink, macam aluminium. Wallahua'alam..
Apek surat khabar lama bateri lama..
Apek ni datang atas makluman kontraktor yang betulkan bumbung rumah kami tu. Dan masa apek ni datang, Ayah Yusuf tak ada. Hmmm, Ibu Yusuf cuma mampu tengok ajelah (dan ambik gambar). Apa pun tak tahu..
Proses menimbang dibuat..
Timbang punya timbang dapatlah 51 kg..
Mula-mula dia kata RM0.40 sekilo. Ibu minta up RM0.50. Mula-mula tak bagi, sudahnya bagi jugak. Hihi..
RM0.50 darab 51 kg, dapatlah RM25.50. Ibu saje-saje sebut, cukupkanlah RM26.00, dia kata ok lah. Alhamdulillah, rezeki..
Menurut mereka, harga kalau kita hantar sendiri lebih tinggi berbanding jika meraka datang ambik. Kalau mengharap kami yang hantar, jadi tukun dan sarang nyamuk lah jawabnya. Nak angkut pakai apa? Hehe..
Inilah hasilnya, Ayah Yusuf kata masuk tabung..
Masa taip entry ni, ibu tergerak hati google berapa sebenarnya harga semasa barang-barang kitar semula ni. Pakcik google bawa ibu pergi blog Relaks Minda. Ini hasil carian ibu;
Sumber rujukan harga: Pusat Kitar Semula UKM 2013
Harga mungkin ada sedikit perbezaan atau perubahan mengikut edaran masa. Tapi, ibu syorkan kawan-kawan simpan jadual ni. Sekurang-kurang boleh dijadikan panduan untuk buat anggaran harga sekiranya nak jual barang-barang yang boleh dikitar semula.
Semoga memberi manfaat.
alhamdulillah..ada rezeki kt situ...
ReplyDeletep.s: 14 cpuv??? wow, tahniah ibu..
dulu akk rajin jual suratkhabar lama.. tapi sbb nak tunggu tu bertimbun smpi semak rumah, lama2 malas dah.. hihihi
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMenjual barangan terbuang satu amalan yg amat baik sekali. Daripada terbiar dan mereput atau dibuang, dapat juga sedikit imbuhan.
p/s: Terima kasih kerana sudi letakkan backlink di entri ini. Amat2 hargainya... :)
wah. mahal jugak eh bumbung pun 5-angka. kitorg pernah recycle botol2 plastik kosong berplastik2 dpt 70 sen je. ahah. adoi. punya la semangat peram bergelen2 kt rumah ni. semangat GO GREEN
ReplyDelete