Follower

Tuesday, January 3, 2012

KUIH BOM PISANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ketiga di tahun baru.. Harini ibu cuti, cuti jimat duit namanya. Hahaha.. Sebab harini dua-dua anakanda belum mula sekolah. Kalau ibu kerja kenalah hantar ke Taska. Hantar Taska maka kenalah bayar extra sebab anak-anak ibu status transit sahaja. 1 jam = RM4.00 x 2 orang x berjam-jam dah berapa? Makanya, baiklah ibu cuti.. Lagipun ibu ada 3 hari cuti ganti 2011 yang perlu dihabiskan.

Bila cuti, adalah yang dapat digodek didapur. Kebetulan ada pisang, maka terhasillah..


 Kuih Bom Pisang..

Kuih Bom Pisang ni ada juga yang panggil cekodok. Sebab bahannya sama sahaja cuma lebihkan tepung dan tambahkan soda bikarbonat. Ibu pernah terjumpa resepi Kuih Bom Pisang yang susah sikit.. ada letak telur, santan, soda bikarbonat dan kena tunggu 2 jam sebelum goreng. Hmmm.. ibu suka cara yang senang. KIV dulu resepi yang susah-susah, nanti bila rajin baru buat. (Entah bilala nak datang rajin ibu Yusuf ni.)

Ibu kongsikan di sini resepi Kuih Bom Pisang versi senang.. :D

RESEPI KUIH BOM PISANG

Bahan-bahannya:

1 cawan pisang ranum lecek
3 sudu makan gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bicarbonat
2 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Lecek pisang bersama gula

2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan garam (sangat digalakkan ayak dahulu untuk elakkan pahit soda). Masukkan sedikit demi sedikit dan gaulkan bersama pisang lenyek.

3. Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana. Sedia dihidangkan..

Nota ibu:

Senang cerita macam buat cekodok juga. Cuma yang ini dia akan kembang bila digoreng dan isinya yang gebu..


Lupa pula nak ambil gambar isinya. Maaflah, kualiti gambar kurang memuaskan.. :-(



Gara-Gara Main Gitar; Ustaz Azhar Idrus Dikatakan Agen Iblis? Dakyah Sesat?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bersiaran pada jam 4.30 am.. Mula-mula tadi on lappy dengan mata yang layu, tapi sekarang segar bugar dek kerana terbeliak mata dengan entry Ustaz Love yang terbaru. UL buat entry khusus untuk menjawab satu entry dari seorang blogger yang menulis bahawa Ustaz Azhar Idrus Bukan Nabi dan Bukan Wali! Agen Iblis?! Maaf Telan Walaupun Pahit!!!

Wahhh! Disaat sana sini bercakap tentang fenomena baru menyambut tahun baru dengan cara Islamik, rupanya ada juga yang mengecam. Astaghfirullahal'azim. Ibu tak berminat nak ulas tentang tulisan tersebut, sebab ia tulisan blog berunsur politik. Ibu tak mahu mempolitikkan Jemari Asmara.

Cuma ibu berminat nak kongsikan pandangan Ustaz Love tentang entry tersebut. Moh kita klik:


Sama-samalah kita menilainya. Tepuk dada tanya iman.

Oh ya, jika belum tengok dan berminat nak tengok Ustaz Azhar Idrus main gitar malam tu boleh klik SINI.
Wallahua'alam bissawab


Monday, January 2, 2012

Sessi Jamming Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak di Malam Tahun Baru 2012


Assalamualaikum wbt..

Kali pertama upload video dari U Tube.. Harap-harap menjadi. Ini antara slot yang ibu terlepas malam tu, gara-gara dua permata hati sudah macam-macam ragam..



Ps: Sememangnya kenangan manis terakam dalam diari hidup ibu di ambang 2012. Ustaz Azhar Idrus memang best!!


Sunday, January 1, 2012

Tips Menangani Anak Menangis Diawal Persekolahan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bersiaran dari Kampung Parit 11.. Gigih berinternet walaupun sangatlah mencabar kesabaran tahap keperlahanan talian Maxis di sini. Sila abaikan rungutan ibu itu.. sekadar luahan perasaan sebagai muqadimah. 

4hb nanti bersamaan hari Rabu anak-anak akan memulakan persekolahan. Pelajar tahun 1 dan Pra Sekolah sudah ada yang bermula minggu lepas. Anak-anak di peringkat tadika pula kebanyakannya akan bermula hari Rabu depan. 

Dua hari lepas Ibu Aiman ada menulis entry tentang Tips Minggu Pertama Ke Sekolah. Ada 6 tips yang disenaraikan serta ianya tips yang sangat bagus terutama bagi ibubapa yang menghantar anak-anak yang baru mengenal alam persekolahan. 

Secara jujurnya, ibu adalah di antara ibu-ibu yang berhadapan dengan anak menangis di awal persekolahan. Si cantik manis ibu bermula dengan semangat dan cool, namun tiba-tiba berderai air mata bila ada-ada kawan-kawan yang menangis. Ibu ada catatkan kisahnya hampir setahun yang lepas dalam entry Maryam Nabihah Dah Sekolah! Yeay!! 

Semasa berhadapan dengan situasi tersebut, ibu mulakan dengan pujukan beserta kata-kata semangat. Ibu jadikan kawan-kawannya yang tidak menangis sebagai contoh. Kemudian ibu pujuk dengan makanan kegemarannya. Tapi dua-dua tak berkesan sebenarnya.
 
Akhirnya, atas cadangan teacher.. ibu perlu tinggal sahaja anak manja ibu tu. Masa ibu tinggal, berderai air mata dia. Ibu pun rasa macam nak nangis juga. Huhu.. Tapi berkesan tau!! Tak sampai berapa minit ibu telefon teacher, aik? Dah okey dah!! Hihi..
 
