Follower

Friday, November 4, 2011

Amboi-Amboi!! Bukan Main Lagi Dia Potong X!!


Tajuk Di atas Adalah Dialog Maryam Nabihah..

Salah satu kelemahan ibu Yusuf dan Maryam adalah tidak menekankan penggunaan bahasa inggeris di rumah. Bukanlah tidak langsung, tetapi setakat yang asas-asas sahaja.. Anak-anak lebih banyak belajar dari cikgu di sekolah berbanding di rumah termasuk Maryam yang baru berumur 4 tahun..

Yusuf berumur 7 tahun dan Maryam 4 tahun.. Namun Maryam dilihat lebih 'henglish' berbanding abangnya. Mungkin disebabkan faktor sekolah. Yusuf dulu semasa tadika ibu hantar ke sekolah yang tidak menekan pertuturan dalam bahasa inggeris. Sedangkan Maryam seawal 3 tahun 5 bulan ibu dah hantar ke tadika yang memberi penekanan kepada bahasa inggeris.

Okey, cerita di atas hanya intro sahaja sebenarnya. Sekarang, baru masuk kepada tajuk.. Hehe..

Mingguni, tiap-tiap hari ibu akan menjemput Cik Ayu di stesyen komuter. Sejak makabah duduk di rumah kami, Cik Ayu berulang dari tempat kerjanya di Cheras ke Shah Alam. Bila hujan (sekarang tiap-tiap petang hujan), jalan di hadan stesyen komuter sangat sesak dan kereta berbaris panjang. Hmmm.. maka banyaklah adegan potong memotong barisan ni.. Maka, terkeluar jugalah dialog seperti tajuk di atas oleh Maryam Nabihah.. hehe.. Tersasul sudah. Ibu kira anda semua faham budak kecik ni nak cakap apa sebenarnya.. Hihi..

Ibu nak kongsikan dua keping gambar yang ibu snap ketika tersekat dalam kesesakan. Bukanlah di hadapan stesyen komuter yang ibu ceritakan, tetapi di simpang ke Padang jawa dan Seksyen 7 dari Federal Highway dari arah Kuala Lumpur.. Tapi ada kaitan dengan potong barisan..


 Lihat kereta-kereta dari cermin sisi kereta ibu itu.. Semuanya kereta-kereta yang potong barisan.. termasuklah kereta oren kat sebelah tu..


Ini pula pandangan hadapan.. Jalan 2 lorong dah jadi 3 lorong.. Yang geramnya, kami di line kedua yang sepatutnya 'di jalan yang betul' dah jadi hilang baris dan terpaksa pula bagi signal untuk masuk ke 'jalan yang benar'..

Perkara ni jadi di mana-mana. kemungkinan besar juga dilakukan oleh mereka yang baca blog ibu ni. Kan? Kan? Kan? Haha.. Anda tak perlu mengaku diruang komen, cukuplah baca sampai habis n3 ini..

Bila ada komen mengatakan pemandu Malaysia kurang ajar, kita bukan main marah-marah tak setuju. Tapi hakikatnya sebahagian besar dari kita memang tak mengambil kira keselamatan dan undang-undang ketika membawa kenderaan. Sepanjang hampir sepuluh tahun memandu, ibu bukanlah seoarang pemandu yang baik sangat pun, tapi seboleh-bolehnya mengelakkan tindakan yang membahayakan dan juga tindakan yang buat orang sumpah seranah kita balik.

Dalam kes gambar di atas tu.. Geram tau!! Orang yang potong barisan bukan main laju.. Kita yang ikut baris betul 'tersepit' pula.. Geram!! Nasib baik mulut ibuni ada insuran iman, kalau tak berbakul-bakul carut marut keluar agaknya..

Syukur Ya Allah atas nikmat iman Mu..


Thursday, November 3, 2011

Ibu Muiz GiveAway.. :D


Assalamualaikum wbt..

Harini, ibu rasa nak joint GA lah.. Dan ibu nak joint GA ini..

v

v

v


GA ni anjuran Ibu Muiz sempena hari lahirnya yang bakal tiba.. Juga sebagai cara nak berkongsi sesuatu dari percutian mereka di Pangkor baru-baru ini..

Jom teman-teman, kita meriahkan lagi GA mereka. Manalah tahukan, salah satu FM di atas akan jadi milik kita.. :D

Untuk mengetahui syarat-syarat penyertaan sila klik banner di atas..

Buat ibu Muiz.. Selamat hari lahir.. Semoga dilimpahi kebahagiaan selamanya.. Di dunia dan akhirat.. Amin.

