Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Syukur alhamdulillah, Aidiladha 1435H kami 5 beradik, mak dan abah telah diizinkan Allah swt melaksanakan ibadah qurban. Seekor lembu dikorbankan dengan seorang 1 bahagian.
Kita sedia maklum, ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sedikit perkongsian info, ibadah qurban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya disabitkan dengan Al Quran dalam surah al Kauthar ayat 2 dan surah al Hajj ayat 36.
Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Dalil pensyariatan berasaskan sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim.
Ianya dilaksanakan setiap tahun apabila tiba hari raya 'Aidiladha atau hari raya qurban pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Lembu yang telah ditumbangkan, disembelih dan sedang dilapah..
Ini antara foto terawal yang dapat ibu rakam. Gambar-gambar sebelum semua dalam handphone Ayah Yusuf. Kurang kerajinan pula ibu untuk men'transfer'nya. Maaf, atas ayat yang dirojakkan itu. Huhu..
3 saudara berbaju hijau..
Tidak dirancang sebenarnya, kebetulan jejaka-jejaka dari keluarga kami memakai t-shirt dengan warna yang sama. Dari kiri berbaju hijau adik ipar ibu, adik ibu dan Ayah Yusuf. Ada seorang lagi tiada dalam gambar, abang ipar ibu.
Kami 5 beradik, 4 sudah berumahtangga. Jadi ada 4 jejaka dalam keluarga kami..
Proses melapah kulit sedang dibuat..
Adik beradik perempuan, anak-anak dan anak-anak saudara ibu..
Semua turun padang walau hanya sebagai pemerhati. Tak ramai pun kaum wanita yang datang. Oh ya, di kampung kami kebiasaannya semua haiwan yang bakal diqurbankan akan dikumpul di1-2 tempat, disembelih dan dilapah secara bergotong royong oleh penduduk kampung.
Pemandangan di sekitar lokasi qurban..
Tahun ini, sembilan ekor lembu dikorbankan tidak termasuk beberapa ekor lagi yang di qurbankan di kawasan masjid.
Lagi pemandangan di sekitar lokasi qurban..
Berkerusi roda tulah abah ibu..
Semangat beliau turun padang walau berkerusi roda. Alhamdulillah, untung ada menantu yang gagah mengangkatnya..
Ini team memotong daging..
Anak-anak muda dan belia ramai yang membantu menumbangkan lembu, membantu semasa proses penyembelihan dan melapah. Kemuadian serah pula kepada kumpulan pemotong daging yang rata-rata terdiri dari warga emas untuk memudahkan pengagihan. Alhamdulillah, semua golongan dari peringkat umur berganding bahu..
Lagi pemandangan di sekitar lokasi qurban..
Di bawah khemah sana pelbagai juadah disediakan untuk menjamu penduduk kampung yang bergotong royong. Semua juadah disediakan dan disedekahkan oleh wakil-wakil yang membuat qurban. Senang cerita konsep 'pot luck', begitulah lebih kurang..
Selain tu, ada beberapa bahagian daging yang terus dimasak dilokasi gotong royong untuk dihidangkan kepada penduduk kampung yang bergotong royong. Sudah pastinya sup tulang. Slurrrppp.. Hihi..
Alhamdulillah, selesai untuk tahun 1435H. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki kami untuk melaksanakannya lagi dan lagi di tahun-tahun akan datang.
Menyebut tentang Garis Panduan Ibadah Qurban, di antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah:
Semua info lengkap perkara-perkara di atas boleh dibaca di http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/garis_panduan_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf
Semoga bermanfaat.

1) Tatacara Pelaksanaan Ibadah Qurban
-Tafsiran
-Hikmah Ibadah Qurban
-Hukum Berqurban
-Jenis Qurban
-Status Hukum Daging Qurban
-Pembahagian Daging Qurban
-Individu Yang Dituntut Melakukan Ibadah Qurban
-Syarat Sah Berqurban
-Tempoh dan Masa Berqurban
-Syarat Sah Haiwan Ternakan Untuk Qurban
-Syarat Penyembelih Haiwan Qurban
-Syarat Sah Sembelihan
-Syarat Alat Menyembelih
-Perkara Sunat Ketika Berqurban
-Perkara Makruh Ketika Berqurban
-Cara Menyembelih Haiwan Qurban
-Agihan Daging Qurban
2) Pengurusan Qurban
-Tafsiran
-Pihak Wakil Melantik Wakil Lain (Tawkil) Melaksanakan
Qurban
-Lafaz Niat Wakalah Untuk Pelaksanaan Qurban
-Perkara Yang Mesti Diketahui Sebelum Mewakilkan Urusan
Qurban
-Pengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat
Dalam Negara
-Pengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat Luar Negara
-Penyerahan Wang Kepada Wakil Bagi Qurban di Luar Negara
-Qurban Yang Bercampur Dengan Aqiqah, Hadiah, Nazar dan Sembelihan Biasa
-Pemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Perseorangan,
Persatuan atau Agensi
-Pemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Bukan Islam
Semua info lengkap perkara-perkara di atas boleh dibaca di http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/garis_panduan_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf
Semoga bermanfaat.
Alhamdulillah.......semoga ditahun depan kita mampu lagi bersua Aidil-Adha......InsyaAllah...
ReplyDeleteSeronok kan bergotong royong macam ni....salam kenal..SA follow sini...
ReplyDeleteadeh...sy dari dulu mmg takleh tgk kalau lembu dilapah...huhuhu.pening...
ReplyDeletealhamdulilah dapat melapah lembu ..seronok ^_^
ReplyDelete