Follower

Wednesday, November 2, 2011

Mengapa Kanak-Kanak Tidak Dibenarkan Melawat Pesakit Di Wad?


Assalamualaikum wbt..

Hari Ahad lepas, sebelum ayah balik kampung ambik abah ibu.. ayah ajak kami anakberanak ziarah anak saudaranya yang berada di Hospital Ampang kerana kemalangan. Sama seperti Hospital Sungai Buloh, kanak-kanak juga tidak dibenarkan masuk untuk melawat pesakit di wad.

Seperti yang berlaku di Sungai Buloh, ibu akur sahaja walaupun ada rasa sedikit tak puas hati. Tapi ada beberapa pelawat yang tak puas hati dan meluah perasaan.. Ibu pasang telinga je. Ada yang membebel sendiri, ada yang sampai nak cari tempat mengadu untuk buat aduan, ada yang tumpangkan anak duduk di kaunter pengawal, macam-macam ragamlah.. Hehe..

Ibu nak kongsikan di sini, satu komen masa ibu buat n3 Wad @ Hospital Sungai Buloh: Kanak-kanak Tak Boleh Masuk. Ibu rasa komenni memberi jawapan kepada soalan; Mengapa kanak-kanak tidak dibenarkan melawat pesakit di wad..


Terima kasih Pjah.. Pjah seoarang gadis berkerjaya yang ada kaitan dengan hospital Nak kenal lebih dengan dia, silalah terjah blog dia.. Cuma ibu tengok di blogger profile dia tak tukar lagi status pelajar lagi.

Ps: Ibu pun tak pasti adakah semua hospital tak benar kanak-kanak ziarah pesakit di wad? Siapa-siapa yang tahu syer maklumat dengan ibu ya.. T kasih.. :D


9 comments:

  1. Salam Zefa.
    Tq follow akak . akak pun follow balik ye.

    ReplyDelete
  2. yer ke?
    dah tu kat hospital serdang tu sabtu,ahad dengan cuti am,boleh masuk plk.....
    komporomi..

    ReplyDelete
  3. Dari segi lain pula, kehadiran kanak2 yg kadang2 sukar dikawal boleh mengganggu pesakit...

    ReplyDelete
  4. hehehe..alamak..status student xtukar lagi..biar je la..boleh bajet nk jadi student lagi..hehehe..

    ppum sekarang memang dah berkuatkuasa kanak2 tak dibenarkan masuk.=D
    kadang geram jugak kat ibu bapa yang bawak anak kecik masuk ward lagi2 time ward tengah outbreak infection.dah cakap banyak kali tapi tak dengar jugak.ish3..

    terima kasih kak zefa sbb promote blog cap ayam tu..hehehe..

    ReplyDelete
  5. yup betul kata pyjah tu..mmg tu reason sebenar..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas informasi menarik

    ReplyDelete
  7. Kak Nida rasa sesetengah wad sahaja yg buat begini... sebabnya dulu masa sibuk kes H1N1 wad ibu bersalin pun budak2 tak dibenarkan masuk sebab takut virus merebak.. pastu bila dah reda kes itu, barulah dibuka utk kanak-kanak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kes kronik yg mak bapak @ atuk nenek yg dah nazak@ nak jumpa kali terakhir pun x dibenarkan juga...adakah peraturan itu boleh dikategorikan zalim dan mencabul hak asasi manusia???...peraturan kabur yg hanya bersandarkan kemungkinan...

      Delete
  8. Suami saya sudah seminggu masuk hospital sungai buluh. Saya dan anak dtg nak melawat suami saya, tetapi anak saya (12 thn dan 10 thn) tdk dibenarkan masuk. Nasib baik kakak saya ada. Jadi kakak sayalah yg jaga anak-anak.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...