Follower

Friday, October 3, 2014

Pisang Goreng Cheese di Shah Alam

Cerita makan lagi. Haha, keluarga sihat kami memang suka makan. Tapi cerita pisang goreng cheese ni hanya ibu dan Maryam sahaja yang mampu menghayati. Yusuf dan ayah, mmmm.. Ayah tekak Melayu sejati. Yusuf pun sama, tapi masih boleh layan western food lagi. 

Ini kisah Ahad 2 minggu lepas. Balik latihan taekwando kami 2 beranak menjalankan misi mencari pisang goreng cheese. Pastinya di Shah Alam, almaklum warga Bandaraya Shah Alam katakan.



Ececeh, ada model pisang cheese. Pisang Cheese Jakarta katanya. Setahu ibu, fenomenan pisang goreng cheese ini memang di bawa dari Indonesia. Tapi dari negeri dan daerah mana, wallahua'alam.

Nampak tak harganya? Boleh tahan juga, purata sepotong pisang berharga RM1.00. Sekotak ada 8 potong, dan harganya diantara RM7.00 hingga RM8.00 sekotak. 



Yang atasni pisang cheese original. Pisang goreng dengan parutan keju dan taburan gula merah. Pisangnya dah agak suam-suam, jadi kejunya tak cair, jadi taklah meleleh..



Yang ni pula, pisang cheese coklat. Yang ni pisangnya baru je diangkat dari kuali. Bila diparutkan keju di atasnya terus mencair dan sedikit meleleh..



Ini pulak pisang cheese coklat tersilap buat. Ibu order yang coklat, tapi dihantarnya yang biasa. Jadi kemudiannya dia letak coklat atas cheese, biasanya cheese atas coklat. Tapi ibu okey je, janji ada pisang, ada cheese dan ada coklat.

Sebenarnya, 3 pisang cheese dalam gambar tu dibeli dalam tempoh yang berbeza. Dah tiga kali beli pisang cheese ni dan kebetulan tiap kali beli ambik gambar..



Ibu, ambik la gambar adik dengan pisang cheese ni. Ok, snap!



Restoran Tam Nasi Ayam Seksyen 23 Shah Alam..

Di sinilah satu-satunya lokasi di Shah Alam yang ibu tahu ada jual pisang cheese. Lain-lain tempat, ibu belum teroka lagi. Tu yang dah tiga kali beli, tiga-tiga kali beli di sini. Lagi pun dekat je dengan rumah kami..

Kepada rakan-rakan pembaca dari Shah Alam, harap entry ini dapat membantu anda sekiranya mencari lokasi yang ada pisang goreng cheese. Dan sekiranya anda tahu lokasi lain yang ada jual pisang cheese, sudi-sudikanlah berkongsi di ruangan komen..

Terima kasih singgah di Jemari Asmara.

 Ps: Jika anda ada masalah darah tinggi, jemput tonton video di bawah. Semoga bermanfaat..

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

8 comments:

  1. dgr citer pisang cheese seksyen 7 lagi berhantu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayu, Seksyen 7 belah mana ya? Bab2 berhantu ni, naik hantu nak g try. Hihi..

      Delete
    2. Rasenye kt depan lawangsari tu ad jg org jual pisang cheese..kt tmpat psar malam s7 pn ad..tp kne pergi mase hari yg xde psar malam la

      Delete
  2. Wahh...sedapnye.nyum2..tetiba nak mkn pisang grg cheese memalam buta nih...haha.dah2..tdo. ;)

    ReplyDelete
  3. Ngencesss tau baca entri ni... kat ampang ni puas cari x jumpa.....

    ReplyDelete
  4. belum penah try lagi pisang goreng cheese..tp kami satu famili mmg peminat cheese tau kak zefa..

    ReplyDelete
  5. tq share kak..mmg mencari kat Shah Alam..nmpk menarik..blh cuba..
    Btw @AyuArjuna..section 7 kat mana pulak? hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya ibu.. tak pernah nampak lg orang jual kt sini..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...