Follower

Tuesday, January 3, 2012

Gara-Gara Main Gitar; Ustaz Azhar Idrus Dikatakan Agen Iblis? Dakyah Sesat?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bersiaran pada jam 4.30 am.. Mula-mula tadi on lappy dengan mata yang layu, tapi sekarang segar bugar dek kerana terbeliak mata dengan entry Ustaz Love yang terbaru. UL buat entry khusus untuk menjawab satu entry dari seorang blogger yang menulis bahawa Ustaz Azhar Idrus Bukan Nabi dan Bukan Wali! Agen Iblis?! Maaf Telan Walaupun Pahit!!!

Wahhh! Disaat sana sini bercakap tentang fenomena baru menyambut tahun baru dengan cara Islamik, rupanya ada juga yang mengecam. Astaghfirullahal'azim. Ibu tak berminat nak ulas tentang tulisan tersebut, sebab ia tulisan blog berunsur politik. Ibu tak mahu mempolitikkan Jemari Asmara.

Cuma ibu berminat nak kongsikan pandangan Ustaz Love tentang entry tersebut. Moh kita klik:


Sama-samalah kita menilainya. Tepuk dada tanya iman.

Oh ya, jika belum tengok dan berminat nak tengok Ustaz Azhar Idrus main gitar malam tu boleh klik SINI.
Wallahua'alam bissawab


11 comments:

  1. Kadang2 sedih melihat mentaliti bangsa sendiri.. apalah salahnya kita sama-sama menyokong.. satu perkembangan yg sangat baik apabila penonton mencecah 70K...

    wallahualam..

    ReplyDelete
  2. atas niat. org kalau dah tak suak mcm2 la. dah dgr ttg ni sejak semalam lg..

    ReplyDelete
  3. ish..apa salahnya main gitar selagi tak melalaikan.tak berdosa pun, yg berdosa tu, sipolan yg kata kat org itu ini.memanglah perkara yg baik amat sukar diterima oleh manusia yg hati dia tak baik

    ReplyDelete
  4. Ya allah..teruk betul pemikiran manusia sebegitu..kalau dh jahil tu..jahil jgk..masyaallah.. sis..utk iklan nuffnang tu sis boleh ke sini..

    http://kamivespadanwardah.blogspot.com/2012/01/tutorial-iklan-nuffnang-floatterapung.html

    ReplyDelete
  5. sedihkan dgn keadaan umat islam Msia skrg..ada je depa nk hentam kalau ada program agama... cuba kalau program hiburan n artis pakai xckup kain, depa ok jee...xde kata apa2 malah suka adalh....entahlah apa nk jadi dgn org Islam Msia skrg yg semakin hanyut...(bukan semua..).....

    ReplyDelete
  6. niat yang baik disalahertikan...

    ReplyDelete
  7. Sedih dengan keadaan sekarang.. Sesuatu yang baik selalu disalahertikan..

    ReplyDelete
  8. kesian kat ustaz ni.. skg ni bila berceramah pun kadang ustaz2 suka buat selingan menyanyi kerana ingin menarik minat dengan org2 yang suka mengantuk tu..

    ReplyDelete
  9. kalau agama pun hendak dipolitikkan jadi macam nie la..macam mana bangsa seagama nak bersatu?huh..

    perkara baik pun nak dipersoalkan..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...