Follower

Monday, October 24, 2011

Wad @ Hospital Sungai Buloh: Kanak-kanak Tak Boleh Masuk..


Assalamualaikum wbt..

Ibu baru balik dari Hospital Sungai Buloh tengok abah. Perjalanan dari Shah Alam ke sana makan masa lebih satu jam gara-gara kesesakan lebuhraya. Sampai di sana terpusing-pusing pula cari parking. Nak parking tepi jalan, kasihan pula anakanda Maryam. Maryam ibu bawa sekali siap berbaju sekolah, sebab dalam perancangan nak bagi dia jumpa mbah nang dulu baru pergi sekolah.

Rupa-rupanya.. (sila rujuk tajuk dia atas.. huhu..). Kali terakhir ibu ke sini pada tahun 2008. Masa tu budak-budak boleh masuk. Nasib baik datang dengan ayah, ayah naik dulu kemudian tukar dengan ibu. Kalaulah ibu datang berdua je dengan Maryam tadi? Dah la tak bawa handset.. Ayah sampai atas Cik Ayu (adik ibu) pula turun untuk jaga Maryam. Kesian adik, sampai sudah dia bertanya kenapa dia tak boleh jumpa mbah nang.

Ibu dengan selamba jawab; "Makcik jaga tu tak bagi masuk!!"

N3 ini bukanlah n3 pertikaian okey. Jika itu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan hospital, kita sebagai pengguna seharusnya akur. Mesti ada sebab yang munasabah kenapa peraturan itu ditetapkan. N3 ini dibuat sebagai perkongsian maklumat bagi yang belum tahu.

Tapi ibu nak komplen sikit la cara makcik jaga tu bercakap. Tidaklah dia menengking atau marah-marah, cuma bagi ibu cara dia tu 'eksyen sikit'. Maaf makcik ye.. saya cuma cakap apa yang saya perhati. Don wori la makcik, saya tak tulis pun nama makcik kat sini.. Hehe..

Akhirnya tadi, Maryam tak jadi pergi sekolah. Sebab dah lambat sangat.. :-(

Gambar dari google

Mbah nang Maryam sakit kencing manis. Ada luka pada tumit sebelah kanan.. Abah dah pernah sekali berhadapan dengan saat-saat getir kehilangan satu dari anggota tubuh.

Mudah-mudahan kali ini semuanya baik-baik sahaja dan tidak melarat.Moga-moga abah cepat sembuh. Amin..


11 comments:

  1. aminnn aminnnn ya robba alamin.. moga abah cepat sembuh ye.. :)

    oooo kebanyakan hospital mmg kanak2 tak bleh masuk.. kat taiping hari tu raya puasa pun.. melawat adik yg masuk spital.. pun kanak2 tak di benarkan masuk.. mmmmm.. sib baik bawa anak sulong.. leh gak adiknya lepak2 ngan dia kat kete.. kalau tak jenuh gak.. tak berkesempatan nak melawat adik.. siannnn..

    ReplyDelete
  2. ha'ah..mase bersalinkan Danial taun lepas pun baru tau kanak-kanak takleh masuk wad..cian maryam..

    moga abah cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  3. mbah nang tu bahasa ape ek?
    biasanya kan, jaga ni pun berlagak tau.pilih bulu nk cakap sopan

    ReplyDelete
  4. dah terjadi kat kakl;ong,masa papa bdk2 ni masuk hosp.serdang,oprate,kaklong bwk anak2 kecik ni,tak de sape nk tlg jaga,akak n abg diorg sklh,tup2 smpi kat sana jaga tak bg masuk bwk msk bdk2,panas hatilah kaklong,dah la park keta nun tepi hiway,bwk beg dgn bakul...klong bekeras nk bwk gak,sbb x de sape nk tlg jaga,last dia suh tanya kaunter pertanyaan..dia suh pulak klong pergi tanya pej.keselamatan,diorg ckp,tu semua bkn bdg kuasa diaorg,las2 dia kol wad tanya,pas tu siap hantar klong dan anak2 konon tak percaya..last2 nurse kat wad tu marah jaga tu.dia ckp biarlah tu anak dia,klu anak kakak tu hilang kau nk bertanggunjawap ke?
    padan muka!
    yg sbnarnya..dio org ni jer yg lebih2..berlagak!
    masa balik,selamba jer klong ckp dgn jga tu,lain kali tlg ingt sikit,klu tak ada hal,saya tak hingin dtg kat hopital ni...berubah muka jaga tu...sebik jaga tu bkn org kita..kaf lam ya nga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sy nk btul kn skit cra awk...sy pn pnah kje security kt hosp.sbnar nyer bkn jga yg lbih2.smua atas arahn.klu ad bdak tlpas maka gji kmi akn d tlak.awk fkir la blik..x pn awk cbe la kje security kt hosp.bru awk taw.jgn main sdap ckap jew.

      Delete
  5. kanak2 bawah 12thun tak dibenarkan masuk kerana antibody kanak2 xkuat lagi jadi senang untuk mendapat infection kerana environment hospital sebenarnya xberapa sihat walaupun nampak bersih..kerana penuh dengan kuman2 yang boleh sebabkan pelbagai penyakit.

    makcik guard tu kene antar pergi kursus komunikasi dulu kot.adab sopan budaya kita..hehe

    ReplyDelete
  6. Jassani: terima kasih. sy dah lama tak pergi mana2 wad. tu yg tak tahu tu..

    Pn nina: amin3.. t kasih.

    dwaty: hospital ni baru lagi ni..

    ReplyDelete
  7. eliz: bahasa jawa.. mbah= atuk/nenek.. nang singkatan dr lanang= lelaki.. :D

    BSB: aah kencing manis

    k long: alahai, sedih sy baca kisah kak long. parking mmg sgt susah.. nak bawa anak2 dan barang2 lg. dlm kes kak long, sib baik misi2 tu memahami..

    ReplyDelete
  8. Pjah: ahha! ini jawapan bernas yg ku mahu tahu.. terima ksih cik misi!!

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...