Follower

Tuesday, October 23, 2012

MAIN HUJAN LALALA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu tengah pening.. Berhenti sekejap buat kerja, update blog hilangkan pening. Alasan serius ni tau, bukan buat lawak. Harini ibu kerja call orang je, sampai habis lebih 100 minit kredit ibu. Ce bayangkan berapa RM. Gara-gara pejabat baru ibu tak ada talian telefon lagi. Tapi kerja kena buat juga. Kan?

Salah satu terapi bila ibu stress dengan kerja ialah menatap wajah anak-anak. Walaupun tak dapat nak tatap secara langsung, dapat tengok gambar pun jadilah. Maka timbullah entry ni..

Ahad lepas kami balik Sekinchan. Rutin kami, tiap-tiap minggu pun balik kecuali ada urusan-urusan yang tak boleh dielakkan. 

Sekarangkan musim hujan, tiap-tiap hari hujan. Ibu suka je hujan bila balik kampung, bolehlah duduk diam sikit Maryam hujan-hujan ni. Kalau tak, dia suka jelajah satu kampung. Kalau boleh panjat pokok kelapa sawit tu, dia dah panjat agaknya. Hehehe..


 Sekadar di tepian. Merenung hujan lebat yang membasah bumi dan menghalang niat suci murni dia nak ajak ayah pusing-pusing kampung naik motor..


 Yusuf dan dunianya.. Si abang ni kalau tak hujan pun memang suka duduk dalam rumah je. Cuma adalah gadget-gadget sesiapa yang akan jadi mangsanya..

Sekali ibu tengok, cerita sudah 'bertukar' daaaaaa...

v

v

v

v

v


 Hahaha.. Dua-dua dah main hujan dah.. Suka hati kau orang lah..


 Amboi.. Punya mesra posing. Biasanya gaduh aje..


 Hari semakin gelap.. dan mereka semakin basah lenjun.. Tapi mereka nampak sangat happy, jadi ibu tak sampai hati nak marah. Sebab tu ibu biarkan sahaja..


 Tengok.. bawah pokok pisang pun mereka redah. Maryam punya idealah tu, kalau Yusuf seorang dia tak kan sampai situ punyalah..


Oooo.. ada sampan. Ucu dan cayu yang buatkanlah tu..

Okey, tu gambar last. Sebab dah masuk waktu Maghrib, jadi semua dikerah mandi. Sabun bersih-bersih dan yang penting kepala kena shampoo betul-betul.

Alhamdulillah, anak-anak ibu tak demam. Dah lama sebenarnya mereka tak main hujan macam ni. Dulu tahun 2010 ibu ada buat entry tentang Menguji Antibodi Anak-Anak. Tu cerita mereka main hujan sebenarnya, cuma kejadian berlaku di kampung Tok, yang ini kejadian berlaku di kampung Mbah.

Ibu copy ayat dari entry tersebut:

Pada pandangan suami saya (dan saya bersetuju), adakala anak-anak perlu diberi peluang dalam mencipta keriangan di alam mereka sendiri. Walaubagaimanapun, pengawasan dan kawalan dari ibubapa atau orang yang lebih dewasa adalah WAJIB!!!!

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca di Jemari Asmara. 

 
Oh ya, iklan sekejap. Ibu sekarang jadi agent Inchloss Lotion. Berminat sms/ call ibu ditalian 012-3659728.

Keterangan lanjut sila klik SINI ya.. :D 

Terima kasih.

 

13 comments:

  1. Jiran kakak org Indonesia/Islam. Setiap kali hujan yg turun pada hari jumaat dia akan kerah anak-anak dia mandi/main hujan. Tapi kakak lihat betul anak-anak dia tak demam pun..

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan kenyataan yang terakhir perlu dengan kawalan.... mama pun selalu juga bagi tapi mandi hujan memang tak pernah sebab anak2 mama antibodi lemah sikit...

    ReplyDelete
  3. hubby suka anak2 mandi hujan, biar badan lasak taklah bila kena hujan asyik demam.....

    ReplyDelete
  4. sebenarnya kalau mind kita dah set kena hujan demam tu yg jadinya demam betul2 kan...

    ReplyDelete
  5. saya baru lepas mandi ujan k.zefa hehehe lenjun abis..

    ReplyDelete
  6. akak pun stuju dgn pandangan suami zefa tu...sesekali bg mereka bermesra dgn alam semulajadi..;)

    ReplyDelete
  7. Teringat masa budak2 dulu. Waktu hujan adalah saat yang paling dinantikan..

    ReplyDelete
  8. masa belum sakit dulu... bukan main hujan tapi kena redah hujan lepas balik mengaji kat umah tok.. huhu

    ReplyDelete
  9. Betui..masa kecik2 suka sgt mandi hujn

    ReplyDelete
  10. wah bestnye main hujan dak2 nie..setuju , kdg2 memang kena lepaskan anak2 explore dunia mereka..

    salam kenal.. psst bukan 3bulan br dapat gaji ek..lega rasanya ;)

    sekichan kat mana?? sebelum duk sg besar pernah dk sekinchan kat pasir panjang :)

    ReplyDelete
  11. sskali akak pn bagi anak2 main hujan sbb masa kecik akak suka main hujan....

    ReplyDelete
  12. betul tu.budak2 skang tak merasa keriangan bermain air camtu..biarkan mereka meneroka..best apa..kenapa ibu tak join sekali?hiks..

    ReplyDelete
  13. masa kecik2 akk suka main hujan.anak2 akk pun akk bagi dorang main.syian cucu2 tak de peluang nak main hujan..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...