Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Semenjak dua ni, ibu rasa ramai yang berkongsi tentang bahaya panadol terutama di FB. Tetapi ibu lihat akan ada kekeliruan disitu bila hanya 'Panadol' yang disebut-sebut sedangkan ianya adalah satu jenama. Adalah lebih sesuai jika kempen itu menggunakan istilah paracetamol. (Betulkan jika ibu silap sebab ibu bukan ahli ubat.. ;-)
Gambar ehsan Google..
Apakah itu Paracetamol?
Paracetamol merupakan pelega kesakitan dan pengurang demam. Paracetamol digunakan untuk melegakan sakit yang ringan hingga
sederhana daripada sakit kepala, sakit otot, haid, selesema dan sakit
tekak, sakit gigi, sakit belakang, dan tindak balas kepada pemvaksinan,
dan untuk mengurangkan demam. Paracetamol boleh digunakan untuk
melegakan kesakitan Osteoartritis (artritis yang disebabkan oleh pecahan
lapisan sendi). Paracetamol adalah dalam kelas ubat yang dikenali
sebagai analgesik (ubat penahan sakit yang) dan antipyretics (pengurang
demam). Ia berfungsi dengan mengubah cara deria sakit badan dan
menyejukkan badan. (Sumber)
Di bawah ni pula adalah entry yang ibu copy dari web INI. Semoga memberi panduan kepada kita semua.
Tentunya anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil
ketika kita sedang demam (antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat
untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan
sakit (analgesik, pain reliever).
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan, berbanding ubat-ubatan lain di pasaran. Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. Oleh itu, elakkan dari mengambil sebarang ubat tanpa ada preskipsi yang sah daripada doktor anda.
Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:
1) Hepatotoxicity (rosak hati): Sekiranya
orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam
sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh
merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan
N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan
setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya
4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut.
Paracetamol juga tidak boleh diberikan
kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu
diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada
mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya
ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan
berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.
2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.
3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.
4) Allergic (pada sebahagian individu).
Nasihat: Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol, pastikan anda
tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alcohol, tidak mengambil
ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak
mengambil lebih daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak).
Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan.
Nota ibu:
Selepas mengetahui tentang bahaya Panadol (paracetamol), marilah kita sama-sama mencari alternatif kepadanya. Seboleh-bolehnya kita elakkan sebarang ubat pelega dan penahan sakit tidak kiralah apapun jenamanya.
Tapi bagi ibu, kita akan tidak menggunakan ubat sekiranya tidak sakit, dan kita akan jarang sakit sekiranya sistem imun kita kuat.
Sebagai seorang SID, ibu syorkan kepada kawan-kawan Nutriferon Shaklee. Nutriferon
bukannya ubat, tapi sejenis supplemen yang berasaskan bahan semulajadi
iaitu campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan bagi pengukuhan imun yang
terbukti secara klinikal.
Bahasa mudahnya, Nutriferon adalah immune boosters.
Inilah dia Nutriferon Shaklee. Bagaimana Nutriferon boleh bertindak sebagai imunne boosters? Jom sama-sama kita lihat gambat di bawah.
Nutriferon menggalakkan penghasilan interferon..
Interferon
adalah protein yang dikeluarkan oleh sistem sel badan sebagai
tindakbalas terhadap kehadiran patogen seperti virus, bakteria, parasit
dan juga sel tumor..
Interferon mengaktifkan sel imun dan membunuh pategon asing.
Interferon mengaktifkan sel imun dan membunuh pategon asing.
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
- Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
- Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
- Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
- Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
- Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.
Untuk keterangan lanjut, jangan malu-malu hubungi ibu ya. Tqvm ♥
Zefa Nor Asmara Jubir Shaklee ID: 909824 FB: Ibu Yusuf Dan Maryam FB Page: Asmara Collections Emel: zefa_asmara@yahoo.com
Zefa Nor Asmara Jubir Shaklee ID: 909824 FB: Ibu Yusuf Dan Maryam FB Page: Asmara Collections Emel: zefa_asmara@yahoo.com
Owhhh.... panadol pun ubat tahan sakit ye. Hurm... mmg bahaya la
ReplyDeletesaya pun tetiba mcm x nak makan panadol bila sakit kepala sebab tengok kesannya kat fb hari tu...huhu
ReplyDeletethanks for d info... ^_~
ReplyDeleteSalam kenal yer ^_~
Kurangkan pengambilannya..
ReplyDelete