Pendek cerita, tips yang ibu nak kongsikan adalah:
Tak perlu tunggu anak tu sampai habis kelas. Atau tak perlu tunggu dia sampai berhari-hari. Tinggal je, insyaAllah anak-anak kita okey di sekolah. 

Bagaimana dengan hari kedua? Jemput baca entry lama ibu, Maryam Nabihah @ Genius Aulad - Day 2!! Pada entry tersebut ada ibu kongsikan bagaimana ibu memujuknya dan bagaimana ibu tekad membiarkan anak kecil berumur 3 tahun 5 bulan naik van sendiri.
 
 Semoga entry-entry catatan peribadi ibu sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang baru nak hantar anak ke sekolah. Manalah tau kalau-kalau nangis macam Maryam juga. Hi hi..
 

Tepek pic comot..

Ps: Tahun depan Maryam dah tak ke GA dah.. GA Tadika yang sangat bagus, tapi ibu nak Maryam masuk Tadika Agama pula.. :D



Countdown 2012 Bersama Ustaz Azhar Idrus


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, tahun 2012 menjelang sudah. Ini adalah entry pertama ibu Yusuf di tahun baru. Semoga tahun ini akan menjadikan kita sebagai hambaNya yang lebih bertaqwa.

Ibu kira, warga Selangor khususnya dan warga Malaysia umumnya, sedia maklum tentang program Countdown Bersama Ustaz Azhar Idrus. Kami sekeluarga antara yang hadir menyedok ilmu dari program tersebut. Sebelah petang, ayah dan anak-anak datang memanaskan badan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Tujuan asal datang adalah untuk beriadah, namun kemeriahan program telah terasa. Ribuan umat manusia membanjiri padang tersebut.

Sebelah malam, kami sekeluarga pula ke sana. Meredah kesesakan jalanraya dan ribuan kereta yang parking di tepi jalan. Alhamdulillah, ayah Yusuf pakar 'jalan tikus' di Shah Alam. Manakan tidak, program tersebut tidak jauh dari pejabatnya.

Tujuan utama kami adalah ilmu, sebab kami bukan dalam golongan yang saja-saja mahu keluar rumah semata-mata meraikan tahun baru. Namun peluang berjumpa Ustaz yang begitu tersohor tidak mungkin terlepas dari agenda utama. Seluruh warga Malaysia tahu Ustaz Azhar Idrus tu memang best!! Suasana malam tadi memang gamat, apatah lagi digandingkan dengan Zizan Raja Lawak. Bayangkan, 70,000 penonton membanjiri Padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam tu..


Skrin besar yang menjadi alat bantuan kami, sebab kami duduk jauh nunnnnnnnn di hujung padang.


Zoom Uztaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak.. Hmmm, takat tu je boleh pergi.


Sebahagian umat manusia yang membanjiri padang..


Ayah dan Maryam.. sedikit geram sebab anak dara ibu buat drama aneka ragam malam tu..


Yusuf yang dah mengadu lapar.. Anak ibu yang sorangni memang kuat makan. Selagi tak tidur, lapar aje kerjanya.


Hasil sentuhan budak lapar yang tak menjadi. Hihi.. Ibu tepek jugalah..


Dahlah ada yang beraneka ragam.. orang depan, kanan dan belakang spoilkan pula keadaan. Buat 'hembusan maut' di khalayak ramai. Bengang betul!! Yang kat atas tu nasib kaulah masuk blog ibu ye.. Yang kanan dan belakang segan pula ibu nak snap gambar.

Akhirnya kami mengambil keputusan meninggalkan program menjelang jam 11.00 malam. Dah tak fokuspun dengan ilmu yang disampaikan sebab anak-anak dah 'berlagu' dicuping telinga. Kami terus ke Seksyen 11 untuk isi perut. Tapi cuma ayah dan Yusuf sahaja, sebab Maryam dah zzzzzzzzz dalam kereta.

Habis makan, sepatutnya kami boleh terus keluar melalui Bulatan Kayangan. Tapi saja nak lalu Masjid Negeri kut ada rezeki dengar dari kereta. Sekali tersalah langkah daaa.. Orang dah berpusu-pusu keluar dan tersangatlah jamed. Alhamdulillah perjalanan kami diizinkan Allah lancar, cuma bila di Dataran MBSA tu sesak sebab kereta parking sampai tengah jalan. Masing-masing nak tunggu jam bunyi.. Yang kelakarnya, jarum jam tu pukul 4.30 tak silap ibu. Ayah kata jam tu memang dah rosak, cuma loceng tetap akan berbunyi..

Kami sampai di rumah dah tahun baru. Hihi.. Okeylah, itu saja catatan pertama ibu untuk tahun baru 2012 ini. Ada rezeki dan umur yang panjang kita jumpa lagi. Salam sayang buat semua.

Ps: Ibu tegaskan sekali lagi, ibu hadir program ni kerana ILMU. Tidak ada kena mengena dengan mana-mana fahaman politik. Ada penjawat awam persekutuan takut nak datang program ni sebab ianya anjuran PKR. Habistu, takkanlah sebab ibu sokong  Datuk Seri Najib ibu kena pergi konsert Suki dan Adam di iCity Shah Alam? Tepuk dada tanya iman. Wallahua'alam.

* Untuk video Ustaz Azhar Idrus main gitar boleh klik SINI.

* Untuk entry Gara-Gara Main Gitar UAI digelar Agen Iblis sila klik SINI.

Wallahua'alam bissawab..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...