Wednesday, November 2, 2011

Mengapa Kanak-Kanak Tidak Dibenarkan Melawat Pesakit Di Wad?


Assalamualaikum wbt..

Hari Ahad lepas, sebelum ayah balik kampung ambik abah ibu.. ayah ajak kami anakberanak ziarah anak saudaranya yang berada di Hospital Ampang kerana kemalangan. Sama seperti Hospital Sungai Buloh, kanak-kanak juga tidak dibenarkan masuk untuk melawat pesakit di wad.

Seperti yang berlaku di Sungai Buloh, ibu akur sahaja walaupun ada rasa sedikit tak puas hati. Tapi ada beberapa pelawat yang tak puas hati dan meluah perasaan.. Ibu pasang telinga je. Ada yang membebel sendiri, ada yang sampai nak cari tempat mengadu untuk buat aduan, ada yang tumpangkan anak duduk di kaunter pengawal, macam-macam ragamlah.. Hehe..

Ibu nak kongsikan di sini, satu komen masa ibu buat n3 Wad @ Hospital Sungai Buloh: Kanak-kanak Tak Boleh Masuk. Ibu rasa komenni memberi jawapan kepada soalan; Mengapa kanak-kanak tidak dibenarkan melawat pesakit di wad..


Terima kasih Pjah.. Pjah seoarang gadis berkerjaya yang ada kaitan dengan hospital Nak kenal lebih dengan dia, silalah terjah blog dia.. Cuma ibu tengok di blogger profile dia tak tukar lagi status pelajar lagi.

Ps: Ibu pun tak pasti adakah semua hospital tak benar kanak-kanak ziarah pesakit di wad? Siapa-siapa yang tahu syer maklumat dengan ibu ya.. T kasih.. :D


Tuesday, November 1, 2011

Berapa Had Laju Maksima Pemanduan Anda?


Assalamualaikum wbt..

Harini ibu masuk ofis awal. Awal setengah jam dari biasa. Jadi ibu ambil kesempatan update blog dulu. Ni kalau orang atasan baca habis la.. huhu..

Semalam petang ibu bawa kereta macam semut sebab hujan lebat, pagini ibu bawa kereta berdesup sebab nak cepat. Jadi menimbulkan idea nak cerita pasal had laju lah. Tapi ibu bukanlah nak cerita tentang had kelajuan yang ditetapkan oleh undang-undang, yang tu macam-macam mana pun kena ikut. Ibu nak cerita tentang had kelajuan yang kita tentukan sendiri. Ada ke had pemanduan kita tetapkan sendiri? hehe..

Dulu, hampir sepuluh tahun yang lalu ibu bawa kancil (masa tu bawa kancil tunang). Kemudian bila ayah beli wira, ibu bawa Wira. Tahun lepas ibu dimurahkan rezeki dapat beli kereta sendiri setelah hampir sepuluh tahun bawa kereta pasangan. Ibu beli Viva Elite.

Masa bawa Kancil dulu, ayah yang warning. Jangan bawa lebih 100 km/j. Maka sebagai isteri yang taat (dia warning selepas kahwin), ibu memang bawa maksimum 100 km/j kecuali tak sedar. Bila sedar, cepat-cepat turunkan semula kelajuan. Alasan ayah, kancil kecil dan ringan.. takut melayang.

Bila ibu bawa Wira.. eh eh.. ayah dah tak ada warning apa-apa pulak. Jadi ibu suka-suka hati bawa laju. Tapi tak laju manapaun, maksimum 140 km/j je ibu berani bawa. Tu pun kat highway je.. (Wira kami banyak kali kena saman.. huhu)

Bila ibu bawa Viva, pun ayah tak ada warning apa-apa. Jadi ibu kena pandai-pandai sendiri tentukan kelajuan. Pernah juga tekan sampai 140 km/j, okey je. Cuma, memegang konsep viva juga kereta kecil, ibu dah tak pernah bawa 140 km/j lagi. Biasanya bila bawa Viva ibu bawa maksimum 120 km/j aje.

Tu la dia cerita had kelajuan maksimum pemanduan ibu Yusuf dan Maryam..

Ps: Berapa had pemanduan maksimum anda semua?

Sekadar gambar hiasan. Hasil carian di google.. :D

Hukum Pakai Inner Jika.....


Assalamualaikum wbt..



Ini ibu copy dari Blog Ummu Ammar.. 

Ps: Ibu suka intai dan baca blog UA. Banyak ilmu di situ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...