Follower

Wednesday, May 23, 2012

CROCHET LAGI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu Yusuf sedang pening. Pening lalat dek penangan Himpunan Jutaan Belia. Baru semalam baru diberitahu kena cari satu bas belia ke sana. Sabar ajelah..

Serius sedang pening, dah la tadi timbang naik 1kg. Aik? Makin diet makin naik. Hmmm.. Sabar lagi..

Rehat sekejap, tarik nafas dan hembus. Fuh!! Marilah teman ibu Yusuf buat terapi minda dengan menatap hasil tangan yang tak seberapa ni.

Hasil crochet ke tiga ibu..

Hasil pertama ibu kongsikan di SINI dan hasil kedua adalah patern yang sama dengan hasil yang pertama.


Crochet yang sangat sempoi..

Jujur, ini kes cengkelat. Ibu Yusuf suka buat kerja-kerja seni tapi kurang kesabaran yang tinggi. Nak buat dari mula sampai jadi sekeping doily, hadussss tak sabar.

Tu yang cengkelat, buat dengan bantuan kain. Kait tepi-tepi kain, dan tepek sekuntum bunga crochet di sudut. Serikan pula denga faux pearl. Hmmm, lawa jugak. Wah, perasan sendiri. Haha.. Sila gelakkan ibu Yusuf.

Paternnya juga sangat, sangat, sangat sempoi. Tapi ibu bangga sebab yang ni ibu buat tanpa merujuk mana-mana patern diagram. Belasah kiraan dengan suka hati sendiri. Alhamdulillah jadi, tak adalah terlebih tegang atau terlebih melengkung. Sedang-sedang elok jadinya..

Malam tadi ada orang sms ibu, tak ada crochet baru ke? Hehe.. Tu nak kata ibu hangat-hangat dot dot dot lah ye? Ada laaaa.. Nama pun hobi, buat bila ada masa lapang je. Kan? Kan? Kan? Harap-harap cik adik cantik yang sms ibu malam tadi baca Jemari Asmara ye.. :D

Okey, ibu nak sambung kerja. Sampai jumpa lagi..

Wassalam

12 comments:

  1. dulu kat sekolah saya pernak belajar mengait..dapat buat bekas botol air..tapi terasa rugi sebab tak praktikkan lagi dah..terus lupa cam mana nak buat...

    ReplyDelete
  2. simple tapi menarik... ok la tu ada dari takde cam saya ni.. nak pegang pun segah ya amat

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...cantik dan kreatif kak zefa ni :) sentuhan tangan yang sentiasa menjadi. Saya kalau bab-bab menjahit bagai ni, kureng sikit lah...lagipun tak minat. Saya lebih minat memasak dan menghias rumah seadanya...

    ReplyDelete
  4. Simple tapi cantik.. Akak belum pernah buat yang macam ni. Pinjam idea Zefa boleh tak??

    ReplyDelete
  5. saya dah gi jalan2 kejap kat KARNIVAL HIMPUNAN JUTAAN BELIA... hehehe

    ReplyDelete
  6. Tersangat cute..fyzz suka..walaupun simple tp pearl tuh membangkitkan citra..cwah..kalau la fyzz rajin gak cam kak zefa..:)

    ReplyDelete
  7. wah ada bakat.mmg lawa.sy puji sbb sy nie mmg lgsung tak reti.haha..

    ReplyDelete
  8. Betul memang cantik crochet yg Ibu Yusuf buat nie,bukannya apa Kak Nurul langsung x pandai nak buat crochet2 ni.

    ReplyDelete
  9. hehehehe...cik adik cantik dh bace dh entry ni...cute2..wah...makin cntik la umah ibu nnt...hehehe

    ReplyDelete
  10. Salam puan,

    Nak order boleh?..Kalau boleh order, serius ni..

    ReplyDelete
  11. boleh buat hadiah GA ni kak. hehehe... okay... tak reti buat tapi suka tgk.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...